Pantun Setia
anak kakatua tekaknya loya
loya kerana si bunga raya
wahai BENA kengkawan nak tanya
adakah selamat dah urusan semuanya ?
anak pungguk di kebun kobis
kobis bunga pilihan terkini
GABAN memang sibuk tak abis
demi menjaga periuk rezeki
anak tempua kakinya lain
kaki panjang rajin berjalan
dulu SRI BAYU selalu online
nampaknya sekarang kembali segan
anak nuri si anak burung
burung dijaga pagi ke senja
LINA yang ayu berbaju kurung
esok lusa nak start keje semula
anak tekukur bulunya gelap
gelap lagi manggis dusun
ramai ke yang beraya rumah KRI MANAP
tentunya kecoh serata Dungun
anak camar tinggi di angkasa
tinggi mencari si anak ikan
kepada NAPI yang banyak jasa
terima kasih daun keladi sebagai ucapan
anak enggang terbang bertiga
terbang hinggap di pohon jati
pasti Cikgu INTAN pun sibuk juga
sediakan homework student yang akan cuti
anak pipit sayapnya dua
sayapnya cantik tapi melengkung
bila agaknya HANI nak balik beraya
mungkin nak terus tinggal di Hong Kong
anak murai kelam kabut
kelam kerana terpijak duri
kalau ada YATI menyahut
memang boleh buat kenduri
anak ketitir di dalam peti
peti penuh daunan kering
IREN baru balik cuti
katanya akan turut ke gathering
anak gagak mencari keladi
keladi muda untuk dimakan
salam bertaut untuk WAN SYAFNI
ceria kini bersama rakan-rakan
anak bangau terseliuh bahu
bahu kiri disentap orang
tahun ni ZURIE beraya di rumah baru
bila nak ajak kengkawan bertandang?
anak kenari jerit terlolong
jerit kerana dikejar pak sawa
DOC FAHMI bolehkah tolong
penyakit macam aku ni ada ke ubatnya?
anak burung anak ikan
senang dijaga susah pun tidak
kepada kengkawan semua ingin ku berpesan
intai-intailah sahabat lama ni antara nampak
APANG
No comments:
Post a Comment