31 December 2006

harapan atau impian 2007 - oleh Lina

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
penuh belukar ,penuh kesakitan


kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
penuh kekeliruan,penuh racun

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
banyak keringat tapi semakin jauh tempat tujunye

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
langkah semakin longlai,mata semakin kabur

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
yang pasti hanya menunggu rebah

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
kini menanti sang wira menunjuk jalan berpatah balik


Selamat tahun baru dan kita jumpe lagi di tahun depan.....

20 December 2006

Video-Gambar MME 2006 lagi

Video-Gambar MME 2006

16 December 2006

15 December 2006

tahniah !!!


alhamdulillah.. syukur
selesai dan berjaya sudah
acara Malam Mesra Ex-Semesdians 2006
yang telah dikelolakan oleh VhomVhai 8892


terima kasih pada AJKs MME yang bertugas dan bertungkus-lumus
SRI, GABAN, JAI, KAK TOOL, ZURIE, POJI, FAHMI,
LITOY, LINA, IZAN, RAFIDAH, IRWAN


terima kasih pada vhomvhai yang sudi / sempat hadir ke MME
1. ADAMIN YUSUF
2. AHMAD FAIZAL FOAD
3. AHMAD FAIZAL OTHMAN
4. AHMAD FAUZI JAAFAR
5. AZIATI ABD RAHMAN
6. AZLIZAN ALIAS
7. EDDIE YUSREE MANSOL
8. EIDIT HASHIM
9. HAIRUL FAHMI AWALUDIN
10. HASLINA AB KADIR
11. HISHARUDDIN MD KASSIM
12. IREN NORLELA SHAMSUDDIN
13. IRWAN SAFARY AHMAD TALAL
14. MAS ADI ISMAIL
15. MAHIZAN JUNOS
16. MIMI ALINA AYUB
17. MOHD AZMIN MUHAMAD
18. MOHD NOOR SHAAROL
19. NORISMA MISKAN
20. PUZAIRI MOHD ZAIN
21. RAFIDAH SINONE
22. ROSMIWATI MOHD MOKHTAR
23. SRI BAYU ZAM ZAM
24. SYARIFAH NOOR DERAMAN
25. TUN AZMI TUN ABDULLAH
26. WAN YUS HISAMRI WAN ISA
27. WAN ZIRWATUL AMAL WAN YUSOFF
28. ZAIHAN OTHMAN
29. ZUBAIDAH SUDIN
30. ZULFAIZAN ISMI HARON

dan juga ahli keluarga

(maaf, kalau ada yang tertinggal atau tersalah eja)


terima kasih juga kepada
penyumbang-penyumbang budiman dan dermawan
yang telah membiayai meja-meja untuk vhomvhai
yang telah membiayai hadiah/cenderamata untuk MME


terima kasih daun keladi
keladi tumbuh di tepi paya
terima kasih di atas budi
hanya Tuhan boleh membalasnya


terima kasih semua..
terima kasih kengkawan..
atas usaha dan kerjasama

teruskan persahabatan..
teruskan dan sahutlah momentum

04 December 2006

Lagu Nasyid - forwarded by Lina

ni aku ada dua lirik nasyid yang aku suka dengar dan masih ada kaset
dia dengan aku( beli kat kedai sebelah ju jaya tu tahun 1990)

Cahaya Ilahi

Ya nabi salam a'laika
Ya rasul salam a'laika
Ya habibi salam a'laika
Solawatullah a'laika (solo)

Ya nabi salam a'laika
Ya rasul salam a'laika
Ya habibi salam a'laika
Solawatullah a'laika (chorus 2x)

Para rasul nabi-nabi
adalah cahaya ilahi
memimpin umat dari kekufuran
membawa rahmat keseluruh alam (solo 2x)

chorus 2x

Para sahabat dan tabiin
dan juga para sahibin
menjadi contoh pewaris nabi
menuju jalan cahaya Ilahi (solo 2x)

chorus 2x

Umat manusia ramai yang alpa
tenggelam dalam nikmat dunia
sedarlah kita wahai manusia
kembalilah ke jalan takwa (solo 2x)

chorus 10x


Al-Aqsa

Jauh ku melihat sayup pemandangan
hilang senda tawa pilu perasaan
jantungku berdegup semakin kencang
darah ku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
islamku tertindas sehari-harian
satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
semoga turun kutukan tuhan

Al Aqsa Al Aqsa airmatamu berderai
Al Aqsa Al Aqsa kemuliaan mu terburai (chorus)

Duhai Al Aqsa kurindu padamu
Duhai Al Aqsa kusayang padamu
engkaulah kiblatku yang pertama
lambang keagungan islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
oleh Salahuddin di zaman yang silam
namun hari ini kau terkurung lagi
siapa pula kan memerdekakan

chorus

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
berkurun lamanya kita terbuai
ayuhlah ayuhlah kita bersatu
pertarungan ini belum selesai

Wahai umat islam di seluruh dunia
ayuh bebaskanlah bumi suci kita
sekiranya kita asyik bercakaran
musuh tersenyum bertepuk tangan

chorus


sorrylah kalau aku tersalah lirik.Tapi aku terkilan
tak beli kaset'buta mata tak nampak jalan didunia'
tak silap aku lagu dalam tu banyak yang best-best...
alahai mesti tengah tak de duit time tu...