
28 June 2007
27 June 2007
Blues Terengganu Kite
hoi hoi hoiiiii.. bangungg... ke lauk niii !!!
guane gamok awok kite ?
seme ready nok ke Dungung?
jangang lupe, 14 Julai 2007
Dungun Beach Resort
REUNION VV8892 Edisi 2007
maghiii maghiiiii maghhiiiiiiiiii.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Posted by
Editor
at
1:00 AM
0
comments
Labels: video
26 June 2007
dulu bola sekarang maskara
Sebenarnya segala kenangan yang aku coretkan kat sini aku kumpulkan dari apa yang ditulis dalam autograf aku oleh korang-korang semua. Takut nanti lama-lama buku aotograf aku tu jadi kuning jadinya aku abadikan lak kat sini.
Seingat aku lah orang penting yang mula-mula ajak aku main basketball ni ialah Ijan. (masa ni Ijan,Mok cik dan Azie satu gang, tiap-tiap petang diorang main basketball)
1989 - aku sekelas dengan Ijan dan beria-ia benar dia ajak aku main basketball ni. OK...nak tau apa yang best aku pun join........
1990-masa ni ada pemilihan untuk wakil sekolah.
So aku,Connie,Yatie,Cuya,Nazlida dan Ujie antara set set vhomvhai 92
yang terpilih. Seronok tak terkira. Dah tak fokus kat benda lain dah.........
apa yang ada kat kepala ni nak main basketball...nak main basketball.
First time pergi mini ppm kat sains Machang.Kita kalah tapi happyyyyyyyyyy.............


Masa ni mokcik,Hani dan Marry dah join kita. Lagilah ramai gang dari batch kita. yessssssssszzzzzz. Dan lagilah kita bertambah nakal sebab dah nak jadi senior. Ingat tak pengadil poket kembung???Ingat tak coach semesta yang panggil pemain dia budak milo."oiii sapa yang rasa budak milo masuk sini lima orang" semua orang kita nak ejek dan jadikan bahan ketawa.
kenangan first time kita lepak kat hotel Sri Hoover,shopping kat pasaraya Hock Kee Seng.

Dan coach kita merajuk dengan perangai kita......walaupun macamtu dia tetap beli kfc untuk kita. Dan kita pun menangis dan menangis dam menangisssssss.
Tahun ni jugak masa kat Faris Petra tu korang sambut birthday aku........sebaknya...menangis lagi....(aku masih simpan tudung dan tshirt hadiah korang tu...korang beli kat Rantau Panjang kan??? hehhe)


Yatie ( 4 )
Hani ( 7 )
Cuya ( 10 )
Connie ( 11 )
Mok cik (14 )
Ujie ( 15 )
aku ( 13 ) - sayang aku kat nombor ni......
Posted by
lina
at
3:26 PM
4
comments
Labels: nukilan
02 June 2007
01 June 2007
hingga jumpa lagi..
dah hampir 15 tahun...
kita meninggalkan sekolah dungun
selama itu juga..
ramai yang tak pernah lagi
kita tegur-sapa dan jumpa-temui...
11 november 1992..
tarikh akhir dan keramat..
most of us berada di smsd..
paper add math 2 pagi tu..
dan petangnya paper akaun 2 untuk bebudak ss..
aku ingat lagi...
pagi tu, semua dah layan happy..
lepas paper add math 2 ..
well, frankly..
malam sebelum tu pun semua dah berpesta...
'macam macam ada' malam tu..
ye la kan... add math 2..
mana nak kisah sangat.. kekeke
'unfortunately'
budak SS.. spm abis petang tu
not pagi nya macam orang lain..
aku ingat lagi...
kelibat Toy ngan Piang Itik
lalu lalang kat tepi dewan besar...
kununnya nak kacau budak SS amik periksa...
kekeke..
lepas paper tu je...
lepas bergambar depan dewan tu..
(the last photo of all SS)
dengan baju sekolah and seluar sekolah..
berlari aku and the few...
join main bola kat padang rugby
'pesta' yang telah pun dimulakan sejak tengahari lagi...
Tuhan saja yang tau...
akhirnya... selepas 5 tahun kat sekolah tu..
akhirnya... semuanya selesai..
aku ingat lagi..
lagu nasyid 'berjuang ertinya terkorban'
cukup sayu..
aku ingat lagi...
malam tu, dan malam-malam sepanjang SPM tu
gemuruh kuat semua orng nyanyi lagi tu...
aku rasa setiap kali
kita nyanyi lagu tu kat surau...
pastinya... ada yang menitis airmata...
aku tak pernah miss nangis...
ingat mak ayah, ingat adik-adik,
ingat kawan-kawan,
ingat akan meninggalkan korang semua...
dan bilakah lagi.. agaknya..
kita semua akan bersua muka...
mungkin 14 Julai 2007 ?
di BBQ REUNION Edisi 2007
mungkin 10-11 November 2007 ?
di Hari Keluarga VV8892
mari mari mariiiiii... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
insyaAllah...
Posted by
Editor
at
5:26 PM
0
comments
Labels: nukilan