04 August 2007

cerita gambar lama - 1

tadi pagi.. sempena weekend..
aku kemas-kemaskan dan tengok-tengok semula
barang-barang persendirian kepunyaan aku
yang aku simpan/letak dalam satu kotak khas
yang aku sediakan/kumpul/bawak walau ke mana saja aku berada

antara yang ada dalam kotak tu
adalah dokumen, gambar dan surat lama

selepas aku checked pagi tadi
rupanya.. ada beberapa gambar lama
yang aku terlupa aku pernah simpan dalam tu

(gambar lain, mostly dah kuyup
kena banjir 1998 kat rumah shah alam)

so, aku pun scanned tadi
and rasa nak share kat sini..
let me start.. with these two;

gambar yang ini
adalah gambar aku dan allahyarham Jong Pidi
yang bersiap awal pada pagi hari jumaat tu
semata-mata nak bergambar kenangan
hehe..


buktinya???
nampak tak kelibat Zemang dan Berg
yang baru nak gi atau selesai mandi tu
hehe..

No comments: