Pantun sempena REUNION 14 Julai
anak merpati tergigit cabai
cabai tumbuh di tepi para
aduhai sahabat aduhai vhomvhai
pastinya tak sabar nak bersua muka
anak kijang berlari-lari
berlari riang di tepi titi
tidak tertahan rindu di hati
apatah lagi menghitung hari
anak haruan diumpankan padi
padi menguning di tepi paya
jangan lupa 14 julai nanti
melepas rindu sekian lamanya
anak penyu berenang-renang
renangnya hingga tepi jambatan
ibarat air yang cuba dicincang
tetap teguh jua persahabatan
anak bangau berjalan di hutan
jalannya jauh mencari cendawan
kalau harta dunia jadi ukuran
tak ternilai kasih antara kengkawan
anak kucing berbulu lebat
bulunya lembut disisir rapi
wahai tuan wahai sahabat
berjumpa kita di Dungun nanti?
No comments:
Post a Comment