04 May 2008

Projek Tabung BBB

salam pada semua kengkawan..


pada tengahari tadi (waktu Malaysia)
rombongan wakil vhomvhai kita
JAI, ANZAM dan BASIR
telah membuat kunjungan
ke rumah ayoh BERG
dan telah pun menyampaikan sumbangan kita
(yang berjumlah beberapa ratus, alhamdulillah, yang termampu)
kepada Haji Mat, Kampung Bukit Guntung

terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menyumbang
terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mewakili
amat bersyukur dan berbangga dengan kengkawan vhomvhai


APANG



*******fadli wrote:*********
Date: Tue, 22 Apr 2008
Subject: Projek Tabung BBB

salam pada semua kengkawan..


please take note
that this email was sent to all vhomvhai's email
individually, not via yahoogroup
kecuali to HAMRIZAN a.k.a. BERG


serba ringkasnya
selang dua Jumaat yang lalu
JAI telah memaklumkan bahawa
rumah kepunyaan bapa kepada HAMRIZAN
di Bukit Guntung, Kuala Terengganu Utara, Terengganu
telah mengalami bencana kebakaran
innalillah..

serba ringkas -
bahagian rumah atas (kayu-based) hangus
cuma bahagian bawah (batu-based) selamat
bahagian kedai roti canai juga selamat
alhamdulillah..

sehubungan ini..
adalah dengan penuh takzimnya
ingin memohon dan merayu kerjasama dan budi murni
semua kengkawan vhomvhai sekalian
sekiranya sudi dan berkemampuan
untuk bersama-sama kita membantu meringankan beban
yang sedang ditanggung oleh ayohnya dan BERG sendiri tentunya
atas kemalangan yang tak diduga ini

oleh itu.. adalah dengan ini
dilancarkan Tabung Beban Bersama Berg
yang akan disalurkan terus kepada beliau
apabila rombongan vhomvhai (yang dijangka akan) melawat
rumah ayoh BERG tersebut
pada 1 atau 2 Mei ini

kepada rakan-rakan yang berhajat
bolehlah menyalurkan sumbangan melalui;
Akaun Maybank
Nama: Fadli Adilah
No. Akaun: 16XXXXXXXXXX
Telefon: 019XXXXXXX

* tarikh akhir kutipan adalah pada 30 April 2008


NO AMOUNT IS TOO SMALL
NO EFFORT IS TOO BIG


terima kasih daun keladi
keladi tumbuh di tepi paya
terima kasih di atas budi
hanya Tuhan boleh membalasnya


bersamalah kita membantu
kalau tak kengkawan, sapa lagi
hari ini hari kita, esok mungkin hari orang lain pula


sekian, terima kasih.


FADLI ADILAH
Pemegang Amanah