Majlis Mesra Exsemesdians 2008 "Memberi Kepada Yang Berjasa" Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2008 Masa: 8.00 pm - 11.00 pm Tempat: Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL Tema: Batik Glamour
as you guys and gals will probably by now Alumni Ex-Semesdians kita akan mengadakan dan menyambung tradisi Majlis Mesra Ex-SMSD ini lagi
untuk tahun 2008 ini ianya akan dikendalikan oleh abe-akok Batch 88
* MME 2006, batch 92 * MME 2007, batch 93
details are as follows;
Majlis Mesra Exsemesdians 2008 "Memberi Kepada Yang Berjasa"
Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2008 Masa: 8.00 pm - 11.00 pm Tempat: Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, KL Tema: Batik Glamour Pakaian: Batik
* aku rasa, Jai dah memang best dress hehe...
seperti mana biasa, di MME yang lalu dua buah meja (20 kerusi) telahpun tersedia menanti untuk kengkawan VhomVhai sekalian yang telah dibayai sepenuhnya
pendek kata, free of charge limited but available pat pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat! :)
sehubungan ini bagi kengkawan yang berminat dan berkelapangan adalah dipohon dengan segera untuk hubungi Sri Bayu kita untuk tempah seat memasing
bagaimanapun, kepada yang tak ingin kerusi free and bayar sendiri juga adalah juga dipohon dengan segera untuk hubungi Sri Bayu kita untuk tempah seat yang ada
apapun... Mari Mariiii Mariiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
pada tengahari tadi (waktu Malaysia) rombongan wakil vhomvhai kita JAI, ANZAM dan BASIR telah membuat kunjungan ke rumah ayoh BERG dan telah pun menyampaikan sumbangan kita (yang berjumlah beberapa ratus, alhamdulillah, yang termampu) kepada Haji Mat, Kampung Bukit Guntung
terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi menyumbang terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mewakili amat bersyukur dan berbangga dengan kengkawan vhomvhai
please take note that this email was sent to all vhomvhai's email individually, not via yahoogroup kecuali to HAMRIZAN a.k.a. BERG
serba ringkasnya selang dua Jumaat yang lalu JAI telah memaklumkan bahawa rumah kepunyaan bapa kepada HAMRIZAN di Bukit Guntung, Kuala Terengganu Utara, Terengganu telah mengalami bencana kebakaran innalillah..
serba ringkas - bahagian rumah atas (kayu-based) hangus cuma bahagian bawah (batu-based) selamat bahagian kedai roti canai juga selamat alhamdulillah..
sehubungan ini.. adalah dengan penuh takzimnya ingin memohon dan merayu kerjasama dan budi murni semua kengkawan vhomvhai sekalian sekiranya sudi dan berkemampuan untuk bersama-sama kita membantu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh ayohnya dan BERG sendiri tentunya atas kemalangan yang tak diduga ini
oleh itu.. adalah dengan ini dilancarkan Tabung Beban Bersama Berg yang akan disalurkan terus kepada beliau apabila rombongan vhomvhai (yang dijangka akan) melawat rumah ayoh BERG tersebut pada 1 atau 2 Mei ini
kepada rakan-rakan yang berhajat bolehlah menyalurkan sumbangan melalui; Akaun Maybank Nama: Fadli Adilah No. Akaun: 16XXXXXXXXXX Telefon: 019XXXXXXX
* tarikh akhir kutipan adalah pada 30 April 2008
NO AMOUNT IS TOO SMALL NO EFFORT IS TOO BIG
terima kasih daun keladi keladi tumbuh di tepi paya terima kasih di atas budi hanya Tuhan boleh membalasnya
bersamalah kita membantu kalau tak kengkawan, sapa lagi hari ini hari kita, esok mungkin hari orang lain pula
petang tu, aku dari Alor Gajah selepas berbalas-balas sms; selepas menempuh sesak sana-sini selepas selesai keje itu-ini aku pun tiba di KLIA, around 5.15pm
aku jengah keliling, kiri dan kanan masih tak kelihatan, orang yang ku cari
ku capai telefon, dail dan bersambut ku jengok sekali lagi tu diaaa.. muncul insan yang bernama JAI sahabat yang telah tidak ku tatap wajahnya dengan mata kepala ku sendiri sejak lebih 5 tahun lalu rasanya
pergghhh... berbaju batik hijau segak adanya gaya memang pegawai gomen sejati.. hehe..
memandangkan beliau hanya ada masa singkat lebih kurang 1 jam lebih sebelum perlu berlepas balik ke Kelantan kami pun duduk di sebuah kedai makan hanya bersilangkan secawan teh tarik je
pastinya, tak dapat lari topik yang dibualkan dan dibincangkan adalah sekitar pilihanraya yang lalu tentang vhomvhai dan alumni dan cerita kehidupan sendiri
tak puas rasanya berceloteh tak puas bertukar pendapat namun, walau sekilas pandang dan cerita terubat jua rindu aku dapat berjumpa sahabat ku yang seorang ini selesai berjabat salam dan peluk perpisahan aku teruskan perjalanan ke Shah Alam
dalam perjalanan, call received, dari Toy yang sepatutnya bersama aku di KLIA tadi
selepas semuanya dipersetujui 8.30pm, Restoran Imtiyaz, Seksyen 18, Shah Alam
lantas ku hantar sms kepada beberapa orang sahabat lain kot kot ada yang sanggup kalau kalau ada yang teringin
lebih kurang 8.45pm, aku tiba di kedai makan mamak 24 jam tu, Toy telah sedia menanti lebih kurang 9.15pm, Berg pula muncul di pandangan
aku, Toy, Berg dan Jai dulunya.. memang 'berjiran' di Shah Alam sama-sama mengasas Team Kroni Shah Alam VhomVhai oh! (macam cerita Gila-Gila Remaja) manisnya mengenang zaman itu
tak lama kemudiannya, Ciki pun tiba itu pun selepas dekat 10 calls putus-putus nak cari/tanya arah ke lokasi
akhir sekali, standard, sapa lagi kalau tak hero Smurf The Movie - Yandek
hehe... perghhh... apapun.. antara 5 hingga 10 tahun aku tak jumpa insan-insan di atas
pelbagai topik dibincang dan dibualkan aneka kelucuan dan kisah lama diingatkan puluhan gelas telah diminumkan ratusan sudu makan disuapkan
around 11pm, Berg mohon diri ye la kan.. duduk jauh.. Nilai.. plus esok pagi nak 'sharp' keje di Shah Alam
Yandek dan Ciki (pasangan kembar hanya pada nama) berselang seli bertanyakan dan mengacukan pelbagai soalan pada aku macam la aku ni YB yang baru menang bab politik dan gomen jadi sasaran Toy tak kurang menokok dan mengiyakan
hmmm.. yang bermula akan berakhir hampir lebih kurang pukul 12.30am kami pun bersurai
kalau ikutkan hati memang nak layan borak lagi namun, apakan daya
apapun, terima kasih kengkawan semoga berjumpa lagi
tengahari tu.. aku dari Shah Alam on the way nak balik ke Alor Gajah
selepas beberapa phone calls ngan Gaban tiba juga aku akhirnya ke lokasi pertemuan
hmm.. rupanya Mesyuarat Alumni tak jadi kensel sebab tak cukup korum
apapun.. dapat jugak aku bertemu dan kenal dengan beberapa tokoh Alumni yang lain abe Presiden Wan Sabri, Timbalannya abe AFNA dan Zaidi Yusuf and of course rakan sevhomvhai Sri Bayu, Pecai dan Gaban
selang 20 minit kemudian tu tinggallah cuma aku bersama Pecai dan Gaban
(sekadar Gambar Hiasan)
hmmm.. memang dejavu! sebab, kali terakhir kami borak bertiga was on 18 November 2005 selepas Majlis Raya Gathering di RNTT
macam biasa.. pelbagai topik dan cerita Pecai ngan lawak selamba-silambamnya Gaban dengan kegabannya Apan dengan kegagapannya hehe..
riuh-rendah dengan hilai-derai sakit kenggg pastinya sampai berair mata melayan ketawa akibat kisah lama tentunya antara lainnya; kisah Ujian Ketahanan Fizikal dan kisah Persembahan Silat Tok Perpat yang kedua-dua 'hero' dalam cerita tersebut adalah sahabat kita Yandek
nak jadi tambah suspen sedang bagus punya borak tetiba handphone Pecai berdering rupanya Yandek yang telefon sebab nak tanya arah nak gi Pos opis hehe..
vv girls kali ni ubah angin pulak.selalunya kitorang berkumpul kat rumah salah sorang dari kitorang,lunch kat klcc tapi kali ni kat peyakin,meru.
walaupun hanya 5 orang je yang dapat datang,ianya tetap meriah sambil merindukan kawan-kawan lain yang tak dapat join sebab masing-masing sibuk dengan urusan keluarga,peribadi,kerja ............yang dapat join sri,isma,izan,zurie dan lina.dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran mak,adik dan anak-anak buah sri bayu,anak buah izan dan anak-anak zurie. ada seramai 70 orang anak-anak kat sini dari darjah dua hingga tingkatan lima.
untuk menyerikan lagi program kitorang,sambutan harijadi putera-puteri zurie pun dibuat sekali kat sini. dengan menggunakan khidmat caterer intan payung(mak irwan safary),semuanya sedap dan kitorang semua enjoy makanan tu. ada 11 biji kek kot hehehheheeh sumbangan dari kitorang dan kawan-kawan lain yang tak dapat join, sumbangan bubur lambuk dan sumbangan ' jajan' . fuhhhhh....nasib baik ingat lagi password blog ni.okay semua gambar-gambar lain bolehlah tengok kat vvphotos dan vvgirls.
ps: sorry nama-nama tak guna huruf besar sebab button caps lock ni ada problem....
Mini gathering tahun ke-2 di Cameron Highlands baru-baru ini dihadiri oleh Hisharuddin, Ciki, Fahmi, Jai, Mimi dan Halim. Jangan kata tak tahu pasal gathering ni, aahh. Kitorang dah ajak dan hebahkan dalam yahoo-group.
Kami menginap di apartment Lily, thanx to our senior Elly yang mempunyai bisnes hotel di tanah tinggi ni. Orang Simpang Pulai sampai dulu, maklumlah distance dari rumah dia tak sampai 40 batu. Siap orang rumah dia goreng bihun. Fahmi dan Ciki yang kebetulan tiba serentak memang langkah kanan. Belakang, Jai pun terjenggul (pinjam vocab dia).
Jam baru 4 pm, tapi dah berkabus dan sejuk. Dalam reramai tu, ada sorang jer yang tunjuk terer sentiasa pakai baju selapis, maklumle, penebat lemakdia tebal. Din dengan Jai bercakap pun keluar asap...
Aktiviti hari pertama adalah mencari port untuk bawak anak-anak ke ladang strawberry. Pusing punya pusing.. tak tercapai pulak hajat ni, sebab ladang-ladang ni tutup time Merdeka. So tukar plan pergi dinner awal sikit di Brinchang. Pekan kecik, tapi pelancong ramai ditambah dengan pasar malam pulak. Time dinner ni baru jumpa Halim & family.
Aktiviti malam pulak, eksklusif untuk boys. Nasibla jumpa satu kedai dekat tingkat 1 arked yang bukak sampai lewat. Sambil borak2, ada la tunjukkan blog vhomvhai ni pakai laptop. Bertambah banyaklah cerita-ceriti. Teh-kopi dah masuk second round, cerita tak habis lagi. Last-last, pembantu kedai tersenyum-senyum sambil bagitau...kedai mau tutup.
Esok paginya, Ciki dan family check out awal, sebab nak attend majlis sepupu dia. Halim pun ada agenda lain rasanya, tinggal Din, Jai, Mimi dan Fahmi dengan aktiviti sarapan pagi di ladang teh. Gambar-gambar dah kitorang upload di sini
Lepas sarapan dan beli buah tangan, waktu berpisah pun tiba. Teringat jugak kat kengkawan lain yang tak ikut serta gathering ni. Ada masa kita jumpa lagi. Sign out.
tadi pagi.. sempena weekend.. aku kemas-kemaskan dan tengok-tengok semula barang-barang persendirian kepunyaan aku yang aku simpan/letak dalam satu kotak khas yang aku sediakan/kumpul/bawak walau ke mana saja aku berada
antara yang ada dalam kotak tu adalah dokumen, gambar dan surat lama
selepas aku checked pagi tadi rupanya.. ada beberapa gambar lama yang aku terlupa aku pernah simpan dalam tu
(gambar lain, mostly dah kuyup kena banjir 1998 kat rumah shah alam)
so, aku pun scanned tadi and rasa nak share kat sini.. let me start.. with these two;
gambar yang ini adalah gambar aku dan allahyarham Jong Pidi yang bersiap awal pada pagi hari jumaat tu semata-mata nak bergambar kenangan hehe.. buktinya??? nampak tak kelibat Zemang dan Berg yang baru nak gi atau selesai mandi tu hehe..
blog ni memuatkan karya - tulisan / email / nukilan / video / produk lain - yang terpilih, yang telah dihasilkan oleh VhomVhai 8892, yang mana asalnya telah dihantar ke vhomvhai-yahoogroups