24 November 2006

Pantun MME

ehem.. mintak izin..
nak berpantun sikit.. hehe..


anak keli di tepi perigi
perigi cetek ada buaya
Malam Mesra Ex-Semesdians tak lama lagi
sudah ke kengkawan semua sedia ?

anak lembu terlanggar tempayan
tempayan pecah bertabur di jalan
marilah pergi ke Malam Mesra Ex-Semesdians
jumpa kengkawan dan cikgu, sambil borak dan makan

anak kenari hinggap di para
para usang buatan rotan
sudilah kiranya membantu kengkawan kita
dengan beli meja di Malam Mesra Ex-Semesdians

anak beruang pakai kemeja
kemeja belang beli di pekan
harga meja hanya RM 400 je
budi dikenang sepanjang zaman

anak gajah makan dipinggan
pinggan kaca jual di kota
jangan malu janganlah segan
mari bersama meriahkan Malam Mesra kita

anak platipus makan cendawan
cendawan bunga tumbuh melata
jangan lupa ajak semua kengkawan
yang lama tak dengar berita dan khabarnya

mari mari mariiii.... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



FADLI ADILAH

11 November 2006

01 November 2006

Sticker Kereta - VhomVhai 8892


alhamdulillah.. syukur
berkat tekun dan sabar serta kerjasama
terhasil sudah sticker tersebut

macam mana bentuknya?
sila rujuk gambar di atas

berapa harganya?
sekeping dijual dengan harga RM 8 je
kalau beli dua keping harganya RM 15 je

macam mana nak beli?
untuk West - boleh jumpa/hubungi GABAN
untuk East - boleh jumpa/hubungi NAPI

ada berapa keping?
setakat ni.. ada 130 keping semuanya..
dah terjual.. lebih dari 80 keping rasanya..

kalau abis macam mana?
pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat
but... dont worry, be happy
kita akan order lagi

dengan ini.. adalah dijemput
semua VV8892.. beramai-ramai
kita pakat beli dan tepek kat kereta

dan jangan lupa..
tanya khabar kengkawan semua..
"guane gamok awok kite?"

Pantun Setia

anak kakatua tekaknya loya
loya kerana si bunga raya
wahai BENA kengkawan nak tanya
adakah selamat dah urusan semuanya ?

anak pungguk di kebun kobis
kobis bunga pilihan terkini
GABAN memang sibuk tak abis
demi menjaga periuk rezeki

anak tempua kakinya lain
kaki panjang rajin berjalan
dulu SRI BAYU selalu online
nampaknya sekarang kembali segan

anak nuri si anak burung
burung dijaga pagi ke senja
LINA yang ayu berbaju kurung
esok lusa nak start keje semula

anak tekukur bulunya gelap
gelap lagi manggis dusun
ramai ke yang beraya rumah KRI MANAP
tentunya kecoh serata Dungun

anak camar tinggi di angkasa
tinggi mencari si anak ikan
kepada NAPI yang banyak jasa
terima kasih daun keladi sebagai ucapan

anak enggang terbang bertiga
terbang hinggap di pohon jati
pasti Cikgu INTAN pun sibuk juga
sediakan homework student yang akan cuti

anak pipit sayapnya dua
sayapnya cantik tapi melengkung
bila agaknya HANI nak balik beraya
mungkin nak terus tinggal di Hong Kong

anak murai kelam kabut
kelam kerana terpijak duri
kalau ada YATI menyahut
memang boleh buat kenduri

anak ketitir di dalam peti
peti penuh daunan kering
IREN baru balik cuti
katanya akan turut ke gathering

anak gagak mencari keladi
keladi muda untuk dimakan
salam bertaut untuk WAN SYAFNI
ceria kini bersama rakan-rakan

anak bangau terseliuh bahu
bahu kiri disentap orang
tahun ni ZURIE beraya di rumah baru
bila nak ajak kengkawan bertandang?

anak kenari jerit terlolong
jerit kerana dikejar pak sawa
DOC FAHMI bolehkah tolong
penyakit macam aku ni ada ke ubatnya?

anak burung anak ikan
senang dijaga susah pun tidak
kepada kengkawan semua ingin ku berpesan
intai-intailah sahabat lama ni antara nampak



APANG

Pantun Sunyi

anak cencaru pandai membaca
pandai bercakap pandai bertanya
sejak IZAN dah tukar keje
jarang gak dengar khabarnya

anak penyu berenang ke Perlis
renangnya jauh ikan pun pelik
selalunya IJAN sesekali menulis
pasti terkilan bila dengar berita saham Pos naik

anak buntal terkebil-kebil
terkena duri karang lautan
walaupun lambat JAZIMIN balas emel
namun tetap setia diturutkan

anak kerang hidup melata
hidup segan alang kepalang
sahabat ku AKBAR sibuk gamaknya
gathering 11 Nov nanti jangan lupa datang

anak siput termakan bunga
bunga harum tumbuh di dahan
aduhai JASME ingin ku tanya
dah mula ke musim hujan ?

anak ketam menyedut tauhu
tauhu jatuh dari sudu
kepada BOB J rasa nak tahu
dah settle ke pasal desktop tu?

anak tupai suka menari
tarian baru zaman berabad
wahai DUANG janganlah sepi
kesian sahabat tak tau sebab

anak tenggiri tercungap-cungap
cungap akibat dibaling batu
abang HISHAM sunyi sekejap
mungkin sedang memikir sesuatu

anak haruan di celah bakau
bakau dicabut penuh bakul
oitt PEDAL sampai hati kau
tak pernah langsung nak muncul