30 July 2007

sketsa di AGM-3

kisah benar ini
terjadi pada suatu hari Sabtu
bersamaan 28 Julai 2007
bersempena AGM-3 Alumni SMSD
di Kinrara Golf Resort, Puchong, Selangor

mulanya.. tak ramai yang datang..


then of course.. slowly.. makin ramai..



antara kejutan.. rakan kita.. Hisharuddin


walaupun tak ramai vhomvhai yang dapat hadir
(atas pelbagai sebab dan urusan
yang tidak dapat dielakkan dan diketahui)
namun, gelagat dan kelibat vhomvhai yang hadir
tetap meriah dan menjayakan acara



cumanya..
ada satu episod yang amat menarik
ada satu peristiwa yang telah berlaku
yang amat mencuit hati dan fikiran
seperti yang digambarkan di bawah;

alamakkkkk!!!... tolonggggg!!!...
Ciki dan Zulhi.. bahang tagak ke Syed Amir..
hehe..


Ciki and Zulhi berbincang.. sesama sendiri..
siapa nak basuh baju.. siapa nak amikkan kuih..
keke..


tak lama lepas tu..
Ciki pun berkata;
"alaaa.. mung aa pulok basuh baju..
asyikk akuuuu jeee..."



hehe..
jangan marah aaaa..
gurau-gurau je.. harap bawa bahagia..


apapun.. tahniah dan syabas !!!
kepada kengkawan vhomvhai yang telah hadir
kepada kengkawan vhomvhai yang dipilih sebagai AJK

kengkawan vhomvhai yang lain semua
pasti akan membantu dan menjayakan

yihhhhaaaa....

19 July 2007

ingin ku kembali lagi..



Assalamualaikum semua,

akhirnya kami kembali semula ke KL yang serabut merabut ni....

firstly, betat macam biase, aku nak ucap terima kasih kepada semua organiser yang menjadikan kedatangan kami sekeluarga di dungun seselesa dan se-beh - organiser ni termasuklah yang di dungung dang yang tak nampak di mata - terima kasih terima kasih

Isnin hari aku nak balik tu aku singgah la sekali lagi ke skoloh nak tengok2 tempat bermain dahulu kala - macam jiwang la kononnye - memang jiwang pon - orang rumah aku dah belebe doh, dia kata tengok mende padang, bangunan sekolah, asrama, surau, tembok pagor, wakaf ragbi dll - aku kate jong, mung dok pahang jong....

fuh banyok bena kenangan yang timbul balik....

yang sebenarnye, aku ingatkan terlepaslah rindu bila dah balik tengok sendiri sekoloh saing ni tapi lagi sedih pulok aku berase mase nak tinggalkan kawasan poskod 23000 tuh, terase bena taknak balik hari isnin tuh tapi nok buak guane ok, nanti aku mesti kelik sokmo...

ari isnin mase aku masuk kawasan sekoloh tu, budok2 ning tengoh nok turung training..doh guane lening training ragbi kat padang bola? aku ade gok tanye budak2 pasal tiang ragbi nan sebatang tu - rupanya tiang ragbi tu telah patah atas sebab2 semulajadi - patah dengan sendirinya menurut kata jong tu awal tahun ni - mungkinkah kita boleh juga melakukan sesuatu untuk menaikkan semula tiang ragbi nan sebatang itu?

rupanya kolam tempat aku terjatuh mase kelas sains form 1 dulu tu dan tertimbus dengan pasir doh lening , tapi ade jambatan la plok! - anak aku pon plek bakpe ade jambatang atah kolam pasir?

bertemu semula dengan awok2te - ada yg baru juppa mulla lepas 15 tahun - cukup kelakar, sedih, macam2 - tapi manusia yang paling pelik aku tengok ialah azaruddin boya - rupanya masih membesar selepas umur 25 tahun - guane beso dok'oh gitu? yang lain2 pon masih maintain membesarkan perut kecuali beberapa orang yang takda dna gemuk seperti rizo jasmi, putat dan apai...

akhir kata, aku nak pindah dungunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Salam...
Ciki

18 July 2007

Puisi - Dungun 14


empat belas nombor inspirasi
empat belas sentiasa dinanti
empat belas menjadi saksi
empat belas pertemuan hati
empat belas tahun lebih dungun ditinggalkan
empat belas tahun lebih dungun dirindukan
empat belas tahun lebih dungun dimimpikan
Dungun sentiasa menantikan empat belas
dungun sentiasa merindukan empat belas
dungun sentiasa memimpikan empat belas
dungun sentiasa mendambakna empat belas
Dungun mengajar erti hidup
dungun mengajar erti cinta
dungun mengajar erti sayang
dungun mengajar erti segala

erti hidup, cinta dan sayang
masih membara...
ditanggal empat belas


khas untuk sahabat.....

- Litoy





bestnye.....
tumpang tajuk kau yek.......

berakhirnya Dungun 14
bermula semangat cinta baru
tersenyum puas dan bersyukur
terjawab segala kesepian
tiada lagi kekeliruan
terungkap jua kata rindu
terjumpa akhirnya cinta yang hilang
terubat sudah resah dihati
demi keikhlasan
sebuah persahabatan
pasti akan bertemu lagi
DIA maha mengetahui


- Lina

17 July 2007

catatan ringkas Sri


assalamualaikum..

tahun ni catatan perjalanan tak byk pasal naik bas,
cuma yg pasti, aku tak perlu berulang alik dr kaunter
ke petrol pump berulang kali lah.. tahun ni jugak,aku
berjaya masuk ke tandas yang betul. 2 tahun lepas, aku
ingat tandas2 di trg dah dinaik taraf, rupa-rupanya
aku dah salah masuk tandas daa...


fezal foad, apsal lah ko shoot gambar dengan gaya
bersahaja menggunakan teknik asas fotografi yang tidak
tepat.. habis blur byk gambar.. malu2 kucing dgn
bebudak smsd? hahha, hampeh ko ni..


apapun, aku seronok jugaklah dgn BBQ kali ni.. terima
kasih pada semua yg hadir. Yang dtg dari utara,
selatan, timur dan barat, di Mayang Sari Beach Resort
kita bertemu lagi.. Insya Allah, kita akan bersua
kembali tahun hadapan, Amiinn......

luahan hati Rizzo


Salam ...
Alhamdulillah, program kita berjalan dgn lancar
walaupong ada sedikit masaloh teknikal pasal penginapan DBR pg tu.
Pe2hal pong tq to Napi - (urusetia penginapan!)
Bravo pok! ..

Begitu gumbira dpt jupe saeng2 lama. Dok terucap ngn kata2.
Lebih terharu sebab saeng2 sanggup travel dari jauh
semata2 nk menjayakan program kita(u guyz are damn great! Har x 100!!!).

Bayangkan
e.g - Samad sanggup kelek 2 heroes dia naik bas dari Melaka! Pehh!
Sri pong sama gok.
Halid, nung! sapok jauh mari
And so the rest ...Aku tabik mung seme!

Dipendekkan citer;-

Ciki
Masih lawok ge dulu.
Cuma tubuh lari alignment sket ...hahahargh!!

PuZ
Memang potostat tawon 92!!
Macho sunggoh natang nie.. kelah mung John!
Padan doh anok comel lote.

Jai
Maintain ceria/kaki sembang pah ke ceroh.
Dok cakak nok layang.

Jasme
Sembang masih cool.
Tukang kipah BBQ paling lama... dok sia2 mari. Tq!

Dr Fahmi
Mula2 mari aku dok cam setaghang!
Lain beno! (Mr Doc ..sori Bro!).
Tapi tetap ramah and cool .

Aziz
Bahagiang test ayang BBQ masok ke dok agi penoh pinggang doh!
Hahrhargh!!! Selera maintain ..

Azwan
Nie srg agi spesis potostat mcm PuZ.
Sembang pn sopan je .ge dulu jugok.

Toy
Joker 24 jam.
rabok sokmo suka dok layang ke lawok dia.

Nyit
Sanggup kelek baby Umar (ke Omar?) dia mari sini...
walaupong kecik tuek agi. Tabik mung Nyet!

Halid
Awe jadi cikgu Displin leni, sembang pong kerah je.
Tok wakil kita ke majlis SMSD pg tu. Ucapan berapi!

Samad
Pekat semacang Srawok dia!
Mung dok payoh dok Melaka aa Samad weh ^$#^%$!!

Keri Manap
Sedak layang sembang ngn dia sesi lewat mlm tu!
Main bola/futsal pong bisa lagi leni ..kelah mung

Sri
Memang friendly.
The only girl travel dari jauh.. sian dia.
Tp sporting..! Lenkali mari le lagi.

Pezal
Dok abih2 blebe nk makang nasi dagang/kepok!
Dakpe ..next time aku jamu puah ati!

Sidi
Dudok keje kerteh gok, tapi payoh sunggoh jupe!
Sehat sket leni napok ...Hehe.

Mimi and Yati
Duane gok mung nyelit?? Dok jupe pah sudoh!

Din/Bob/Pok Napi
Jupe sokmo doh sini. (biar skali-skala pong...kui3!).


Again, Makaseh banyok pada yg hadir
dan juga pd yg menjayakan program nie dari jauh ..

Thanx guyz! Jupe lagi aa..

16 July 2007

REUNION - 14 dan 15 Julai 2007


Toy, Udin, Zulhi, PuZ, Ciki, Aziz, Azwan, Jasme, Kri, Napi, CD, Rizzo, Sahmad
Jai, Sri, Holid, abe Wan Sabri, Bob, Pecal, Ding, Fahmi
(tiada di gambar: Mimi and Yati)


alhamdulillah..

syukur dan tahniah
kepada semua warga VhomVhai 8892
yang telah berkumpul di Dungun
pada 14-15 Julai 2007

bermula petang 14 Julai
selepas daftar masuk
ke 4 buah banglo di Dungun Beach Resort
telah diadakan pertandingan Futsal
di padang berhampiran

pada sebelah malamnya pula
acara kemuncak REUNION ini
iaitu BBQ pula berlangsung

pada pagi 15 Julai
delegasi wakil VhomVhai
telah dijemput ke perhimpunan pagi
di Dewan Bestari, SMSD
untuk Majlis Penyerahan;
Projek BUKU - untuk Pusat Sumber SMSD
Projek Tabung Bakti Murni (Siri 2) - untuk adik-adik SMSD

acara dan matlamat
semasa REUNION Edisi 2007 ini
telah juga dicapai

terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan
syabas buat VhomVhai atas kerjasama

kenangan yang manis dan indah berkekalan
persahabatan yang terjalin semakin erat

semoga momentum akan diteruskan..
semoga bertemu lagi di masa hadapan..

insyaAllah..


* gambar-gambar telah dimuatnaik di vhomvhai yahoogroup
** gambar-video lain akan dimuatnaik dalam masa terdekat ini

Video CarcaMarba




* kompilasi video daripada camera-phone Fahmi

macam-macam ada..
aksi rakus, ganas, pelahap, lucu, kantoiii..
kekeke...


KUIZ TRIVIA
(sapa dapat jawab.. menang hadiah!!!)

- siapakah, yang memiliki handphone screen colour biru?

- apakah, yang disebutkan oleh Zulhi kepada Ciki,
semasa sedang beratur ambik nasi?

- apakah, yang diterangkan oleh Napi kepada Toy;
"tidak ada jual mende", atau, "tidak ada jual spender" ?

- namakan, tempat yang ingin Toy dan Fahmi sekeluarga pergi?

- siapakah, yang tahu jalan ke tempat tersebut, Toy atau Fahmi?

- berapakah, jumlah batang pokok kelapa yang kelihatan?

- suara siapakah, yang bising-bango masa main futsal?

- buku apakah, yang paling nipis sekali?

- baju apakah, yang Toy pakai semasa hadir di dewan besar?

- apakah, yang dilihat oleh Holid dalam dewan, dalam ucapannya?

- berapa ramaikah, bilangan pelajar, yang tertidur atau seakan hendak tidur,
semasa perhimpunan tersebut?

- nombor berapakah, yang sempat disebutkan oleh Holid dalam ucapannya?

- apakah jenis dan jenama, alas kaki, yang dipakai oleh Holid,
semasa berada di dewan?

- berapa ramaikah, vhomvhai yang jadi tukang pukul gambar?

- berapakah, jumlah tangan, yang digunakan Pecal,
semasa memukul gambar dengan camera digital?

- nyatakan dengan jelas, kenapakah, seluruh dewan riuh-rendah
semasa Holid dan Cikgu Hakim, turun dari pentas?


hehehe..

jangan marahh aaa..
gurau-gurau je.. harap bawa bahagia...

Projek Tabung Bakti Murni - Siri 2




jumlah sumbangan
yang telah diterima daripada kengkawan vhomvhai
dan yang telah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa sesi perhimpunan pagi 15 Julai lalu
untuk Projek Tabung Bakti Murni - Untuk Mu Adik Ku - Siri 2
(untuk adik-adik SMSD yang yatim dan kurang berkemampuan)
adalah RM 2,872.00

syabas, tahniah dan terima kasih
kepada semua kengkawan vhomvhai


terima kasih daun keladi
keladi tumbuh di tepi paya
terima kasih di atas budi
hanya Tuhan boleh membalasnya

NO AMOUNT IS TOO SMALL
NO EFFORT IS TOO BIG

Projek BUKU





sebanyak 58 naskah buku
telah berjaya dikumpul dan disediakan
(ada yang dibeli, ada yang dihadiahkan)
hasil dari jumlah kutipan sumbangan dana
untuk Projek Bakti Untuk Koleksi Umum (BUKU)

buku-buku tersebut
telah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa sesi perhimpunan pagi 15 Julai lalu

syabas, tahniah dan terima kasih
kepada semua kengkawan vhomvhai



"Knowledge is Power"


- Senarai Buku -

1. A Malaysian Journey
2. Number One Wisma Putra
3. Malaysia: A Pictorial History
4. Kamus Dewan Edisi 4
5. Aca
6. Aca dan Atuk
7. Kamus Simpulan Bahasa dan Peribahasa
8. The Struggle of Malaysian Independance
9. As I Was Passing I
10. As I Was Passing II
11. Malaysian Banknotes and Coins
12. Art of Getting Along With People
13. Discover Your True Potential
14. Kamus Bahasa Arab-Melayu - Melayu-Arab
15. Bukan Kerana Pangkat
16. Himpunan Hadis
17. Islam - Bisnes dan Pengurusan
18. Islam- Jihad Sebagai Survival
19. How To Win Friends And Influence People
20. Oxford Compact Advance Learner
21. Seven Habits of Highly Effective People
22. I'm A Muslim
23. Salina
24. Keledang
25. The Mysterious Collection
26. Ptolemy's Gate
27. Charliebone and the Castle
28. Larklight
29. Bagaikan Puteri
30. Hatiku di Harajuku
31. Memeluk Gerhana
32. Advencer Si Peniup Ney
33. Mencari Locus Standi
34. Hujan Putih
35. Kekasih Sam Po Bo
36. Kota Larangan Qui
37. Pusaran Lurah 'V'
38. Biarlah Bulan Berbicara
39. Bumi Harapan
40. Mutiara Bonda
41. Rengsa
42. 300 himpunan Hadis
43. Discover Your True Potential
44. Dimensi Buni
45. Men Are From Mars, Women Are From Venus
46. Jangan Bersedih
47. Puasa Sebagai Penyembuh
48. Whatever You Think, Think The Opposite
49. 474 Kesalahan Dalam Ibadah
50. Kaunseling Individu
51. Ingin Menjadi Guru
52. Hubungan Pemikiran
53. Pakk Lah dan Pendidikan
54. Dakwah Berkesan
55. 1515
56. The Malay Dilemma
57. & 58. Jibam


special tributes;

kepada DR. HAIRUL FAHMI
yang telah bertungkus lumus
'merempit' untuk mencari dan menghimpun buku-buku tersebut

kepada ahli KELAB KERASTANGAN
yang telah melembutkan tangan
di kala waktu dingin subuh

10 July 2007

Pantun sempena REUNION 14 Julai

anak merpati tergigit cabai
cabai tumbuh di tepi para
aduhai sahabat aduhai vhomvhai
pastinya tak sabar nak bersua muka

anak kijang berlari-lari
berlari riang di tepi titi
tidak tertahan rindu di hati
apatah lagi menghitung hari

anak haruan diumpankan padi
padi menguning di tepi paya
jangan lupa 14 julai nanti
melepas rindu sekian lamanya

anak penyu berenang-renang
renangnya hingga tepi jambatan
ibarat air yang cuba dicincang
tetap teguh jua persahabatan

anak bangau berjalan di hutan
jalannya jauh mencari cendawan
kalau harta dunia jadi ukuran
tak ternilai kasih antara kengkawan

anak kucing berbulu lebat
bulunya lembut disisir rapi
wahai tuan wahai sahabat
berjumpa kita di Dungun nanti?

05 July 2007

Baju Kenangan - REUNION 14 Julai 2007



kini tibalah masanya
untuk diwar-warkan dan dihebahkan
berkenaan satu lagi produk baru
keluaran Kelab Kerastangan VhomVhai 8892
iaitu - T-Shirt (Limited Edition) BBQ REUNION 2007

seperti mana tahun 2006 punya BBQ REUNION
tahun ni pun ada baju T..
untuk memorabilia / kenangan
macam collection la kan gitu..
yihhhaaaa...


ada berapa?

oleh sebab Limited Edition
jadinya hanya ada 92 helai je
15 helai XXL
35 helai XL
30 helai L
12 helai M

pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat


mana nak dapat / beli?

t-shirt ni..
boleh mula didapati
semasa REUNION pada 14 Julai ini
daripada FAHMI, GABAN, NAPI, JAI


harganya?

hanya RM 15 sehelai je


jadinya..
kalau nak beli dan pakai paling awal
kena la hadir
BBQ REUNION VhomVhai 8892 - Edisi 2007
pada 14 Julai 2007
di Dungun Beach Resort

mari mariiii mariiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!