masih dalam ingatan - siri 17
JAI dulu pernah duduk sebelah umah aku..
yupp.. betul-betul sebelah..
dia menyewa rumah tu ngan 2 orang member MBA dia
semasa dia tengah ngaji MBA kat UITM shah alam..
sebelum tu.. (tahun 1993-1995)
sebelum JAI gi study kat Ulu Sepri
sebelum aku gi study kat Ulu Kelang
aku selalu melawat dia kat PPP seksyen 18 tu
every times aku balik cuti from MSM Cheras
sebab umah aku tu kat seksyen 17
bila dia berjiran ngan aku
memang bertambah akrab la
masa tu lak.. (1999 and 2000)
baru lepas grad, time economic slump
aku antara keje tak keje.. part time mostly..
keje macam-macam jenis..
and lastly dapat keje 'betul'
mengajar kat private school kat Setapak..
jadinya..
petang aku balik keje
JAI balik dari kelas
kami lepak borak melalak..
dan kengkadang sampai tido bilik dia gak..
macam kat SMSDungun daaa.. heheh
selalunya gak...
TOY datang join..
BERG pun datang join..
time tu semua bujang teruna...
kengkadang..
ada ZEMANG..
ada GABAN...
ada POCONG...
emak aku lak..
masa tu.. masih buat and jual kuih sikit-sikit
untuk orang keje kat kilang
mak aku buat je.. ada orang ambik dan jualkan..
so.. kadang-kadang.. kalau ada lebih
murah la rezeki JAI.. dan kawan-kawan lain..
hehehe...
tapinya..
yang aku nak cerita in details ni
yang aku memang lawak la nak cerita sampai sekarang
was masa first time.. PIANG ngan BERG
datang join lepak kat umah JAI tu
masa BERG datang.. first time.. lepas lepak-lepak
JAI ajak la BERG pegi and lepak rumah aku...
JAI kata kat BERG..
"jom gi umah APAN.."
then..
BERG pun keluar umah JAI tu
nak ke kereta dia (masa tu dia pakai Wira)
nak start enjin dah..
baru dia perasan.. yang aku ngan JAI..
jalan dari pintu umah JAI... keluar umah tu
terus ke rumah sebelah.. rumah aku..
kekeke....
tapi.. yang paling lawak..
masa PIANG lak datang lepak..
masa tu.. BERG dah 'tau'.. hehe..
so... macam biasa..
JAI kata la kat PIANG..
"jom gi umah APAN.."
PIANG pun keluar dari umah JAI
gi ke kereta dia (iswara tak silap aku)
dia dah start enjin kereta...
JAI ngan BERG..
keluar dari umah JAI
gi ke umah aku...
ikut pagar depan..
then.. yang buatkan PIANG bengang gila
dan membuatkan JAI ngan BERG berguling gelak..
bila aku 'langkah' je pagar sebelah rumah JAI tu
terus ke umah aku...
hehehehe...
No comments:
Post a Comment