02 August 2006

Dear Diary - by Lina

28 Julai 2006

Bangun je pagi-pagi aku terus sms Sri pesan jangan lupa
bawa iron,untuk korang jugak nak pakai tudung cantik-cantik,
aku simple je...

Aku paling awal sampai KL Sentral,nasib baik ada teksi nak bawa
sebab jalan jem teruk.Lagi satu aku risaukan Cuya,sebab dia pun nak
naik teksi jugak.Lega rasanya bila dapat tahu Cuya dah dalam
komuter.Kak Tool pun dalam komuter.Ada satu jam lagi nak pukul
900 pagi.So, aku check email,ada satu je dari Fahmi.

Tak lama lepas tu Kak Tool sampai dengan lenggang-lenggoknya.
Merahnya mak ngah.........beberapa minit lepas tu Cuya sampai
,merah jugak.Cuya tak breakfast lagi,kesian..nasib baik mak aku
dah bagi aku makan tadi

Tepat pukul 0900 Sri sampai.Apalagi akulah co-pilot yang dipilih
duduk kat sebelah walaupun dia tahu aku ni buta jalan...Sri bawa
breakfast untuk kitorang.Gembiralah Cuya.Aku pulak kononnya
tak nak kacau Cuya,Kak Tool,Sri makan kuih-muih tu tapi
ternampak je che mek molek terus aku ngap..

Sampai je kat tol kitorang tunggu ketua rombongan.Lamanya.......
Sri sibuk dengan handphone ,bincang pasal kerja.Aku cuma dengar dia
cakap perkataan juta-juta je.Aku tertunggu-tunggu jugak MAS panggil
aku bolehla aku tunjuk yang aku pun busy jugak

Penantian yang begitu lama berakhir jugak dengan kemunculan
tiga jejaka dan seorang kanak-kanak comel dan seksi,Hakimi.
Bermulalah konvoi kitorang.....Tuanku Sri mengarahkan aku dayangnya
ni mengsms kereta depan nak stop kat petronas isi minyak.Aku,Cuya,Kak Tool
berlumba-lumba nak pergi beli air....dahaga....Tak tau pulak Sri tengah
berulang-alik dari kaunter bayaran ke kaunter isi minyak.Patutlah
bila aku pergi kat kereta ,Sri kat dalam kedai,bila aku masuk kat dalam kedai
Sri dah kat tempat isi minyak....

Kami lepak-lepak sekejap minum-minum.Masa ni Faizal Fuad dan
Mat Nor Shahrul tak habis-habis buat lawak.Cuma sampai sekarang
aku tak paham cerita selipar Mat Nor yang digembar-gemburkan..

Kemudian perjalanan diteruskan ke Gambang nak ambil kereta Faizal.
Masa nilah aku sms Jai dan Mek Nor.Masa nilah ada orang sibuk tanya
no akaun maybank pulak.....siapalah ada yang bawa buku bank.
Sampai kat Gambang kitorang lepak lagi minum-minum.Lambat lagi siap
nya kereta tu jadi Faizal suruh kitorang bertolak dulu.

Terpaksalah aku meminta Kak Tool dan Cuya naik kereta Fahmi sebab
Kak Tool tau nak ikut jalan mana.Yahoo......boleh buka radio...
Cuya tak suka aku buka radio sebab aku buka kuat-kuat,pening kepala
dia.sorrrry.......Dalam perjalanan hujan turun renyai-renyai.

Sampai kat Paka kitorang makan Mc D kat jalan Seligi.Lepas makan,
Cuya dengan Kak Tool naik balik kereta Sri atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.

Dalam perjalanan Fahmi sms suruh buka radio ada lagu best,kitorang
apalagi ,yang tak bagi buka radio pun excited nak dengar...Lagu apa ni??
Linkin Park?? Semua mengeluh..Kak Tool je enjoy aku tengok...

Bila dah dekat sampai sekolah,semua kepala ke kanan je,Sri jeling-
jeling je boleh.Lawanya pagar sekolah....ok je sekolah.Kitorang
berpandangan antara satu sama lain.Dalam hati kitorang berkata
' takanlah Mat Nor Setapa tak kenal sekolah sendiri,ke dia
tengok sekolah Intan Zaharah,yelah dari KL kita tengok ke kanan,
takut Mat Nor tengok ke kiri'

Sampai je kat hotel Sri Gate,Jai menyambut kami dengan senyuman
sampai ke telinga.Masuk je bilik letak barang terus cari Mimi dan anak-
anak.Aku pun jerit " Tasnim,Umairah, mari kat mamalina"Selamba je
Mimi jawab " Tasnim dalam proses".hehehe tersilap rupanya aku ni.
Jannah rupanya.Aku dukung dua-dua sekali,masa ni Umairah ok
tak nangis pun mungkin sebab aku dukung dua-dua sekali kot.

2030 malam macam biasa kami yang perempuan dah ready kat bawah.
Ada dua orang abang polis,salah sorang husband Mek Nor.Jai turun
dengan Umairah,tak lama lepas tu Mimi dengan Jannah.
Fahmi????
tak dapat ikut sekali Kimi dah tidur.

Kat rumah Mek Nor kecoh habis berjumpa pulak dengan Yati Yusof
dan Meizul Alifah.Sebelum join diorang kat dapur aku dengan Sri
kat ruang tamu main teka-teki dulu ni anak siapa,tu anak siapa.
Jai dah macam duri diantara bunga-bunga mawar yang mekar hehe
Bestnya lauk pauk,makan sambil bergurau senda,gelak ketawa.

Yati Yusof pulak ajak makan buah-buahan kat rumah dia.Jai tak dapat
ikut maklumlah ajk.Sri pun ajk jugak tapi dia dah penat kot drive jauh-
jauh.Co-pilot tak reti bawa kereta besar,nak buat camana?

Kat rumah Yati ,makan buah rambutan dan mata kucing sambil
belek-belek album.Masa ni dapat tau yang Mimi mengidam lagi...

Balik je hotel,dah ready nak tidur,handphone Sri berbunyi.Gaban
dah sampai.Ada kerja nak kena buat.Aku baru je mimpi nak sampai ke
........ Buka je pintu ada satu beg Tshirt hitam,satu bag cd,pamplet.
O.....inilah yang Apan sponsor.Aku tolong Sri masukkan cover cd ,lipat
pamplet.Dapat upah susu kotak.

Ok dah siap semuanya aku tidur sambil tengok gambar-gambar kat
pamplet tu.(bukannya macam kira kambing biri-biri,jangan salah anggap)
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


29 Julai 2006

Pagi tu turun je berkenalan dengan wife Gaban,Mazwin.
Semua dah turun kecuali Mimi dan puteri-puterinya.Sukri
nak bawa kitorang pergi sarapan.Kitorang dah terbayang-
bayang nasi dagang.Tapi alangkah malangnya banyak kedai
tutup.Kedai yang buka pun cuma ada roti canai dan nasi lemak
ikan.Terima kasihlah kepada sesiapa yang belanja tu,terima kasih
jugak kepada yang berebut-rebut nak belanja.

Sampai je kat sekolah,apalagi sibuk berposing sanasini.
Sibuk mencari perubahan yang ada.
Masuk dewan besar,daftar diri.Adik-adik ni semuanya peramah,
senyum je aku tengok.Gang-gang vhomvhai 92 ni awal-awal dah ada
kat dewan.duduk depan sekali,bersemangat.Masa ni Zurie sms dalam
perjalanan katanya.Bestnya adik-adik tu buat dikir barat.Pasal apa yang
diceritakan masa meeting......hehehehe..........aku tertidur tapi buka mata.
Nasib baik ada Kimi ,hilang boring aku.

Tea Break gang-gang vhomvhai 92 ni jugak bersemangat beratur ambil kuih.
Begitulah juga masa lunch.Masuk dewan awal,keluar pun awal.

Habis je lunch aku,Sri,Kak Tool,Cuya,Yati Ibrahim berjalan-jalan
tengok kawasan sekolah.Aku dengan Kak Tool je yang jalan sampai surau.
Yang lelain dah tak larat,panasssss....Dalam perjalanan ada je kemusykilan
stop adik-adik tanya.
Kubur depan surau tu untuk kursus jenazah,trek jogging dah jadi tempat
camping,ada beberapa ekor kambing kat padang rugbi,boys boleh tengok tv
kat luar.Gymnasium dah buruk.Surau bocor.

Sepanjang gajah menyusur tu terjumpa adik-adik balik dari bandar.
Sekarang ni pakai tshirt khas untuk keluar bandar dan seluar hitam.Aku dengan
Kak Tool ingat nak beli tshirt tu tapi tak ada stok.

Petang pukul 1600 kitorang join ada senior tu nak belanja makan keropok
lekor tepi pantai.Masa ni Apan call Cuya....(nasib baik dapat contact kalau
tidak mesti Apan suruh Fahmi,Fahmi suruh aku cari Cuya).

1730 main petang.Aku dengan bersemangatnya pakai tshirt merah senior 92.
Aku tau dihati diorang ni semua mesti jealous.Tshirt hitam yang Apan
sponsor tu sampai mati aku simpan.Korang pun simpanlah manalah
tau panjang umur bila kita buat gathering lagi masa umur 55 tahun
aku pakai tshirt ni tak ada lah korang jealous lagi.heheheh

Hancur luluh perasaan akubila Sri cakap main petang dibatalkan
sebab senior tak nak join,tak cukup orang.Lepas spm,aku tak pernah
pegang bola,kalau teringin aku pergilah kat sport department kat mana-
mana shopping complex.
Tiba-tiba Yati Yusof,Mek Nor,Izan,Zurie muncul.Yesssssssssssssss..............
Apalagi kami bermain netball menang.

Mek Nor( pakai selipar jepun) dan Yati Yusof ni asal dapat je bola mesti golllll.
Izan dan Sri berterbangan kesana kemari.Aku dengan Zurie relax je sebab
team kita banyak menyerang.Kak Tool main bahagian tengah,satu padang
dia lari......fuiyooo

Habis netball aku merayu-rayu ajak diorang main basketball pulak.
5 minit je please......Oleh kerana sifat setiakawan yang tinggi diorang sudi
berlari lagi di court basketball pulak.Kitorang menang lagi.........
Team vhomvhai92 ni banyak penyokong rupanya....

Malam bbq,malam yang dinantikan.Sungguh meriah.Zurie dan Sukri jadi mc
santai je......
Sebenarnya aku seram gak kat court tennis ni teringat cerita-cerita histeria
dulu,tapi aku diam je.
Aku tengok Jai dengan Gaban ni kesana-kemari dengan handphone,bergayut
dengan Apan kot sebab aku tengok Apan pegang handphone kat dinding tu.
Connie sibuk berbual-bual dengan cikgu-cikgu.
Basir,Anzam,Jasme,Hishamuddin,Ton Borhan,Napi,Riduan,Poji,Sri,Yati Ibrahim,
Kak Tool,Cuya,Fahmi,Mimi,Izan,Meizul,MekNor,Faizal,MatNor,Abd Aziz,Sidi,
Azmi,Bena sibuk berbual sesama sendiri dan bergambar.

Selain dari vhomvhai 92 ada cikgu Kamaruddin,cikgu Hakim,cikgu Azmi,
cikgu Hamdani,iceman dari Sudan,kak Niza(kakak dorm kitorng batch 90
datang dengan Yati Ibrahim),abang Wan Sabri.

Lepas perkenalkan diri dapat cenderahati beg besar.Dalam tu ada cd,tshirt,pamplet,
keropok segera dan pen.Ada kuiz,15 orang paling tepat dapat hadiah voucher
petronas.Aku ni function vhomvhai92 mesti ada luck mesti dapat punya,
kalau tempat lain jangan harap.

Habis je bbq,aku dan Kak Tool tumpang Connie jalan-jalan ambik angin
kat bandar Dungun.

Malam tidur pukul 3 pagi jugak,bukan pasal tolong Sri tapi bercerita.
(cerita aku dengan Sri tak pernah habis)
Cuya dengan Kak Tool ni dah lena diulit mimpi-mimpi indah kot....................


30 Julai 2006

Penghuni banglo 6 awal-awal dah ready.Harap-harap kali ni
dapatlah makan nasi dagang.Connie singgah nak tunjukkan
anak-anak dia yang yang dah merampas bulu mata Connie.
Hehehe aku suka tengok gigi 2 batang Najiha( harap-harap tak salah nama).
Lepas Connie ucap selamat tinggal,aku rasa pening kepala pulak,agaknya
kurang tidur kot.Minta panadol dari Fahmi tapi tak makan sebab perut kosong.

Cuya,Kak Tool,Sri,aku tertunggu-tunggu kat depan banglo tu tengok
penghuni banglo 7 yang tak siap-siap lagi.Hanya kelihatan Fahmi je yang keluar
masuk banglo ke kereta,kereta ke banglo beberapa kali.Bersenam kot dia ni.....

Zurie dengan Izan pun dah sampai,penghuni banglo 7 masih tak kelihatan.
Macam-macam bermain difikiran kami'Jai dan Mimi ni sibuk mandikan anak-anak kot',
'Gaban kena caj bateri ke ?' ' ke diorang ni masih berchatting dengan Apan?'

Sukri dengan Napi pun dah datang,penghuni banglo 7 masih tak kelihatan.
Bena dan keluarga pun dah siap.Baru nampak Awin muncul,lepak dengan
kitorang.

Dekat-dekat nak pukul 11 semua orang akhirnya ada.Kitorang berkonvoi
ke restoran terdekat .Lepas sambung-sambung meja ala-ala nak makan besar
order air,lepas tu dapat tau nasi dah tak ada .kitorang makan sandwic dengan
kuih-muih je hehehehe.

Sebelum berpisah kitorang bergambar kat tepi pantai.Dalam tahun 2006 ni
ada jugak gadis berposing ayu kat bawah pokok ,lepas tu diusik oleh
jejaka-jejaka kat tepi-tepi tu..Sri,nanti aku besar kan gambar tu yek....

Aku,Sri,Zurie,Kak Tool dan Izan meneruskan perjalanan ke
rumah cikgu Hanisah.Kesian cikgu,tahun depan baru pencen.Cikgu masih
ingat Kak Tool( Kenapalah semua orang ingat Kak Tool je ni ).

Kami masuk balik ke smsd nak cari cikgu Roslina.Sri parking kat
tempat pengetua.Slimnya cikgu Roslina,masih sweet macam dulu-dulu jugak.
Kitorang lunch dengan cikgu kat kantin dan berbual mesra.Lepas tu sessi photograpi.

Aku,Sri,Kak Tool berpisah dengan dengan Zurie dan Izan.Kali ni hajat hati
nak ke Kuala Terengganu,nak ke pasa payang dan mencari cikgu Rahimi.
Masih di daerah Dungun,kitorang telefon cikgu Rahimi.Rupa-rupanya
cikgu dalam perjalanan ke Kuantan.Jadi kitorang cadangkan nak jumpa
cikgu kat sekolah je.Kitorang masuk balik SMSD tercinta,apahal lah
susah sangat nak meninggalkan sekolah ni.

Kitorang bertiga lepak kat surau.Tiba-tiba ternampak koop buka,terus meluru
beli ais krim.Cikgu Rahimi telefon dah nak sampai,kitorang cadangkan
berjumpa kat kantin.Kali ni Sri parking kat tempat timbalan pengetua.
Ceria muka kitorang berjumpa dengan cikgu Rahimi.Cikgu masih handsome,
kelakar buat lawak tak habis-habis.Cikgu siap rakam video gambar kitorang
nak tunjuk kat Ustazah.Lepas tu cikgu call ustazah,so kitorang berbual-bual
dengan ustazah.Anak cikgu dah lima.
Sessi photograpi ,cikgu yang cadangkan tempat.hmmmm...untungnya Ustazah.

Nampaknya semua benda yang nak dibuat kat Terengganu dah tercapai,cuma
satu je makan nasi dagang.Kitorang bertolak ke Kuala Terengganu,kali ni
Kak Tool drive.

Sampai kat KT ,kitorang berpusing-pusing cari hotel yang dekat
dengan pasar payang,akhirnya kitorang buat keputusan hotel yang menghadap
Istana Maziah.Yelakan ada Tuanku Sri Bayu.

Malam tu Yati Ibrahim bawa kitorang makan besar kat Marang.Disaksikan
oleh hujan lebat,angin kencang,lampu padam,banjir......seronok sangat....
Gelak je....makin kembanglah muka aku.

Dalam perjalanan balik aku,Sri,Yati buli Kak Tool,paksa dia bercerita kisah
hidup dia hehehehe.Jangan risau Kak Tool,kitorang bertiga ni panadai simpan
rahsia.Bayangkanlah didalam hujan Kak Tool bercerita diiringi pulak
dengan lagu biarlah rahsia.Setiap cerita Kak Tool... aku,Sri,Yati akan menjerit hah!!!!!!
nasib baik yang satu cerita tu tak ada kesinambungan heheheheee

Lepas cakap babai dengan Yati,kitorang balik hotel.Elok-elok
dah dapat parking adalah pulak yang nak beli air kat seven-eleven.Tak pasal-
pasal kena parking jauh berjalan dalam hujan.
Kak Tool shopping ayat Quran hiasan diniding....cantikkkkkk

Malam tidur awal,dengan harapan dihati masing-masing esok bangun
pagi-pagi nak makan nasi dagang.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


31 Julai 2006

Pagi-pagi dah bertolak ke pasar payang.Ketika berjalan depan istana
kitorang berangan-angan sikit.....hehehe

Sampai je pasar payang terus cari warung Umi,kitorang dapat makan nasi dagang
akhirnya.Gembira tak terkata bersarapan macam raja.Lepas tu shopping ala
kadar.

Dalam perjalanan dari KT,Mek Nor sms ajak singgah lagi rumah dia.Mungkin
dilain kali.Lepas tu dapat sms dari Jai,Izan.

Singgah sekejap kat Kelulut 08 beli keropok lekor dan keping.Teringat pulak Cuya
nak pos keropok ke Apan.

Masa lalu depan SMSD kali ni semua kepala berpaling ke sebelah kiri,Sri masih
boleh jeling-jeling je.Sabar Sri,manalah tau tahun depan dah ada driverpulak kan???

Sampai Kemaman,singgah rumah Rosmi nak tengok baby.Rosmi pelawa kitorang
lunch.Sedapnya...Lain kali aku datang Terengganu tak payah bawa duit makan
ramai yang offer nak bagi makan.
Rambut baby Rosmi ni lebat kau,mata tak ikut Rosmi,aktif pulak tu.
Tak silap aku Ahram Hakimi.....alamak rindu pulak aku kat Kimi.

Lepas baby tidur kitorang berangkat balik.Tiba-tiba dalam perjalanan
baru teringat yang lupa nak ambik gambar dengan Rosmi.adoiiiii
Dalam perjalanan sekali lagi dayang ni nak kena hiburkan Sri.Tapi
yang bestnya dalam perjalanan balik ni aku berjaya menurunkan takhta Sri.
Kak Tool mesti happy....ada can lah kita hehehe

Sambil-sambil melayan lagu-lagu,email Jai tup tup dah sampai KL.Hantar Kak Tool
balik dulu,tak sangka Kak Tool nak offer hantar aku balik.Aku amat menghargainya.
Best betul trip ni.Inilah percutian yang tidak dapat dilupakan.
Ampun dan Maaf dipinta kalau ada apa-apa salah dan silap sepanjang bersama
4 hari ni.

1 comment:

Editor said...

kekeke..

memang bakat terpendam
boleh buat novel

sakit 'keng' lagi aku
gelak dan senyum sorang-sorang
baca coretan Lina ni..

hehe..