Merdeka VhomVhai-Cameron Highlands
Mini gathering tahun ke-2 di Cameron Highlands baru-baru ini dihadiri oleh Hisharuddin, Ciki, Fahmi, Jai, Mimi dan Halim. Jangan kata tak tahu pasal gathering ni, aahh. Kitorang dah ajak dan hebahkan dalam yahoo-group.
Kami menginap di apartment Lily, thanx to our senior Elly yang mempunyai bisnes hotel di tanah tinggi ni. Orang Simpang Pulai sampai dulu, maklumlah distance dari rumah dia tak sampai 40 batu. Siap orang rumah dia goreng bihun. Fahmi dan Ciki yang kebetulan tiba serentak memang langkah kanan. Belakang, Jai pun terjenggul (pinjam vocab dia).
Jam baru 4 pm, tapi dah berkabus dan sejuk. Dalam reramai tu, ada sorang jer yang tunjuk terer sentiasa pakai baju selapis, maklumle, penebat lemakdia tebal. Din dengan Jai bercakap pun keluar asap...
Aktiviti hari pertama adalah mencari port untuk bawak anak-anak ke ladang strawberry. Pusing punya pusing.. tak tercapai pulak hajat ni, sebab ladang-ladang ni tutup time Merdeka.
So tukar plan pergi dinner awal sikit di Brinchang. Pekan kecik, tapi pelancong ramai ditambah dengan pasar malam pulak. Time dinner ni baru jumpa Halim & family.
Aktiviti malam pulak, eksklusif untuk boys. Nasibla jumpa satu kedai dekat tingkat 1 arked yang bukak sampai lewat. Sambil borak2, ada la tunjukkan blog vhomvhai ni pakai laptop. Bertambah banyaklah cerita-ceriti. Teh-kopi dah masuk second round, cerita tak habis lagi.
Last-last, pembantu kedai tersenyum-senyum sambil bagitau...kedai mau tutup.
Esok paginya, Ciki dan family check out awal, sebab nak attend majlis sepupu dia. Halim pun ada agenda lain rasanya, tinggal Din, Jai, Mimi dan Fahmi dengan aktiviti sarapan pagi di ladang teh.
Gambar-gambar dah kitorang upload di sini
Lepas sarapan dan beli buah tangan, waktu berpisah pun tiba. Teringat jugak kat kengkawan lain yang tak ikut serta gathering ni. Ada masa kita jumpa lagi. Sign out.