Al Fatihah
antara sahabat kita..
yang telah pun meninggal dunia;
Allahyarham Rizal Rauf - Blok D - pada 1989
setakat ingatan aku..
selepas mengalami sakit sengal/terseliuh
ketika berlatih bermain rugby pertama kali
allahyarham pun menjalani rawatan biasa
dan diberi cuti seminggu
kemudiannya, allahyarham kembali ke SMSD
bersama ayah allahyarham
untuk mendapatkan lanjutan cuti
dalam perjalanan pulang tersebut..
allahyarham telah meninggalkan kita untuk selamanya
Allahyarham Shahrizal Othman - Blok D - pada 1994
setakat ingatan aku..
allahyarham yang sedang menuntut di salah sebuah Politeknik di Perak
kemalangan motosikal, ketika hendak pulang ke kampus
selepas cuti raya Aidilfitri
Allahyarham Rafiedi Ramli - Blok C - pada Ogos 1998
setakat ingatan aku..
allahyarham mengalami kemalangan kereta
di antara jalan Kemaman-Kuantan
ketika hendak ke tempat kerja pagi itu
Allahyarham Zahari Awang - Blok C - pada Jun 2004
setakat pengetahuan aku..
allahyarham telah dilanggar lari.. oleh sebuah kenderaan
sedang allahyarham berbasikal ke tempat kerja
tidak jauh dari rumah allahyarham di Kuala Kemaman
al-fatihah..
No comments:
Post a Comment