catatan - 18 mac 2008
petang tu, aku dari Alor Gajah
selepas berbalas-balas sms;
selepas menempuh sesak sana-sini
selepas selesai keje itu-ini
aku pun tiba di KLIA, around 5.15pm
aku jengah keliling, kiri dan kanan
masih tak kelihatan, orang yang ku cari
ku capai telefon, dail dan bersambut
ku jengok sekali lagi
tu diaaa.. muncul insan yang bernama JAI
sahabat yang telah tidak ku tatap wajahnya
dengan mata kepala ku sendiri
sejak lebih 5 tahun lalu rasanya
pergghhh...
berbaju batik hijau segak adanya
gaya memang pegawai gomen sejati.. hehe..
memandangkan beliau hanya ada masa singkat
lebih kurang 1 jam lebih
sebelum perlu berlepas balik ke Kelantan
kami pun duduk di sebuah kedai makan
hanya bersilangkan secawan teh tarik je
pastinya, tak dapat lari
topik yang dibualkan dan dibincangkan
adalah sekitar pilihanraya yang lalu
tentang vhomvhai dan alumni
dan cerita kehidupan sendiri
tak puas rasanya berceloteh
tak puas bertukar pendapat
namun, walau sekilas pandang dan cerita
terubat jua rindu aku
dapat berjumpa sahabat ku yang seorang iniselesai berjabat salam dan peluk perpisahan
aku teruskan perjalanan ke Shah Alam
dalam perjalanan, call received, dari Toy
yang sepatutnya bersama aku di KLIA tadi
selepas semuanya dipersetujui
8.30pm, Restoran Imtiyaz, Seksyen 18, Shah Alam
lantas ku hantar sms
kepada beberapa orang sahabat lain
kot kot ada yang sanggup
kalau kalau ada yang teringin
lebih kurang 8.45pm, aku tiba
di kedai makan mamak 24 jam tu, Toy telah sedia menanti
lebih kurang 9.15pm, Berg pula muncul di pandangan
aku, Toy, Berg dan Jai
dulunya.. memang 'berjiran' di Shah Alam
sama-sama mengasas Team Kroni Shah Alam VhomVhai
oh! (macam cerita Gila-Gila Remaja)
manisnya mengenang zaman itu
tak lama kemudiannya, Ciki pun tiba
itu pun selepas dekat 10 calls putus-putus
nak cari/tanya arah ke lokasi
akhir sekali, standard, sapa lagi
kalau tak hero Smurf The Movie
- Yandek
hehe...perghhh... apapun..
antara 5 hingga 10 tahun
aku tak jumpa insan-insan di atas
pelbagai topik dibincang dan dibualkan
aneka kelucuan dan kisah lama diingatkan
puluhan gelas telah diminumkan
ratusan sudu makan disuapkan
around 11pm, Berg mohon diri
ye la kan.. duduk jauh.. Nilai..
plus esok pagi nak 'sharp' keje di Shah Alam
Yandek dan Ciki
(pasangan kembar hanya pada nama)
berselang seli bertanyakan dan mengacukan
pelbagai soalan pada aku
macam la aku ni YB yang baru menang
bab politik dan gomen jadi sasaran
Toy tak kurang menokok dan mengiyakan
hmmm.. yang bermula akan berakhir
hampir lebih kurang pukul 12.30am
kami pun bersurai
kalau ikutkan hati
memang nak layan borak lagi
namun, apakan daya
apapun, terima kasih kengkawan
semoga berjumpa lagi
"it is never a goodbye
just a farewell"