31 December 2006

harapan atau impian 2007 - oleh Lina

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
penuh belukar ,penuh kesakitan


kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
penuh kekeliruan,penuh racun

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
banyak keringat tapi semakin jauh tempat tujunye

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
langkah semakin longlai,mata semakin kabur

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
yang pasti hanya menunggu rebah

kalau ada jalan tar
kenapa masih nak menggunakan jalan denai
kini menanti sang wira menunjuk jalan berpatah balik


Selamat tahun baru dan kita jumpe lagi di tahun depan.....

20 December 2006

Video-Gambar MME 2006 lagi

Video-Gambar MME 2006

16 December 2006

15 December 2006

tahniah !!!


alhamdulillah.. syukur
selesai dan berjaya sudah
acara Malam Mesra Ex-Semesdians 2006
yang telah dikelolakan oleh VhomVhai 8892


terima kasih pada AJKs MME yang bertugas dan bertungkus-lumus
SRI, GABAN, JAI, KAK TOOL, ZURIE, POJI, FAHMI,
LITOY, LINA, IZAN, RAFIDAH, IRWAN


terima kasih pada vhomvhai yang sudi / sempat hadir ke MME
1. ADAMIN YUSUF
2. AHMAD FAIZAL FOAD
3. AHMAD FAIZAL OTHMAN
4. AHMAD FAUZI JAAFAR
5. AZIATI ABD RAHMAN
6. AZLIZAN ALIAS
7. EDDIE YUSREE MANSOL
8. EIDIT HASHIM
9. HAIRUL FAHMI AWALUDIN
10. HASLINA AB KADIR
11. HISHARUDDIN MD KASSIM
12. IREN NORLELA SHAMSUDDIN
13. IRWAN SAFARY AHMAD TALAL
14. MAS ADI ISMAIL
15. MAHIZAN JUNOS
16. MIMI ALINA AYUB
17. MOHD AZMIN MUHAMAD
18. MOHD NOOR SHAAROL
19. NORISMA MISKAN
20. PUZAIRI MOHD ZAIN
21. RAFIDAH SINONE
22. ROSMIWATI MOHD MOKHTAR
23. SRI BAYU ZAM ZAM
24. SYARIFAH NOOR DERAMAN
25. TUN AZMI TUN ABDULLAH
26. WAN YUS HISAMRI WAN ISA
27. WAN ZIRWATUL AMAL WAN YUSOFF
28. ZAIHAN OTHMAN
29. ZUBAIDAH SUDIN
30. ZULFAIZAN ISMI HARON

dan juga ahli keluarga

(maaf, kalau ada yang tertinggal atau tersalah eja)


terima kasih juga kepada
penyumbang-penyumbang budiman dan dermawan
yang telah membiayai meja-meja untuk vhomvhai
yang telah membiayai hadiah/cenderamata untuk MME


terima kasih daun keladi
keladi tumbuh di tepi paya
terima kasih di atas budi
hanya Tuhan boleh membalasnya


terima kasih semua..
terima kasih kengkawan..
atas usaha dan kerjasama

teruskan persahabatan..
teruskan dan sahutlah momentum

04 December 2006

Lagu Nasyid - forwarded by Lina

ni aku ada dua lirik nasyid yang aku suka dengar dan masih ada kaset
dia dengan aku( beli kat kedai sebelah ju jaya tu tahun 1990)

Cahaya Ilahi

Ya nabi salam a'laika
Ya rasul salam a'laika
Ya habibi salam a'laika
Solawatullah a'laika (solo)

Ya nabi salam a'laika
Ya rasul salam a'laika
Ya habibi salam a'laika
Solawatullah a'laika (chorus 2x)

Para rasul nabi-nabi
adalah cahaya ilahi
memimpin umat dari kekufuran
membawa rahmat keseluruh alam (solo 2x)

chorus 2x

Para sahabat dan tabiin
dan juga para sahibin
menjadi contoh pewaris nabi
menuju jalan cahaya Ilahi (solo 2x)

chorus 2x

Umat manusia ramai yang alpa
tenggelam dalam nikmat dunia
sedarlah kita wahai manusia
kembalilah ke jalan takwa (solo 2x)

chorus 10x


Al-Aqsa

Jauh ku melihat sayup pemandangan
hilang senda tawa pilu perasaan
jantungku berdegup semakin kencang
darah ku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
islamku tertindas sehari-harian
satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
semoga turun kutukan tuhan

Al Aqsa Al Aqsa airmatamu berderai
Al Aqsa Al Aqsa kemuliaan mu terburai (chorus)

Duhai Al Aqsa kurindu padamu
Duhai Al Aqsa kusayang padamu
engkaulah kiblatku yang pertama
lambang keagungan islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
oleh Salahuddin di zaman yang silam
namun hari ini kau terkurung lagi
siapa pula kan memerdekakan

chorus

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
berkurun lamanya kita terbuai
ayuhlah ayuhlah kita bersatu
pertarungan ini belum selesai

Wahai umat islam di seluruh dunia
ayuh bebaskanlah bumi suci kita
sekiranya kita asyik bercakaran
musuh tersenyum bertepuk tangan

chorus


sorrylah kalau aku tersalah lirik.Tapi aku terkilan
tak beli kaset'buta mata tak nampak jalan didunia'
tak silap aku lagu dalam tu banyak yang best-best...
alahai mesti tengah tak de duit time tu...

24 November 2006

Pantun MME

ehem.. mintak izin..
nak berpantun sikit.. hehe..


anak keli di tepi perigi
perigi cetek ada buaya
Malam Mesra Ex-Semesdians tak lama lagi
sudah ke kengkawan semua sedia ?

anak lembu terlanggar tempayan
tempayan pecah bertabur di jalan
marilah pergi ke Malam Mesra Ex-Semesdians
jumpa kengkawan dan cikgu, sambil borak dan makan

anak kenari hinggap di para
para usang buatan rotan
sudilah kiranya membantu kengkawan kita
dengan beli meja di Malam Mesra Ex-Semesdians

anak beruang pakai kemeja
kemeja belang beli di pekan
harga meja hanya RM 400 je
budi dikenang sepanjang zaman

anak gajah makan dipinggan
pinggan kaca jual di kota
jangan malu janganlah segan
mari bersama meriahkan Malam Mesra kita

anak platipus makan cendawan
cendawan bunga tumbuh melata
jangan lupa ajak semua kengkawan
yang lama tak dengar berita dan khabarnya

mari mari mariiii.... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



FADLI ADILAH

11 November 2006

01 November 2006

Sticker Kereta - VhomVhai 8892


alhamdulillah.. syukur
berkat tekun dan sabar serta kerjasama
terhasil sudah sticker tersebut

macam mana bentuknya?
sila rujuk gambar di atas

berapa harganya?
sekeping dijual dengan harga RM 8 je
kalau beli dua keping harganya RM 15 je

macam mana nak beli?
untuk West - boleh jumpa/hubungi GABAN
untuk East - boleh jumpa/hubungi NAPI

ada berapa keping?
setakat ni.. ada 130 keping semuanya..
dah terjual.. lebih dari 80 keping rasanya..

kalau abis macam mana?
pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat
but... dont worry, be happy
kita akan order lagi

dengan ini.. adalah dijemput
semua VV8892.. beramai-ramai
kita pakat beli dan tepek kat kereta

dan jangan lupa..
tanya khabar kengkawan semua..
"guane gamok awok kite?"

Pantun Setia

anak kakatua tekaknya loya
loya kerana si bunga raya
wahai BENA kengkawan nak tanya
adakah selamat dah urusan semuanya ?

anak pungguk di kebun kobis
kobis bunga pilihan terkini
GABAN memang sibuk tak abis
demi menjaga periuk rezeki

anak tempua kakinya lain
kaki panjang rajin berjalan
dulu SRI BAYU selalu online
nampaknya sekarang kembali segan

anak nuri si anak burung
burung dijaga pagi ke senja
LINA yang ayu berbaju kurung
esok lusa nak start keje semula

anak tekukur bulunya gelap
gelap lagi manggis dusun
ramai ke yang beraya rumah KRI MANAP
tentunya kecoh serata Dungun

anak camar tinggi di angkasa
tinggi mencari si anak ikan
kepada NAPI yang banyak jasa
terima kasih daun keladi sebagai ucapan

anak enggang terbang bertiga
terbang hinggap di pohon jati
pasti Cikgu INTAN pun sibuk juga
sediakan homework student yang akan cuti

anak pipit sayapnya dua
sayapnya cantik tapi melengkung
bila agaknya HANI nak balik beraya
mungkin nak terus tinggal di Hong Kong

anak murai kelam kabut
kelam kerana terpijak duri
kalau ada YATI menyahut
memang boleh buat kenduri

anak ketitir di dalam peti
peti penuh daunan kering
IREN baru balik cuti
katanya akan turut ke gathering

anak gagak mencari keladi
keladi muda untuk dimakan
salam bertaut untuk WAN SYAFNI
ceria kini bersama rakan-rakan

anak bangau terseliuh bahu
bahu kiri disentap orang
tahun ni ZURIE beraya di rumah baru
bila nak ajak kengkawan bertandang?

anak kenari jerit terlolong
jerit kerana dikejar pak sawa
DOC FAHMI bolehkah tolong
penyakit macam aku ni ada ke ubatnya?

anak burung anak ikan
senang dijaga susah pun tidak
kepada kengkawan semua ingin ku berpesan
intai-intailah sahabat lama ni antara nampak



APANG

Pantun Sunyi

anak cencaru pandai membaca
pandai bercakap pandai bertanya
sejak IZAN dah tukar keje
jarang gak dengar khabarnya

anak penyu berenang ke Perlis
renangnya jauh ikan pun pelik
selalunya IJAN sesekali menulis
pasti terkilan bila dengar berita saham Pos naik

anak buntal terkebil-kebil
terkena duri karang lautan
walaupun lambat JAZIMIN balas emel
namun tetap setia diturutkan

anak kerang hidup melata
hidup segan alang kepalang
sahabat ku AKBAR sibuk gamaknya
gathering 11 Nov nanti jangan lupa datang

anak siput termakan bunga
bunga harum tumbuh di dahan
aduhai JASME ingin ku tanya
dah mula ke musim hujan ?

anak ketam menyedut tauhu
tauhu jatuh dari sudu
kepada BOB J rasa nak tahu
dah settle ke pasal desktop tu?

anak tupai suka menari
tarian baru zaman berabad
wahai DUANG janganlah sepi
kesian sahabat tak tau sebab

anak tenggiri tercungap-cungap
cungap akibat dibaling batu
abang HISHAM sunyi sekejap
mungkin sedang memikir sesuatu

anak haruan di celah bakau
bakau dicabut penuh bakul
oitt PEDAL sampai hati kau
tak pernah langsung nak muncul

31 October 2006

Pantun Melawi

aku masih demam suam-suam
tak de mood nak pulun keje sangat

tapi.. bila tengok gambar Melawi
yang baru sebahagian KAK TOOL upload tu
and.. bila baca pantun KAK TOOL dan POJI tu
yang aku dah cakap dulu.. pantang aku org pantun ni..
hehe.. so.. aku pun rasa macam nak sambung pantun tu


anak keli berenang di tepian
menunggu sahabat si anak pari
kelibat CIKGU SHUKRI memang kejutan
syukur dapat disambung persaudaraan lagi

anak camar mengidam kaloi
kaloi tercekik terminum milo
fesyen ADAMIN memang sempoi
itulah gaya jejaka macho

anak kenari makan ditangan
tangan luka terkena duri
selamba LITOY memang menceriakan
memang gitulah dari azali

anak kelah termakan peria
peria pahit tambah dahaga
wajah ZEMANG kembali ceria
apatah lagi datang sekeluarga

anak kancil makan ketupat
ketupat bawang memang dicari
aduhai RIZMAN aduhai sahabat
terubat kini rindu dihati

anak kedidi datang berempat
empat ekor bulunya lebat
walaupun BASIR besar dan hebat
tapi tetap datang lambat

anak rusa terpijak semalu
semalu hutan tajamnya sengat
sahabatku AZE memang begitu
walaupun kecil akalnya ligat

anak itik tergigit tin
tin berkilau dibuat raga
wajah MIMI tetap maintain
bahagia bersama seisi keluarga

anak zifarah sesat di paya
paya lebar di pekan Tampin
prof JAI bersama batiknya
memang gaya seorang pemimpin

anak helang terbang ke kota
kota kecil banyak telaga
terima kasih KAK TOOL kita
atas budi yang tidak terhingga

anak ayam anak kenari
datang berduyun mencari gula
tahniah pada semua di Melawi
insyaAllah, lain kali bertemu semula



APAND

Pantun Harapan

anak platipus lincah berlari
lari mengejar anak si pari
tadi acu tra test tepon CIKI
nampaknya kena cuba lagi

anak lintah tersedut gula
gula merah dicampur jagong
demam pantun ni YANDEK yang mula
sahabat artis pemikir agong

anak katak naik pelamin
pelamin dihias untuk sang puteri
manalah agaknya kawan ku AZMIN
email dan ym langsung tak lagi

anak kucing matanya comel
comel hitam rambut berjambul
WAN YUS memang tak pernah beremel
tapi kalau gathering besar pasti timbul

anak chimpanze bermain terup
bermain bertiga di tepi tangga
kalau betul ada ZULKIFLI BIDIN dalam group
adalah dijemput memberi sepatah dua kata

anak buaya terjerut kaki
kaki gatal menggaru dahi
baru ni timbul akhirnya PUZAIRI
harapnya lepas ni menyusul pula ZULHI

anak paus tertelan kelapa
kelapa muda tersekat di gigi
pernah dulu HARDIANA menyapa
mungkin nanti adalah lagi

anak kuda laut menari cha-cha
tarian melayu amatlah asli
tak pasti samada RAHIDAH ada membaca
emelnya dah tak bounced lagi

anak tikus mencari seluar
seluar koyak tepinya lebar
nama SITI DAYANA lama dah dengar
sudilah kiranya bertukar khabar


APAND

Pantun Soalan

anak merpati mengejar rama-rama
kejar tak dapat penatlah juga
wahai RUSDI sahabat lama
masih bekerja dengan Gas Malaysia ke?

anak gelama menyorok di tunggul
tunggul besar si pokok mangga
aduhai MAIZUL lama yak menyusul
cuti sekolah ni nak ke mana agaknya?

anak kasawari merahnya pipi
pipi kembung langgar plywood
kenapa AZIE sunyi dan sepi
takde mende nak forward?

anak monyet pandu kereta
kereta kecil berkuasa kuda
kepada HALIM saudagar kita
ada hajat buat rumah terbuka?

anak sotong putih warnanya
putih sedikit tompoknya banyak
saudara IRWAN usahawan bergaya
bila agaknya nak jemput kami makan nasi minyak?

anak harimau makan sawi
kebun empunya orang benggali
oit BERG kenapa tak join di Melawi
adakah singkat cuti yang Sharp bagi?

anak tongkol badan bertulang
tulang keras bercampur besi
cik ISMA sibuk selalu kerap memanjang
sudi kiranya berjumpa sahabat di Segambut, 11 Nov ni?



APAND

Pantun Bertanya

anak cencaru dikail jenuh
kail pendek talinya panjang
lama tak dengar celoteh CAPT NORT
kesan tayar pun tak nampak bayang

anak cicak tercekik gajus
gajus dibeli dari kota singa
apa kisah PECAL dan MAT NOR GUS
dua sahabat ceria selalunya penuh berita

anak siamang bergayut di dahan
dahan rapuh patah lapan
hari tu korang ada jumpa FAIZAL LEMAN kan
manakah emel baru nya wahai kawan

anak serindit singgah berlabuh
singgah mencari biji kuaci
wahai EIDIT yang membaca rajin sungguh
tolonglah jawab sapaan ku ini

anak seladang jalan berteman
jalan laju bekas tertinggal
di mana ROSMI di mana gerangan
yang dulu kini sentiasa versatile

anak duyung naik kereta
kereta baru berwarna merah
aduhai CHE ENGKU SUHYLA sahabat kita
lama rasanya tak dengar kisah

anak nuri makan di tanah
tanah penuh daun mempelas
wahai ZAWIAH wahai ZAHANARIAH
lepas baca harap balas

anak tiung makan bersembur
makan durian amatlah payah
rindu nak baca coretan SYARIFAH NOOR
rindu juga nak dengar cerita SYARIFAH HIDAYAH


APAND

Pantun Khabar

anak kambing terlanggar pelita
pelita malap tidak bernyala
dimanakah gerangan kak CUYA kita
lama betul tak dengar cerita

anak patin menyondol lumpur
lumpur di kuala jangan dihadap
apakah khabarnya sahabat ku HEROL
sama sepinya kawan ku SAHMAD

anak kelicap minum di muara
muara cetek penuh ketupat
HALID nun jauh di utara
namun tetap dekat diingat

anak belut hendak berkelana
kelana sampai di hujung negeri
wahai SAFIAN wahai RIZAWATI di sana
jangan lupa sahabat-sahabat di sini

anak kijang rendah lompatnya
melompat jauh di tanah tinggi
apalah khabar ZIDA agaknya
yang menunggu membilang hari

anak kambing jalan di pulau
pulau pandan direntas titi
oh MAMA di manakah kau
khabarnya ingin pulang bercuti



APAND

Pantun Berita

anak beruang makan roti
roti high-5 pilihan Tok Perpat
Cikgu EZANG sibuk sekolah nak cuti
harapannya dah sembuh dan sihat

anak kelisa halus siripnya
sirip dimakan berasa kelat
wahai IMRAN FAHMI sihat hendaknya
jangan lupa join gathering kalau sempat

anak puyu nampak letih
letih berenang penatlah ia
manakah POCONG mana AWANG REH
guane gamok awok kite

anak gajah seronoknya mandi
mandi bersih sampai wangi
dengarnya NOLILA dah kembali
tinggalkan NAZLIDA seorang di aussie

anak angsa berlari-lari
lari mengejar sambil mencari
oit PUAN CONNIE punyalah sunyi
takkan lupa kengkawan kat sini

anak sepat suka direnjis
renjisan jangan terkena si dara
apakah khabar gerangan ABDUL AZIZ
sepi tanpa sepatah berita

anak toman terlanggar kaca
kaca bersinar digilap lagi
wahai IDWAN yang sedang khusyuk membaca
janganlah lupa teman-teman mu yang lama ni


APAN

sri - apand

anak udang tersanggut ekornya
ekor dimasak campur halia
jeles campur tumpang gembira
cemburu positif bawa bahagia

anak keluang makan papaya
papaya masam banyak isi
empunya gambar penat katanya
malam nanti disambung lagi

anak bawal makan nangka
nangka jatuh terkena dahi
cik SRI mengidam dodol ke
apakata belajar buat sendiri.. hehe..


APAND



sri wrote:

Biskut badam salah resepi
Sekali tergigit, patah gigi
Bestnya korang kat Pantai Melawi
Hmm... ni yg jeles ni..

Uli tepung lenguh tangan
Biskut samprit tulah hasilnya
Dari petang ke senja raya sakan
Haii, takkan gambar 7 keping aje?

Ke pekan rabu dgn Pak Dogol
Bawa pulang biskut kelapa
Kita ni sbnarnya nak makan dodol
Dari raya pertama lagi, tak jumpa-jumpa

03 August 2006

02 August 2006

Dear Diary - by Lina

28 Julai 2006

Bangun je pagi-pagi aku terus sms Sri pesan jangan lupa
bawa iron,untuk korang jugak nak pakai tudung cantik-cantik,
aku simple je...

Aku paling awal sampai KL Sentral,nasib baik ada teksi nak bawa
sebab jalan jem teruk.Lagi satu aku risaukan Cuya,sebab dia pun nak
naik teksi jugak.Lega rasanya bila dapat tahu Cuya dah dalam
komuter.Kak Tool pun dalam komuter.Ada satu jam lagi nak pukul
900 pagi.So, aku check email,ada satu je dari Fahmi.

Tak lama lepas tu Kak Tool sampai dengan lenggang-lenggoknya.
Merahnya mak ngah.........beberapa minit lepas tu Cuya sampai
,merah jugak.Cuya tak breakfast lagi,kesian..nasib baik mak aku
dah bagi aku makan tadi

Tepat pukul 0900 Sri sampai.Apalagi akulah co-pilot yang dipilih
duduk kat sebelah walaupun dia tahu aku ni buta jalan...Sri bawa
breakfast untuk kitorang.Gembiralah Cuya.Aku pulak kononnya
tak nak kacau Cuya,Kak Tool,Sri makan kuih-muih tu tapi
ternampak je che mek molek terus aku ngap..

Sampai je kat tol kitorang tunggu ketua rombongan.Lamanya.......
Sri sibuk dengan handphone ,bincang pasal kerja.Aku cuma dengar dia
cakap perkataan juta-juta je.Aku tertunggu-tunggu jugak MAS panggil
aku bolehla aku tunjuk yang aku pun busy jugak

Penantian yang begitu lama berakhir jugak dengan kemunculan
tiga jejaka dan seorang kanak-kanak comel dan seksi,Hakimi.
Bermulalah konvoi kitorang.....Tuanku Sri mengarahkan aku dayangnya
ni mengsms kereta depan nak stop kat petronas isi minyak.Aku,Cuya,Kak Tool
berlumba-lumba nak pergi beli air....dahaga....Tak tau pulak Sri tengah
berulang-alik dari kaunter bayaran ke kaunter isi minyak.Patutlah
bila aku pergi kat kereta ,Sri kat dalam kedai,bila aku masuk kat dalam kedai
Sri dah kat tempat isi minyak....

Kami lepak-lepak sekejap minum-minum.Masa ni Faizal Fuad dan
Mat Nor Shahrul tak habis-habis buat lawak.Cuma sampai sekarang
aku tak paham cerita selipar Mat Nor yang digembar-gemburkan..

Kemudian perjalanan diteruskan ke Gambang nak ambil kereta Faizal.
Masa nilah aku sms Jai dan Mek Nor.Masa nilah ada orang sibuk tanya
no akaun maybank pulak.....siapalah ada yang bawa buku bank.
Sampai kat Gambang kitorang lepak lagi minum-minum.Lambat lagi siap
nya kereta tu jadi Faizal suruh kitorang bertolak dulu.

Terpaksalah aku meminta Kak Tool dan Cuya naik kereta Fahmi sebab
Kak Tool tau nak ikut jalan mana.Yahoo......boleh buka radio...
Cuya tak suka aku buka radio sebab aku buka kuat-kuat,pening kepala
dia.sorrrry.......Dalam perjalanan hujan turun renyai-renyai.

Sampai kat Paka kitorang makan Mc D kat jalan Seligi.Lepas makan,
Cuya dengan Kak Tool naik balik kereta Sri atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan.

Dalam perjalanan Fahmi sms suruh buka radio ada lagu best,kitorang
apalagi ,yang tak bagi buka radio pun excited nak dengar...Lagu apa ni??
Linkin Park?? Semua mengeluh..Kak Tool je enjoy aku tengok...

Bila dah dekat sampai sekolah,semua kepala ke kanan je,Sri jeling-
jeling je boleh.Lawanya pagar sekolah....ok je sekolah.Kitorang
berpandangan antara satu sama lain.Dalam hati kitorang berkata
' takanlah Mat Nor Setapa tak kenal sekolah sendiri,ke dia
tengok sekolah Intan Zaharah,yelah dari KL kita tengok ke kanan,
takut Mat Nor tengok ke kiri'

Sampai je kat hotel Sri Gate,Jai menyambut kami dengan senyuman
sampai ke telinga.Masuk je bilik letak barang terus cari Mimi dan anak-
anak.Aku pun jerit " Tasnim,Umairah, mari kat mamalina"Selamba je
Mimi jawab " Tasnim dalam proses".hehehe tersilap rupanya aku ni.
Jannah rupanya.Aku dukung dua-dua sekali,masa ni Umairah ok
tak nangis pun mungkin sebab aku dukung dua-dua sekali kot.

2030 malam macam biasa kami yang perempuan dah ready kat bawah.
Ada dua orang abang polis,salah sorang husband Mek Nor.Jai turun
dengan Umairah,tak lama lepas tu Mimi dengan Jannah.
Fahmi????
tak dapat ikut sekali Kimi dah tidur.

Kat rumah Mek Nor kecoh habis berjumpa pulak dengan Yati Yusof
dan Meizul Alifah.Sebelum join diorang kat dapur aku dengan Sri
kat ruang tamu main teka-teki dulu ni anak siapa,tu anak siapa.
Jai dah macam duri diantara bunga-bunga mawar yang mekar hehe
Bestnya lauk pauk,makan sambil bergurau senda,gelak ketawa.

Yati Yusof pulak ajak makan buah-buahan kat rumah dia.Jai tak dapat
ikut maklumlah ajk.Sri pun ajk jugak tapi dia dah penat kot drive jauh-
jauh.Co-pilot tak reti bawa kereta besar,nak buat camana?

Kat rumah Yati ,makan buah rambutan dan mata kucing sambil
belek-belek album.Masa ni dapat tau yang Mimi mengidam lagi...

Balik je hotel,dah ready nak tidur,handphone Sri berbunyi.Gaban
dah sampai.Ada kerja nak kena buat.Aku baru je mimpi nak sampai ke
........ Buka je pintu ada satu beg Tshirt hitam,satu bag cd,pamplet.
O.....inilah yang Apan sponsor.Aku tolong Sri masukkan cover cd ,lipat
pamplet.Dapat upah susu kotak.

Ok dah siap semuanya aku tidur sambil tengok gambar-gambar kat
pamplet tu.(bukannya macam kira kambing biri-biri,jangan salah anggap)
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.


29 Julai 2006

Pagi tu turun je berkenalan dengan wife Gaban,Mazwin.
Semua dah turun kecuali Mimi dan puteri-puterinya.Sukri
nak bawa kitorang pergi sarapan.Kitorang dah terbayang-
bayang nasi dagang.Tapi alangkah malangnya banyak kedai
tutup.Kedai yang buka pun cuma ada roti canai dan nasi lemak
ikan.Terima kasihlah kepada sesiapa yang belanja tu,terima kasih
jugak kepada yang berebut-rebut nak belanja.

Sampai je kat sekolah,apalagi sibuk berposing sanasini.
Sibuk mencari perubahan yang ada.
Masuk dewan besar,daftar diri.Adik-adik ni semuanya peramah,
senyum je aku tengok.Gang-gang vhomvhai 92 ni awal-awal dah ada
kat dewan.duduk depan sekali,bersemangat.Masa ni Zurie sms dalam
perjalanan katanya.Bestnya adik-adik tu buat dikir barat.Pasal apa yang
diceritakan masa meeting......hehehehe..........aku tertidur tapi buka mata.
Nasib baik ada Kimi ,hilang boring aku.

Tea Break gang-gang vhomvhai 92 ni jugak bersemangat beratur ambil kuih.
Begitulah juga masa lunch.Masuk dewan awal,keluar pun awal.

Habis je lunch aku,Sri,Kak Tool,Cuya,Yati Ibrahim berjalan-jalan
tengok kawasan sekolah.Aku dengan Kak Tool je yang jalan sampai surau.
Yang lelain dah tak larat,panasssss....Dalam perjalanan ada je kemusykilan
stop adik-adik tanya.
Kubur depan surau tu untuk kursus jenazah,trek jogging dah jadi tempat
camping,ada beberapa ekor kambing kat padang rugbi,boys boleh tengok tv
kat luar.Gymnasium dah buruk.Surau bocor.

Sepanjang gajah menyusur tu terjumpa adik-adik balik dari bandar.
Sekarang ni pakai tshirt khas untuk keluar bandar dan seluar hitam.Aku dengan
Kak Tool ingat nak beli tshirt tu tapi tak ada stok.

Petang pukul 1600 kitorang join ada senior tu nak belanja makan keropok
lekor tepi pantai.Masa ni Apan call Cuya....(nasib baik dapat contact kalau
tidak mesti Apan suruh Fahmi,Fahmi suruh aku cari Cuya).

1730 main petang.Aku dengan bersemangatnya pakai tshirt merah senior 92.
Aku tau dihati diorang ni semua mesti jealous.Tshirt hitam yang Apan
sponsor tu sampai mati aku simpan.Korang pun simpanlah manalah
tau panjang umur bila kita buat gathering lagi masa umur 55 tahun
aku pakai tshirt ni tak ada lah korang jealous lagi.heheheh

Hancur luluh perasaan akubila Sri cakap main petang dibatalkan
sebab senior tak nak join,tak cukup orang.Lepas spm,aku tak pernah
pegang bola,kalau teringin aku pergilah kat sport department kat mana-
mana shopping complex.
Tiba-tiba Yati Yusof,Mek Nor,Izan,Zurie muncul.Yesssssssssssssss..............
Apalagi kami bermain netball menang.

Mek Nor( pakai selipar jepun) dan Yati Yusof ni asal dapat je bola mesti golllll.
Izan dan Sri berterbangan kesana kemari.Aku dengan Zurie relax je sebab
team kita banyak menyerang.Kak Tool main bahagian tengah,satu padang
dia lari......fuiyooo

Habis netball aku merayu-rayu ajak diorang main basketball pulak.
5 minit je please......Oleh kerana sifat setiakawan yang tinggi diorang sudi
berlari lagi di court basketball pulak.Kitorang menang lagi.........
Team vhomvhai92 ni banyak penyokong rupanya....

Malam bbq,malam yang dinantikan.Sungguh meriah.Zurie dan Sukri jadi mc
santai je......
Sebenarnya aku seram gak kat court tennis ni teringat cerita-cerita histeria
dulu,tapi aku diam je.
Aku tengok Jai dengan Gaban ni kesana-kemari dengan handphone,bergayut
dengan Apan kot sebab aku tengok Apan pegang handphone kat dinding tu.
Connie sibuk berbual-bual dengan cikgu-cikgu.
Basir,Anzam,Jasme,Hishamuddin,Ton Borhan,Napi,Riduan,Poji,Sri,Yati Ibrahim,
Kak Tool,Cuya,Fahmi,Mimi,Izan,Meizul,MekNor,Faizal,MatNor,Abd Aziz,Sidi,
Azmi,Bena sibuk berbual sesama sendiri dan bergambar.

Selain dari vhomvhai 92 ada cikgu Kamaruddin,cikgu Hakim,cikgu Azmi,
cikgu Hamdani,iceman dari Sudan,kak Niza(kakak dorm kitorng batch 90
datang dengan Yati Ibrahim),abang Wan Sabri.

Lepas perkenalkan diri dapat cenderahati beg besar.Dalam tu ada cd,tshirt,pamplet,
keropok segera dan pen.Ada kuiz,15 orang paling tepat dapat hadiah voucher
petronas.Aku ni function vhomvhai92 mesti ada luck mesti dapat punya,
kalau tempat lain jangan harap.

Habis je bbq,aku dan Kak Tool tumpang Connie jalan-jalan ambik angin
kat bandar Dungun.

Malam tidur pukul 3 pagi jugak,bukan pasal tolong Sri tapi bercerita.
(cerita aku dengan Sri tak pernah habis)
Cuya dengan Kak Tool ni dah lena diulit mimpi-mimpi indah kot....................


30 Julai 2006

Penghuni banglo 6 awal-awal dah ready.Harap-harap kali ni
dapatlah makan nasi dagang.Connie singgah nak tunjukkan
anak-anak dia yang yang dah merampas bulu mata Connie.
Hehehe aku suka tengok gigi 2 batang Najiha( harap-harap tak salah nama).
Lepas Connie ucap selamat tinggal,aku rasa pening kepala pulak,agaknya
kurang tidur kot.Minta panadol dari Fahmi tapi tak makan sebab perut kosong.

Cuya,Kak Tool,Sri,aku tertunggu-tunggu kat depan banglo tu tengok
penghuni banglo 7 yang tak siap-siap lagi.Hanya kelihatan Fahmi je yang keluar
masuk banglo ke kereta,kereta ke banglo beberapa kali.Bersenam kot dia ni.....

Zurie dengan Izan pun dah sampai,penghuni banglo 7 masih tak kelihatan.
Macam-macam bermain difikiran kami'Jai dan Mimi ni sibuk mandikan anak-anak kot',
'Gaban kena caj bateri ke ?' ' ke diorang ni masih berchatting dengan Apan?'

Sukri dengan Napi pun dah datang,penghuni banglo 7 masih tak kelihatan.
Bena dan keluarga pun dah siap.Baru nampak Awin muncul,lepak dengan
kitorang.

Dekat-dekat nak pukul 11 semua orang akhirnya ada.Kitorang berkonvoi
ke restoran terdekat .Lepas sambung-sambung meja ala-ala nak makan besar
order air,lepas tu dapat tau nasi dah tak ada .kitorang makan sandwic dengan
kuih-muih je hehehehe.

Sebelum berpisah kitorang bergambar kat tepi pantai.Dalam tahun 2006 ni
ada jugak gadis berposing ayu kat bawah pokok ,lepas tu diusik oleh
jejaka-jejaka kat tepi-tepi tu..Sri,nanti aku besar kan gambar tu yek....

Aku,Sri,Zurie,Kak Tool dan Izan meneruskan perjalanan ke
rumah cikgu Hanisah.Kesian cikgu,tahun depan baru pencen.Cikgu masih
ingat Kak Tool( Kenapalah semua orang ingat Kak Tool je ni ).

Kami masuk balik ke smsd nak cari cikgu Roslina.Sri parking kat
tempat pengetua.Slimnya cikgu Roslina,masih sweet macam dulu-dulu jugak.
Kitorang lunch dengan cikgu kat kantin dan berbual mesra.Lepas tu sessi photograpi.

Aku,Sri,Kak Tool berpisah dengan dengan Zurie dan Izan.Kali ni hajat hati
nak ke Kuala Terengganu,nak ke pasa payang dan mencari cikgu Rahimi.
Masih di daerah Dungun,kitorang telefon cikgu Rahimi.Rupa-rupanya
cikgu dalam perjalanan ke Kuantan.Jadi kitorang cadangkan nak jumpa
cikgu kat sekolah je.Kitorang masuk balik SMSD tercinta,apahal lah
susah sangat nak meninggalkan sekolah ni.

Kitorang bertiga lepak kat surau.Tiba-tiba ternampak koop buka,terus meluru
beli ais krim.Cikgu Rahimi telefon dah nak sampai,kitorang cadangkan
berjumpa kat kantin.Kali ni Sri parking kat tempat timbalan pengetua.
Ceria muka kitorang berjumpa dengan cikgu Rahimi.Cikgu masih handsome,
kelakar buat lawak tak habis-habis.Cikgu siap rakam video gambar kitorang
nak tunjuk kat Ustazah.Lepas tu cikgu call ustazah,so kitorang berbual-bual
dengan ustazah.Anak cikgu dah lima.
Sessi photograpi ,cikgu yang cadangkan tempat.hmmmm...untungnya Ustazah.

Nampaknya semua benda yang nak dibuat kat Terengganu dah tercapai,cuma
satu je makan nasi dagang.Kitorang bertolak ke Kuala Terengganu,kali ni
Kak Tool drive.

Sampai kat KT ,kitorang berpusing-pusing cari hotel yang dekat
dengan pasar payang,akhirnya kitorang buat keputusan hotel yang menghadap
Istana Maziah.Yelakan ada Tuanku Sri Bayu.

Malam tu Yati Ibrahim bawa kitorang makan besar kat Marang.Disaksikan
oleh hujan lebat,angin kencang,lampu padam,banjir......seronok sangat....
Gelak je....makin kembanglah muka aku.

Dalam perjalanan balik aku,Sri,Yati buli Kak Tool,paksa dia bercerita kisah
hidup dia hehehehe.Jangan risau Kak Tool,kitorang bertiga ni panadai simpan
rahsia.Bayangkanlah didalam hujan Kak Tool bercerita diiringi pulak
dengan lagu biarlah rahsia.Setiap cerita Kak Tool... aku,Sri,Yati akan menjerit hah!!!!!!
nasib baik yang satu cerita tu tak ada kesinambungan heheheheee

Lepas cakap babai dengan Yati,kitorang balik hotel.Elok-elok
dah dapat parking adalah pulak yang nak beli air kat seven-eleven.Tak pasal-
pasal kena parking jauh berjalan dalam hujan.
Kak Tool shopping ayat Quran hiasan diniding....cantikkkkkk

Malam tidur awal,dengan harapan dihati masing-masing esok bangun
pagi-pagi nak makan nasi dagang.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


31 Julai 2006

Pagi-pagi dah bertolak ke pasar payang.Ketika berjalan depan istana
kitorang berangan-angan sikit.....hehehe

Sampai je pasar payang terus cari warung Umi,kitorang dapat makan nasi dagang
akhirnya.Gembira tak terkata bersarapan macam raja.Lepas tu shopping ala
kadar.

Dalam perjalanan dari KT,Mek Nor sms ajak singgah lagi rumah dia.Mungkin
dilain kali.Lepas tu dapat sms dari Jai,Izan.

Singgah sekejap kat Kelulut 08 beli keropok lekor dan keping.Teringat pulak Cuya
nak pos keropok ke Apan.

Masa lalu depan SMSD kali ni semua kepala berpaling ke sebelah kiri,Sri masih
boleh jeling-jeling je.Sabar Sri,manalah tau tahun depan dah ada driverpulak kan???

Sampai Kemaman,singgah rumah Rosmi nak tengok baby.Rosmi pelawa kitorang
lunch.Sedapnya...Lain kali aku datang Terengganu tak payah bawa duit makan
ramai yang offer nak bagi makan.
Rambut baby Rosmi ni lebat kau,mata tak ikut Rosmi,aktif pulak tu.
Tak silap aku Ahram Hakimi.....alamak rindu pulak aku kat Kimi.

Lepas baby tidur kitorang berangkat balik.Tiba-tiba dalam perjalanan
baru teringat yang lupa nak ambik gambar dengan Rosmi.adoiiiii
Dalam perjalanan sekali lagi dayang ni nak kena hiburkan Sri.Tapi
yang bestnya dalam perjalanan balik ni aku berjaya menurunkan takhta Sri.
Kak Tool mesti happy....ada can lah kita hehehe

Sambil-sambil melayan lagu-lagu,email Jai tup tup dah sampai KL.Hantar Kak Tool
balik dulu,tak sangka Kak Tool nak offer hantar aku balik.Aku amat menghargainya.
Best betul trip ni.Inilah percutian yang tidak dapat dilupakan.
Ampun dan Maaf dipinta kalau ada apa-apa salah dan silap sepanjang bersama
4 hari ni.

01 August 2006

Cerpen - by Sri

Hehehe… nak gak bercerita, walaupun tak reti nakmengarang cerita sebenarnya… teringat zaman sekolahrendah, bila cikgu bagi perkataan suruh buat ayat..aku mesti karang ayat yg sangat best.. cth:-perkataan: persatuan . ayat : cikgu menyuruhmurid-murid membuat ayat menggunakan perkataanpersatuan. Atau pun : Saya tidak tahu membuat ayatmenggunakan perkataan persatuan.. hehehe.. tu kisahdulu2, nasib baik Penilaian Darjah Lima lulus, kalautidak sure tak jumpa korang2 ni semua…

PAGI.

Pukul 6.30 pagi lina sms. Jgn lupa bawak iron.. ironaku ni dah boleh masuk muzium, dah lama sangat. Linapunya pasal.. terpaksalah aku bawak gak.. sebab adairon, baju2 dan tudung2 kitorang sepanjang AGM ni, mmgrapi lah.. yg hampir comotnya, adik aku kat rumahsemalam (isnin). Pagi2 buta dia pinjam iron kat rumahjiran, sebab aku lupa nak cakap dia aku bawak lariiron ke dungun, hehehe..

Sampai kat kl central pkl 9.00 as planned. Tapiterlepas junction ke bus terminal, ingat nak tunggukat tepi jalan aje.. tapi diorang semua bawak begbesar, tak larat nak jalan, terpaksalah pusing KLcentral and fetch them betul2 depan mata. So, startperjalanan ke dungun.. sebelum tu, baca doa banyak2..dalam hati menggelabah jugak pasal tak pernah bawakkereta ke pantai timur.. 400 km pulak tu!! Dpt pulakco pilot yg tak tau jalan.. hampeh…Aiyoo.. risaubetul!! Tapi lina kata aku cool aje bawak kereta ye?Hehehe.. pandai sembunyikan perasaan… Tapialhamdulillah, selamat pergi dan kembali…

... before bertolak, call fahmi, tukar plan, jumpa katplaza tol gombak , meeting point #2 sebelum tollgombak.. hehehe, patutnya tunggu lepas toll tu lahkan? apalah sri ni.. nasib baik kawan2 betul kan..

pas tu, just follow aje lah keta depan, tak kisahlahlembab macam kura2 pun tak apa.. boleh kitorangborak2, tambahan pulak call dr opis berderu2 masuk..isy isy, org nak bergumbira pun tokleh..

singgah sat kat petronas tgh highway tu.. sebenarnyakete abg long aku ni, bengong sikit.. tak dpt tengokpetrol ade ke tak.. so, nak isi full tank.. bayar rm10attendant tu kata tak cukup, pi bayar duit lagi rm10,isi, tak cukup, bayar rm10 lgi, then rm10, then rm10lagi.. ntah apa2 ntah kan? buang masa aje..

smpai kuantan.. minum2 kejap. then terus ke hotel srisura gate.. malam tu tido pukul 3 lebih, OT. sorrylina, terpaksa suruh kau tolong lipat2 kertas andsusun CD tu..

29 julai.
breakfast, then AGM. biasa aje lah, tahun ni tak de election..kalau ada sure kecoh sikit..

then main petang dgn adik2 tu.. mula2 frust gak pasalkenapa xmsd yg lain2 tak de? yg perempuan lah.. nasibbaik ada kwan2 yg bersemnagat dtg main netball andbasketball .. bestlah korang, yati yusuf, mek nor,zurie, izan, zirwatul, yati ibrahim, meizu..

masa bbq paling best.. jumpa ramai betul muka2 yg takpernah jumpa lepas sekolah.. basir, riduan, sidi,jasme, ton bob, aziz, fauzi, hanafi, sapa lagi ek..ramai tu.. tapi apasal kita tak ambik gambar ramai2ye? buat dua session pulak, lelaki dan perempuan..agaknya tahun 2006 ni org ambik gambar asing2 kot.

malam tu, tido lewat lagi.. nama aje balik bilik pkl11, tido pkl 3 pagi gak..

30 julai.
kitorang bangun awal, dah siap pkl 8.30lagi.. tapi rumah sebelah belum siap2 lagi.. apadiorang buat ntah lambat sgt, mop lantai agaknya..sebabkan lambat, breakfast pun tak de.

pas tu ambik gambar ramai2.. asyik bergambar je kitani kan? ini macam kalu, harus beli camera lah.. jelestengok lina posing sana sini..

penat dah senyum2 dpn camera, then kita semua say hihibye bye .. sedih gak, harap2 dapatlah jumpa lain dilain hari..

Catatan Perjalanan - by Gaban

27 Julai 2006

Balik jer rumah lepas habis kerja 12 tgh malam, aku terus punggah barang masuk ke dalam kereta siap.. refer ke checklist, takut2 ada barang tertinggal. Nanti karang tertinggal Baju Vhomvhai, habis puok nie pakat marah ke aku.. CD lagi... lagi naya kalau tertinggal.. kedian baru aku masukkan beg beg aku ..nanti nak harap buat pagi esok, memang tok dang dah... penuh bonet segala macam equipement, dok masuk laptop lagi, sebab ada kat opis..


28 Julai 2006

5.30 pagi aku dah terjaga, belum sempat Jam aku berbunyi aku dah matikan. Terus gi mandi sementara Awin sediakan breakfast, sebab hari nie aku ke office naik bas,, penat wwoo naik bas mauk kl dari rumah aku nie,, mau kalau berlumba dengan org bnaik beskal boleh kalah aku.. tup tap tup tap, siapkan barang,, jam dah pukul 6.30 pg, aku dok siap lagi. kekgi bas terlepas, sah-sah aku lambat masuk kerja, lambatlah aku balik pulak petang karang,...

7.30 pg, he he he,, bengong ngoh gaben,, 7.30 baru naik bas,. habis ler plan hari nie, mesti lambatlah keluar opis...

9.30 pg, dengan selambanya aku melangkah masuk opis. Macam selalu yg aku buat..

9.45 pg, Boss panggil masuk bilik conference. Lerr tak habis lagi ker meeting hok semalang nie. bengong sungguh ler mu nieh, hok tu pung nak kena aku terangkan,.. tapi aku dok ler kata gitu ke dier, sebab boss aku dok pahang setir habok BM nieh,, dia failed dgn jayannya, hok buleh France dengan England jer.. ha ha.. 12.45 tgh. bengong sungguh lerr,, baru habis meeting, bilik sejuk nak mampuh,, ketagh habis dah kaki aku.

2.30 ptg, balik dari solat Jumaat, jenguk email, sunyi jah.. ramai doh agaknya yg dah pergi.. tengok jam ada 3 jam lagi flight aku pulak.. he he.

3.30 ptg, hok aloh lambatnya.. cepatlah sikit 5.30, apand call aku.. apand tanya aku borang dah print ker.. oh siap dah awal2 lagi siap dah.. Yandek pun mungkin pergi. cayalah, w/pun tak confirm lagi..

4.00ptg, aaaahh mmg sireh betuller, belum 5.30 lagi??

5.00ptg, pilot flight aku call, stranded kat Subang, jawabnya lambat sikit ler bertolak.. takpe takpe, janji bertolak petang nie jugak... Slow2 aku pass kerja ke kawan aku sikit2, ha ha ha...

5.40 ptg, Apanggg.. mung mmg suka suruh aku buat kerja last minutelah,,, tapi takpe, sebab kawan, dan reason aku nak keluar awal,

6.25ptg, Pilot call dah dekat BNM, sikit jerlagi nak sampai Office, ngadu kaki letih ler bawa kereta masuk KL petang2 gini... takpe, nanti Abang drivelak..

6.30ptg, berlari aku ke KLCC, dgn laptop + backpack aku yg baru dapat tadi.. cari bende hok apand suruh beli tu.. tapiiii. tak delah.. takpe Try cari kat dungun pulak.

6.45ptg, Boeng Sedan aku sampai dah. fligh WJT 494. (Fahmi cakap nombor beli,, hok ni free jah,, yg beli hok se lagi.. 1494..)

7.15mlm, makan di Restoran Haslam, Awin gian nak makan lempeng pisang kat sana, tp takde,, takpe ganti dgn roti boom plak,, seddappp..

8.30mlm, bertolak dari KL ke Dungun... lalu depan rumah MAMA,, hok aloh, hampir dok kenal dah aku ke rumah parent mung mama.. ingat nak singgah dah... he he tapi dah lambat..

8.50mlm, sampai dah Terowong Genting Sempah,, laju sungguh aku kuda ku lari malam nie..ha ha ha.. gilo.. lepas Tol Karak, tukar dgn Awin lak, sementara aku set-up Laptop aku utk Webcam dengan dialup.. Cuba buzz apan,, hampeh,, tidur dgn Laptop on gamaknya...

11:50pm, sampai doh.. kat Kuantan ler.. tukar balik driver.. Call SMSD, dewan dah siap, tinggal backdrop jer nak buat. OK set, aku sampai, kita rehearsal,, dan cuba cari coverage maxis. Fahmi message aku banyak kali dah, tanya kat mana.. sabor bang, kekgi aku sampai lah... tadi, wife aku bawok, ler nie akupulak drive..


29 Julai 2006

12.30am, Sampai doh bandar dungun,, Terus ke Hotel,, mak aih beza sungguh Dungun ler nie, Rugi dok suruh Awin drive, kalu dok buleh rakam gambar malam di Dungun..

1.30 am, Masuk Dewan Bestari. terkejut budak sekolah saing hok tengah buat apa kebenda ntah. Persiapan lah kut, aku kalu tanya mesti tak tahu, terus ke Blok BY, bilik port biasa kalau ex-semesdians datang.. Bilik Sakit, kebetulan aku memang tengah sakit (Demam). Tadi makan dah pil demam hok Dr. Fahmi sediakan.. Thanks Doktor.

3.30am, habis dah bincang, balik hotel mula, kekgi tak buleh bangun pulak aku..

6.30am, terjaga awal, (awal ??) ha ham tak buleh tidur sbenarnya, terus mandi solat subuh + ready nak gi SMSD, terus pakai baju hok Apan buat.. (Thanks Apan),. Braszz call Kri Manap ajak breakfast sekali, dia nak belanja kekawan hok jarang BALIK ke Dungun nie.. tp bukan ke kedai Mok De lah. kalau ada lah,, aku rasa, ada doh org hok dok mari teriak pagi tu..

8.30am-10.30am majlis perasmian AGM 2 Ex-Semesdians. Terhibur dgn persembahan adik puang SMSD.. Doh mananya hok budak laki nieh?

12.30tgh - 1.30ptg, AGM2 Ex-semesdians, banyak sungguh isu2 yg dibangkitkan, diperdebat, ..

2.30ptg, badan dah mula rasa penat, Villa dok buleh masuk lagi, nak kena tunggu pukul 3.00 ptg baru buleh check in..

3.00ptg, Dungun Beach Resort villa, sumbangan Berahhh... usaha dia ler mendapatkan tempat nie, Tempat molek cantik, masaih dalam stage pengubahsuaian dan [enambahan unit villa. Gamaknya standby untuk gathering Ex-Semesdians @ VhomVhai92 tahun depan pulak kut.. molek dah kalu buat kat sini, senang semua dalam 1 kawasan, ngadap laut. buleh gaklah Paychild kite (md Pezal) gi tidur kat tepi pantai tahun depan (kita buat musin hujan deh, ada angin ha ha ha) dan bulah lah jugak Poji gi terjun laut mandi manda.. kesian tahun nie dua dua tak dapat apa yang dihajati. Tahun depan, Agenda, Tidur malam tepi pantai, + mandi laut. Braszz, tahun depang mung booking lagi weih,, book awal2, ambik terus semua rumah takpe.. murah jer, RM110 sebilik. kongsi suami isteri... baru RM110 jah..

4.45ptg, lepas check-in dan lepas Awin tidur, aku keluar gi cari air dengan brasz,, dok tahang doh tekak nie kekerigan + panas badan sebab demam.. Mujur gok ada ubat demam dari dr. Fahmi, dia pesan makan setiap 8 jam aka 3x sehari, aku belasah main suka hati jer, rasanya selang 4 jam kut, pantang ternampak.. mujur tak de benda jadi ke aku. sambung gui cari air, gi seben eleben. Braszz mung perasang dok budak puang hok jaga kaunter tu.. bukan budak hok jual kad prepaid ke mung ke pagi buta 29hb tu?? aku rasae yer dah,. btw, sampai seben eleben, disebabkan kerakusan dan kedahagaan yg amat sangat, aku GULP kan 1 large cup Pepsi (ada setahun dah aku tak minum air nie). Pahtu beli air miniral botol 5 liter utk org lain kat villa. kekgi beli botol kecik dok cukup pulak...

5.15ptg, lepas seben eleben gi singgah Jujaya, Brasszz nak "SHOPPING" buku kaler dengan pensel kaler utk anak dara dia.. Pandai mung "SHOPPING" Braszz... ha ha ha,, "SHOPPING".. shopping...

5.45ptg, lepas hantor air ke villa, terus ke padang bola, jumpa awoks vhomvhai yg dah ready jadi reserved player.. ramai sungguh, banyak ngoh keter ex-semesdians susun tepi jalan sampai ke rumah cikgu...

6.00ptg, aduhhh.. aduhh.. huh huh huh,,, penat penat sungguh, natang ngoh budok sekolah saing, laju lari weih, dok dang nak kejor bola aku.. Masuk padang sekali dengan brasz, ganti 1 player (hampeh, 2 ganti 1), last2 aku pun tak tahu berapa org player Ex-Semesdians atas padang lawan dengan adik2 SMSD ni. Masa break (ada lah beberapa minit lepas aku masuk) macam nak meletup dah kepala nie.. hyper.. tak masuk dah lepas tu.

7.15ptg, balik semula ke villa dengan Pecal + Md Noor, terus uruskan door gift (?) utk awoks2 Ex-Semesdians. Braszz masih kat padang.. masa nie, aku tahuler mmg padan benorlah Braszz dgn Mimi, buleh Mimi cakap ker aku, "ehhh Gaban, Jai tgh acri kau kut", aku cakap, Braszz kat padang lagi, tup tup, Brasz call handset aku " Woi gaben, mung kat mana?" hok alah yer sungguh,, umpama cakap Dr. Fadzilah Kamsah dalam seminar kekeluargaan Islam yg aku join tak lama dulu, couple hok benar serasi, tak perlukan Handset canggih2 nie dalam berkomunikasi, pakai "Telepathy" jer.. he he he,,,

8.30mlm, sampai court bola tampar sebelah block C & D, Pok Napi, tengah mengadjust projector tanpa komputer,, terror mung napi, dok pernah lagi aku nengok org ngadjust projector sebegitu sekali,, tahun depan bawa lagi eh.. buleh pasang wayang pulak.. Lepas settle setup + dapat connection dgn DIGI, sponsor by Dr. Fahmi, majlis bermula....

Cerita ini disambung pada 27 March 2007 @ 6.30pm
Majlis malam tu di hostkan oleh Zurie dengan Skri manap... malam tuh, Zurie telah mensponsorkan Voucher minyak untuk soalan pop quiz berkaitan SMSD.. sape pemenangnya?? POJI.. bertuah bergegas datang AGM2, dapat voucher minyak free balik KL.. pulak tu testing kereta baru yer poji.. Pok de, sibuk nguruskan ayam BBQ dia,, smentara aku ngadjust muka APANG kat tembok tennis ,,kah kah kah,, UAE slack betul ler,, ada ker gi block tech VOip, kalu dok,, apang doh jadi MC malam tu dari UAE...
puas hatiler malam tu, makan mee hun, + BBQ. Terima kasih buat Cikgu Hakim, yg mensposor budak sekolah saing angkut meja bawa ke court bola tampar tuh + terima kasih gak ke Chief Presiden Wan Sabri yg sudi hadir,,, tak lupa juga cikgu Hamdani yg hadir malam tu...
10.30 majlis dah hampir nak berakhir... takleh buat lama2 sangat theh,, buat dlam kawasan sekolah etekk,, kekgi budak nak tidur doh,, BBQ napi banyak lagi tuh,, nampak johng2 baru balik dari bilik prep, panggil diorag.. debor budak tengok abe POK DE panggil makan BBQ,, kah kah kah.. tengah duk sibuk re-packing barang,, Awin pun dah penat,, aku lagi ler dah terlebih penat ... ada lak surprises untuk aku... patut ler beria-ria benar apan, brasz, doc, nak buat online + Webcam malam nie.. cheh.. tergezut beruk aku dibuatnya,, Thanks alot fellas... hadiah tu akan aku simpan w/pun akan outdated satu masa nanti,,, macam power book nko lah doc,,

Malam balik ke Banglo aku dengan JAI + DOC + PECAL + POJI + MD NOOR.. ramei sungguh dorm aku tuh... lepas Awin tidur,, Aku keluar mengtesting lak laptop terbaru aku malam tu. penuh dgn gambar VhomVhai jah.. he he he.. pukul berapa aku tidur malam tu tak pasti,, yg pasti nya aku tidur nyenyak malam tuh,, Nyamuk + air cond bocor, langsung tak mengganggu aku,,

30 Julai 2006.

Hari terakhir di DUngun, pagi nie semua nak balik dah ke destinasi memasing,, Aku mata masih terpisat2 kepenatan. Skri manapo dah sampai dah sekali lagi ke dorm aku, nak bawa gi breakfast sekali lagi.. kali nie kat mana ntah,, dok ingat aku, tapi rasanya kedai nie dulu takdok, kalau ada, takdelah penat aku, milah dengan Jeton berjalan kaki balik dari Sura gate ke sekolah saing satu ketika dulu... lepas makan minum, bersalaman, bergambar buat sessi yg ke-2 akhir.. semua berlepas ke destinasi.. aku.. aku ker UiTM Terengganu,, saja jah,, takde buat mende pun...

12.30 tgh berhenti makan kat kemaman, sebelum ke kuala kemaman cari sedikit bekalan buat balik ke kl.. terjumpa dgn Bena,, keter tak leh jln laju., ada problem + wife tgh sarat mengandung,.. berat sungguh mu bena,, ada ka patut. lepas habis mengshopping kat kuala kemaman, terus masuk baluk route ke kuantan,, SMS Doc kejap tanya kat mana,,, ada ahead aku.. sikit jah.. Aku terus masuk highway kat Gambang, potong sikit doc + Pecal, diorg masuk kut kuantan,, aleh2 aku terlajak jauh,, so sekarang aku lak ahead. Jalan dalam Hujan + mengantuk, buat aku lagi le letih,, sepanjang jalan dok contact dengan doc update lokasi.. last2 5.30 pm, jumpa doc + pecal kat hentian Gombak, hentian terakhir sebelum kitorg semua berpisah buat kali kesekian kalinya... sampai ke rumah aku tak ingat ape benda dah... terus lelap, sampai keesokan harinya.. letih sungguh + gembira tak terhingg... next year (tahun nie ler) kita jumpa lagi,,,

Gaban.. pen-off.

The Journey - by Pecal

The Start...

Salam semua..

Saja nak kongsi pengalaman aku ke Dungun.

Late Rabu July 26th baru aku dapat tau yg business trip ke Kuantan postponed.. lari la pulak plan aku kali ni since aku dah aturkan yg aku akan ke Kuantan hari Khamis then akan ke Dungun by Friday tu. Hmm sakan bercuti aku kali ni hehehe..

BTW, aku mmg nak ke Kuantan to pick up kereta aku yg dah lama dok kat Workshop kat sana. So tukar plan aku try to contact Fahmi.. alhamdullilah dia sedia nak tumpangkan aku n Mohd Nor Shaarol ke Kuantan and bertolak hari Jumaat pagi.. hemm aku OK je hehehe.

So by Friday tu aku pon dengan selambernye menyusahkan lagi Fahmi dengan luggage aku yg besar2 tu. Tapi bro Fahmi kita ni mmg cool.. lu mmg best bro! Hah yg best time ni... bila aku sampai je kat LRT Sg Beri tu.. baru aku sedar yg aku TAK PERNAH jumpa Fahmi selepas 1998 tu... perghh guaner nih! Nasib baik la tahun 2006 ni sistem komunikasi ni mmg dah terlampau mudah... boleh tgk sapa yg dok HALO HALO.. ohh ada kat seberang jalan rupanya... and UMAKAIIII SEHATTT nyeeee... nih bukan kes OBESITI ke DR? hehehe best scene nih actually... susah nak digambarkan kalau tak divideokan hehehe..

Then... kami (Fahmi, anak dia, Md Nor and aku) memulakan perjalanan. Start dari sini borak tak berenti dah... sesedar dah terlepas selekoh ke Karak Highway kah kah kah kah.. so U-Turn balik lah! Then kami berjumpa dengan Sri and da geng.. so konvoi 2 kereta.

Brenti for B'fast? ke Brunch dah ni? kat kawasan rehat Petronas yg aku pon tak tau apa namap tempatnya tah. Kat sini mula hello2 with girls yg ada.. korang still best.. even dulu aku rasa kita ni mmg JARRRANGGGGGnya dapat berbual but jumpa semula kali ni.. lain sket rasanya... nak malu apa hal lak kan? Ikhlaskan diri je... semua OK hehehe

Then tros ke Kuantan with no problems.. alhamdullilah... Fahmi first time dia guna highway LPT ni.. speed pon maintain je.. hehehe and ikut kata Fahmi.. dia mmg bawak keter cool gini je.. ELEH.. NANTI KORANG TAU LA hahaha Sri yg macam dalam kokpit F1 masa drive tu follow dengan selamber jek... tah tah dalam hati dia.. 'apa punya lembab la ini Fahmi bawak kereta' hahahaha GURAU BEB! kalau betol pon apa salahnya kah kah kah

Sampai tol Gambang and ikut jalan lama Gambang - Kuantan since bengkel kereta along that stretch. Cut short! since tak brapa sesuai nak cerita kat area ni since TIME masa tu tak syesyuaii utk JALAN2 hahaha..

Fahmi and Sri aku lepaskan bertolak ke Dungun with simple road instructions. Aku settle things ngan member aku kat workshop tu and dalam masa hari dah nak hujan tu aku gerak ke Ganu. (Jai! mana aku ada GOLF kat Kuantan.. memandai la lu! hehehe)

Slow laju slow laju (test keter la katakan) manalatau ada yg tak ngam with keter tua aku nih.. aku sampai Kerteh dalam pukul 4.30pm gitu and terus ke rumah kawan aku kat situ. Rezeki makan kat situ.. aku ngan mohd nor lazat layan sotong, udang and ikan bakar,, yg kawan aku mmg dah ready tunggu aku.. thanx to him.. then aku dibawa bersiar siar dikawasan kertih pusing sini sana sampai masok ke kebun dia... huh.. lepas maghrib aku minta diri utk bertolak ke Dungun.. Fahmi page aku pasal hotel..

Sampai dungun call Jai.. urghhh kemana la mamat ni p.. o dinner rupanya.. then dapat la instruction ke hotel tu.. call fahmi and jumpa da kat area hotel tu tgh jalan jalan carik makan.... so aku berempat ngan anak dia p makan kat are pantai sura tu.. call Napitua.. busy dia.. takpa.. boleh jumpa esok je.. borak2 curik ilmu Doktor (jai.. hah kat sini la aku tau apa nak buat kalau aku tgk ko kot2 rebah masa main bola tu huhuhu... sure patah lu punya rusuk beb!) aku sedar yg badan aku mintak rest! hmm so aku decide check in je kat hotel yg dorang dok tu.. RM38.. kira OK la tu hehehe..

Dah nak masok tido.. Napitua call ajak minom plak.. aramaks bro.. sorry kalini aku lak tak bleh gi dah.. mindset dah lari daa hehehe.. Nak tido sesedar nyamok punyala banyak... halaljadah punya hotel kah kah kah... mohd nor p mintak spray... abeh penoh satu bilik kene spray hahaha and kitorang lari turun bawah lagi hehehe... takde kije sungguh laa... tup tup ada rezeki rupanya... jumpa rombongan kak kiah balik dari makan makan.. and bagi buah buhan tempatan... ewah ewah.. pelahap nye si Mohd Nor sampai nak penoh tong sampah kat bawah tu tmpt dia buang kulit.. aiyeeee..

Esoknya... dapat kompol ramai2 yg ada kat hotel tu nak p breakfast... zupp Honda power Shukri sampai.. waaa Timbalan Penghulu Dungun sambut awal pagi utk b'fast... respek! and rasa bertuah ada kawan macam tu... best!

Time makan korang tau je la kalau Jai ada kan... hingar bingar hehehe.. but dalam keadaan gumbira la... and Terima Kasih daun keladi Shukri blanja kitorang pagi tu... duit aku tak laku... Gambar agong kat duit aku tu lain kot... hehehe

Tros ke SMSD.. join perasmian AGM.. macam biasa jupe ngan Syed Amer paling best eventhough sempat setahun je ngan dia.. but experiences yg Syed Amer bagi kat kitorang.. lelebih lagi bebudak 1D1 payah nak dilupakan hahaha... mane idaknya...

"Jong.. mu amek ni baju aku soran selai.. basoh molek.. nanti Sabtu aku mari amek deh" perghhhh mudah hidop hahaha.. but nak kata zalim idak gak since dia kasi sorang selai jek tak lebih hehehe... and kalu suroh amek air tu jgn citer la... hehehe

Jumpa Bena and Napitua kat dewan skolah... Bena pon dah LEBAR.. but Napitua... dah macam org ARGENTINA dah aku tengok hahaha... maintain... cuma makin muda! Helo again geng!

After perasmian.. aku join tea time... so beramah mesra pulak ngan senior2 yg lain.. aku nye still nak kenal orang masa tu... aku buat imiginasi kecikkan muka memasing and baru bleh kenal hehehe... murah rezeki dorang nih... LEBAR2 memasing.

Then masa meeting tu aku slow2 minta diri hehehe... sorry AJK92.. macma biasa.. aku SETUJU je keh keh keh btu ikut majoriti la hehehe.. jgn tetibe nama aku dalam percalonan ke aper ke udah.. yg tu aku TAK SETUJU lah!

So aku ngan Md Nor actually ke Kertih.. Kelab Desa Rantau Petronas.. ada riadah yg dah dirancang disitu hehehe.. dgn tak lunchnya.. dengan rasa PRO nye.. GOLF jalan kaki kali ni.. perghhhhhhhhh jenoh nak abehkan 9 holes.. course menarik.. cantik.. dengan suasana tepi pantai kertih yg nyaman.. fuhhhh rasa nak REPEAT! Abeh 9 holes cecepat p carik makanan.. dah macam org puasa 2 hari hehehe... selesai pekene meehoon and bertin tin air.. kami sambung for another 9 holes.. but kali ni guna turfmate.. hmm bukan buggy but macam motor kecik la.. best gak layan turfmate ni.. rasa macam pahlawan ROM yg naik mende apa tah yg ditarik 2 or 4 ekor kuda tu.. heheh so save sket energy la daripada jalan kaki.. So sesedar dah abeh another 9 holes... la kejap la pulak.. hmm mandi manda kat club and after asar tros ke SMSD since ada football match petang tu... so Mohd Nor ni berase sangat nak pekene bolasepak lak.. tak seserik mamat nih.. macam la atlit sukan... sure pancit lah mamat nih.

Sampai skolah.. tros ke padang.. jumpa la warga VV92 yg lain kat situ... Shukri Bedul, BASIR? perghh LEBAR!.. COKCEH.. umak ai... sehattt.. tapi dok ader tepi padang je hehehe... hati panasss jek tak bleh main bola.. dok peratikan Napitua ngan Abg Hisyam kita bergasak.. hebat dorang.. fitness dasats... aku mmg tak bleh lasak lasak ni.. ligamen lutot dah koyak tak p repair lagi..

Hah! Mohd Nor masok padang berbekalkan tracksuit yg disponsor Napitua and boot aleh AbgHisyam... bleh tahan.. tapi yg aku nak tergelak tu masa budak skolah sumbat goal.. mohd nor pon terbaring dalam gawang gol tu skali... sib baik tak 'GOL' tros ekekeke and lagi dasats and tak pernah dibuat orang.. dalam diam.. dalam KOCEK tracksuit dia tu.. dia bawak spare air mineral! Hek elen... tgh lari lari anak tu slamber jek selok poket bawak kluar air.. and minom.. asal tak buat katok bebudak skolah tu jek alang2 heheheh... lu mmg kreatif!

Abeh game... balik ke tmpt penginapan lain plak.. waaaa bungalow 3 bilik tu... tapi bleh jadi 4 bilik la kalau kira HALL yg digunapakai BASIR ngan POJIE n COKCHEH tido malam tu heheh.. EH malam ke? tarak pasal la dorang ni nak tido malam... dorang TIDO PAGI! keh keh keh.. mmg spesis kluangman dorang nih. Sampai sana rupanya Fahmi dah siap bukakkan Aircond bilik tu dari petang... sejukkkkkk beb.. tros nak lelap jek rasa.. after bersiap siap.. aku dapat tau POJIE dah ada kat BLOCK C SMSD.. hmm tros aku ke SMSD since malam ni kan ada BBQ ;)

Sampai sana.. mmg terasa ada kat skolah... masa tu bebudak skolah dok ada kat surau lagik... and that after.. tak renti renti announcement... ishh sure rimas kalau dok umah yg dekat ngan asrama SMSD ni.. tak gitu Shukri? hehehe Kat sini malam ni mmg best.. kehadiran and org2 yg hadir mmg surprise bagi aku.. Sidi, Ton Burhan, Jasme Taib.. n Ridhuan Mat Pong benar2 memberi kepuasan kat aku datang SMSD kali ni.. Fahmi, CokCheh and Basir mmg ringan tulang.. rajin dorang ni tolong bakar ayam BBQ tu.. cayalah bro.. Sporting? hmm nampak gaya mmg sporting sket la dah tua2 ni berbanding masa zaman bebudak dulu.. heheh..

Zurie n Shukri yg jadi pengacara majlis berjaya utk membawa majlis mengikut plan. Tapi apa la korang.. buat soalan tak FAIR.. 2 3 soalan direct utk Form 5.. aku mana ada time tu... ek elennnn.. patot aku dapat FREE marks kat situ hehehe..

Lagi satu yg mengujakan aku.. DIRECT BROADCAST with Fadli Adilah yg kat Dubai tu... bro.. to be honest with you a.. aku jadi sebak jap bila nampak muka lu terpampang kat dinding court tenis tu... ishh hebatnya penangan IT... cayalah GABAN n FAHMI yg menbawa LIVE TELECAST ini hehehe aku rasa tak patot si Fadli Adilah ni takde kat sini malam ni... tapi dia tau apa yg berlaku LIVE dari SMSD.. respect atas usaha korang!

Sesi bergambar mmg berseri... sehebat mana korang posing utk diambil gambar... hebat lagi gaya PHOTOGRAPHER2 yg sibuk nak focus and snap.. mmg lawak.. fuhh ada skali tu dah macam photographer newspaper nak snap pasukan juara dunia! hahaha

Selesai BBQ, few boys g sambung chit chat kat gerai tepi pantai kat area blakang skolah tu.. kat sini jgn cerita la.. bleh 'krem' rahang korang sebab ketawa... fuhhh.. Basir.. lu punya gaya.. insyaALLAH pas ni tak main la citer SERATOS SERATOS K.. main J J lak la hahahaha.. natang goh la... sesedap mu je maing ratos ribu perghhhhh Napitua senyum jek.. aku tau dia pon kencang gak tu hehehe.. syabas.. ChokCheh kalu mu tgk Basir cakap dah bertukar lepas ni.. bagitau aku... akan ku turut ke KB nuh hahahaha..

Tapi nih aku nak promote!.. kalau ada korang nak REVONATE UMAH... try suruh BASIR buat... korang akan puas hati! SEBAB!??? BASIR payah nak PUASKAN hati dia sendiri hehehe.. untung wehhh kalau dapat cat 5 lapis heheheheheheh... orghhh best gurauan malam tu... bleh titis air mata gelak...

Kepenatan sebenarnya aku malam tu... and since gerai tu nak tutup sesangat.. bebudak ni plannak sambung cap teh kat tempat lain... which aku tak berdaya nak follow... sorry friends... some other times.. but i miss that for sure..

Keesokannya.. after checkout kitorang p b'fast nasi lemak hayalan.... camna tak hayalan.. sepanjang dekat sejam kat situ.. aku ingatka nasi lemak yg aku order tu akan sampai rupanya dah lama nabis... ek elennn patot la aku tengok Jai pelahap kuih dah macam ALAM FLORA.. cehhh rupanya aku yg KELAPARAN.. ek elennnnn

Few photo snaps sebelom kami salam, wishes and congrates each other.. biasa la ni.. masa ni la nak tgk keikhlasan tu datang dalam diam... bleh syahdu nih... hope to meet again... bye bye kat Jai and family.. org2 ke KB like Basir, Chokcheh etc and all the girls... TQVM.

So.. Fahmi, Aku with Md Nor, Pojie, Shukri dikepalai Napitua bertolak ke Kemaman... Sampai sana jumpa ngan Azmi pocong.. and kami tros ke rumah keluarga Arwah Zahari.. This is my first time melawat keluarga begini utk tujuan memberin sumbangan. Amat terharu dan suasana berubah tiba tiba bagi aku just after melangkah masuk ke rumah tu. Secara tiba tiba.. aku jadi terrramat sebak kat dada nih... and bila masa Napitua selaku ketua yg diamanahkan menyampaikan amanah rakan2 kepada mak arwah... aku dah tak bleh tgk dah... jenoh aku tahan.. fuhhhh susah nak describe.. perasaan aku bercampur campur... bagi aku.. aku rasa KORANG SEMUA TERLALU HEBAT sampai dapat buat sumbangan sebegini jumlahnya... korang patot bangga... aku dapat dengar Napitua susuh ayat masa nak serahkan.. jenoh gak la Shukri perbetulkan ayat Napitua... aku tau beb.. dah tak bleh berkata kata dah time tu... but aku sure yg mak arwah pun tak jelas dengar tentang jumlah yg ada dalam sampul surat tu... air mata bercucuran... aku jadi makin sebak... tros pandang keluar rumah je la..

Tak lama kami kat situ... just after that.. kitorang greets again each other since geng2 KL nak tros balik ke KL.. Terima kasih Shukri.. Terima kasih Hanafi dan terima kasih Azmi... till we meet again.

Kluar dari area umah arwah zahari... Napitua 'sesat'!? hehehe tapi after few calls and tanya org kampung dapat kami kluar.. and dengan lambaian and bunyik 'HON' aku say bye bye to Hanafi Abd Rahman. Ur da man...

So kini... konvoi hanya 3 buah kereta.. aku, fahmi and pojie.. tros berenti for lunch kat gerai nearby Cherating... sempat beli keropoks nak bawak balik KL... Thanx Fahmi.. sampai kesini DUIT AKU TAK LAKU! cehhhh

Then masok ke LPT ikut Toll Gambang.. since terlepas simpang ke toll Kuantan hehehe... berenti rehat kat 'RnR'? Gambang then tros ke arah KL. berSMS ngan Fahmi n Pojie... heheh woii bahye la woii SMS tgh bawka keter.. tapi takper time tu bawak 90Kmh je hehehe.. Gaban page Fahmi and dia ada few puluh KM ahead of us.. jenoh gak la kalau nak kejar...

Sebelom temerloh hujan dah aku rasa... aku follow fahmi... and since si POJIE ni kata suruh bawak 'LEBIH SKET YE BRO'? aku follow jek la... dalam hujan makin rancak.. Fahmi page for... 'TIME HUJAN SPEEDTRAP TAKDE" aik lain macam jek bunyik tu keh keh keh.... tetengok amek kau... maintain 140kmh rupanya dia nak... aku follwo je.. and since tayar blakany aku yg BOTAKS aku extra carefull... Traction Control Button aku ON kan.. kasi berat sket keter... mau idak.. si Fahmi ni mana tau nak pelan.. bedesup dia lari.. abeh semua keter dia potong... so aku follow jek la... Fahmi SMS.. mana POJIE... aku reply... BLAKANGGGGGGGGGG hehehehe then aku page lak POJIE.. "mana bro? kasi henjut la" lebih kurang gitu la maksud aku hehehe So Pojie.. ko tau la erk.. bukan aku yg bawak gitu.. aku follow Fahmi hehehe

At 1 area aku rasa ada terselisih ngan Bena.. tapi tak bleh kompom betol ke idak... then after a few hours journey.. kami decided brenti kat Kawasan rehat Gombak... Md Nor pekene Sup Tulang kat sini... hmm GERAI no 7! heheh ingat tu geng... special nih! So nampak gaya aku sampai sini dulu... bukan aku laju buat biasala smart tag punya kerja bleh bikin kita ahead few minutes tau.. hehehe smart tag sponsored by Md Nor hahahaha..

Gaban with lovely wife, Fahmi and Pojie sampai and pekene teh tarik... fahmi pon kelaparan gak rupanya.. takpa kami rela menanti dia habiskan MEGI dia hehehe.. sesejuk pekene megi mmg best woiii..

So.. this is the end for us.. kami bersalaman and ke destinasi memasing...

Sampai rumah almost 8pm after berehat jap kat putrajaya.


The End...

31 July 2006

Siri - by Jai

SIRI 1, Nibong Steseng

Kesian sgt kat MIMI, dapat husband yg takda skill menolong..
dia la masak pagi jumaat tu, dia take care anak2.. etc.. kesian.

So, lepas siap some heavy brunch (MIMI masak mee hun, best),
kami bertolak ke Dungun. Anak2 berdua happy sangat2..
"Ayah, bila nak sampai Dumun".. sibuk la bertanya si kenit ni.

after 20 minit, dah dekat nak sampai JERTEH.. berderu-deru
SMS masuk.. adus sakitnya nak jawab, nok bawok kereta lagi...
MAS ADI SMS, NAPI SMS, ABG HISYAM SMS, FEZAL (BALAS SMS AKU),
APAN tak sms, telepong terus.. LINA K pun sms.. best la..


SIRI 2, Kedai Pok Eng Teng

masa sampai Pantai Kelulut, Marang, baru ada
masa jawab SMS. best la baca real-time news
set2 konvoi ni, singgah kuantan etc... best ramai2.
aku ingat lagi.. LINA kata CUYA tak bawak laptop dia..
nasib baik gaban ada bawak laptop.. huuu.
TQ gang konvoi... set2 mu ni memang kelas..

lepas MARANG, kancil aku melompat2..
try maintain meter tu 3 angka sokmo..
sebab tak sabar nok sok sapa Dungun mu...
kitorang sampai Dungun dlm pukul 3 gitu lah..
best gila mu.. aku ronda ngan anak2..
bg mimi sorang2 kat hotel tu.. rehat..
kitorang raound2 sampai kuala.. amik gamba


SIRI 3, Batu 48

sapa yg belum tau, BSN yg korang
bergantung harap sgt dulu tu...
duduk sebeloh Bank Islam.. comel mu.
area Pok Saboh jugok but..
duk alik sana.. tok jauh
dari tapok wayang gambo lama tu..
kalau dok nampok gambarang lagi..
memang berat lah korang ni..
atau pung aku yg mmg berat..
dok reti nok explaing guane.. hehe..

aku ronda sampai kuala dungun.
ada projek besor.. jambatan terus
ke rumah pochong.. anak osmang!!
mu pocong jgn malukan keluarga osmang!!
mana ada keturunan osmang perut besor mcm mu!!!

zemang mu jgn runsing..
gaben sayang ke mu..
dia tgh tunggu mu di ofis tu..
surpirse zemang..
dok rugi mu jadi saing jai beras & gabeng

balai polis dungun pun aku amik gambo...
nu.. ada padang bola kat kuala.. aku amik gok!!


SIRI 4, Teluk Lipat

Petang jumaat tu, aku finally sambut
kedatangan konvoi dr KL. Fezal & Matno
takdok rupanya, gi golf kat Kuantan..
Terkezus la aku, ingat nak surpirse LINA
ngan rambut baru aku sekeluarga (semua
ahli keluarga potong rambut).. rupanya dia
yg surprise kat aku ngan rambut dia..
teknik rebonding beb... lurus mcm pembaris.
semua kereta parking depan hotel..
mengdap salwa.. tapi salwa tu tinggal nama aje...

aku ada amik gambar banyak la.. saja malas
nak bg korang.. nanti apan post dlm group.
tapi apan janji doh, nok buat sikit aje..
kalau buat belaka, pakat tok payoh gi belaka la..
pakat gi tengok gambor la...

tapi best mu..
minum air abg hisyam belanja mu...
abg hisyam sporting mu..


SIRI 5, Padang Pulut

Minum air petang jumaat, merioh sungguh mu.
Sidi Plenti (dok tahu gane nok panggil nama laing),
telepon kat anok mari.. terus join kitorang..
lepas sampai dekat maghrib.. pd masa yg sama...
MEK NOR telepon "paksa" gi dinner rumoh dia.
YATi YUSOP nok sponsor sutong besor..
banyok kilo jugok la dia sponsor (TQ Yati).

yg lucu MEK NOR kata, "husbeng aku gi
amik mu dgn kereta peronda polis:... hehe..


SIRI 6, Alor Jejawi

AKU & MIMI turun lewat skit dari hotel, SORRY GANG!!
banyok sms nak jawab, APAN telepong minta report..
malam nak gi dinner rumoh MEKNOR tu, tetiba dapat
sms CUYA.. JAI KERETA POLIS DAH SAMPAI..

aku bawak turun la awek2 bertiga,ke bawah menuju
ke kereta polis.. diorang semua dok tahu yg hubby
MEKNOR kita tu polis peronda kat DUNGUN..
aku turun lepak. yg lucunya, MIMI terkedu tengok aku
lepak borak ngan set polis peronda mcm dohkenal 5 tahun.
hehehe.. tokeh2 kedai kat situ pun gelabah tengok
kereta polis berenti depan.. & aku, mimi, sri, k
tool, lina.. semua lah ada berdiri dekat kereta polis.
macam tgh siasat kes.. depan HOTEL MURAH pulok tu!
hehehe.. so, aku teruskan borak sambil tunggu FAHMI.

lepas FAHMI confirms tak buleh folo,
terus kitorang folo kereta polis tu ke rumah MEKNOR.
sampai sana.. makan time.. no no no.. masak time.
best sangat.. yg menyambut kami di sana.. ramai!!


SIRI 7, Sekolah, Bandar, Rumah Kawan

Masa sampai kat rumah MEKNOR tu..
tak kira anak dara atau mak2 dara..
menjerit2.. aku duk luar rumah jadi takut.
happy sangat berjumpa.. aku lepak borak
ngan abang2 polis yg escort kami ke sana.
MEIZU, YATI dah tunggu sana - kecoh la..

aku amik peluang la berkenalan dgn anak2
diorang ni kan.. best mu.. tobak la..
makan duduk atas tikor ramai2.. kenyang.
aku sakit perut punya kenyang..
sedap pulak mak2 dara ni masok.. hehehe.
dinner ikan singgang, ikang goreng..
sutong sponsor masak gitu2.. sedap..
aku buat muka selamba aje lah kan,..ngap ngap..

then balik... BALIK? LEPAS DINER BALIK TERUS?
itu kerja gila.. kaum hawa terus gi sambung melepak
rumah YATI YUSOF.. sporting2 diorang ni semua...
aku bergegas ke dewan besar, tolong stpler &
tampal2 buku laporan tahunan utk AGM esoknya..

malam tu pulak...
best ler melepak..
sambil tunggu GABURN..
aku bengang sungguh ke mu BERN..
mari lambat... aku sunyi mu..


SIRI 8, Pendek Kata.. (CIkgu Awaludin)

adus, sayu la terbaca mail kau tu FAHMI..
nama dia sama pulak cikgu geografi kita..
yg selalu sebut..."pendek kata..."

anyway, lepas habih kerja kat dewan...
(kecuali bhg IT preparation), set2 senior
ajok minum air buoh.. perg.. layan wei..

masa tgh minum tu lah, sorang senior
menyatkan hasrat.. dia mohon (tidak
secara bergurau) agar batch 92
take over alumni.. aku kata "someday"
diorang harap kita amik 2007 ni.. no way

sebab apa ada orang nak kat batch kita ni?
aku mohon LINA o SRI o ZURIE jawab..


SIRI 9, Buang Setan

pagi buta (sabtu 29 julai) dah dapat sms dr sukri..
minta semua turu, dia nok belanja breakfast..
awek 3 orang mu, lambat skit siap.. FAHMI pun sama.
dia pun sakit perut jugok... dokotor pun sakit ya?
so, terus gi breakfast d kedai kat ngan rumah pedal tu.

akhirnya, dapat gok aku makan nasi lemok
ikan aye, bertahun tak merasa. mana ada
kat kelantan ni wei.. satu dunia ni pun tak jumpa.
tengok gaya FAHMI makan... aku rasa kenapa
dia jadi "macam tu".. hehehe.. contohi LINA!!

lepas tu bila nak bayar, pakat berebut la diorang..
tuankedai pun dok reti nok amik ptih sapa...
bukan aku yg berebut tu la.. hehehe...

best la gi dungun, best.. tobak lah..


SIRI 10, Ameba

Lepas breakfast free, terus ke Dewan Besor...
Le ni panggil Dewan Bistari BERG... ke tau doh?
Masa AGM, mmg dok rama sgt yg hadir..
20 org gitu je kot. Mat Nor S, Fezal F + aku ada
dlm dewan tu. Diorang berdua buleh tolong confirm.

tapi hok sebenornya, bukan tak dok orang mari..
nuh duk melepok kat luar bukan main ramai...
set2 ni debe dari skoloh lagi.. ada ke patut
Fezal suruh aku gi panggil masuk dewang..
Silap2 malam tu aku kena panggil gi 4a2.. mapuh!

dr masa ke semasa, makin ramai orang mari...
excikgu skoloh saing banyok di luar, so dok mari.
camna nok mari, semua skoloh di t'ganu ada
program gotong royong.. bersih skoloh...

tapi kut mana2 pun... batch mana paling ramai turun AGM?


SIRI 11 Nasi Ayam Hitam

Masa perasmian AGM, ramai sgt senior duk luar.
maybe LINA betul, set2 kita ni lurus cam "rula".
akupun duk luar gok, sambut SYED AMER
& MAHADIR PALO.

anyway, ramai gak orang bg attention masa persamian
especially masa slide presentation.. cool.. ada
gambar lama & baru. masih ada ruang buleh improve.
but.. kerja free, cudnt expect more.. TQ anyway.
masa BENA datang.. best la sambung lepak..
memula PEZAl & MATNOR duk depan nu..
last sekali, doh ramai sgt dek punmari..
NAPI MUDA pun sampai.. terus lepask borak belaakng..
perasmian berkubur lah.. hehehe...


SIRI SETERUSNYA, Kedai Mek Kemamang

Suka tak suka, nama VV92 naik pulok..
1st time masa lepak minum dgn AJK..
malam sebelum AGM. masa nak AGM...
"diminta saudara Zaihan Othman, selaku
wakil Batch 8892 utk naik ke pentas bagi
mengiringi Preseiden Alumni utk pembahagian
derma kepada para penerima"

Syukur, nama kita di persada sana..
bukan kerana aku, tapi kerana kecekalan
setipa orang yg sedang membaca ini..
sapa? korang la semua tu..

Lepas bg duit (RM100 utk 20 orang),
Majlsi berehat utk minum..KECOH
MASA MINUM MMG KECOH...


SIRI 12 kot, Synopsis AGM

Masa tgh bg RM kpd budak2 SMSD tu... makin ramai
orang datang.. pergh... nak tengok aku naik pentas la..
NAPI pun sampai.. yg si PEZAl & MATNOR yg punya
setia duk depan dr pagi tadi.. terus hilang.. ntah mana.
aku ingat dia nak gilayan si AMER tu kot.. hehehe...

then, break makan tghari.. woi, mewah la makan..
berbaloi la bayar. duit lebih2, masuk tabung, derma.
cuma, next time aku dah pesan.. cukup lah kutip2
duit manjanmg dr ahli.. orng travel jauh2.. nak lunch
pun kena bayar.. kesian la wei.. kesian diorang..
sorry gang, tu bukan idea aku & SRi BAYU ye..

masa makan paling KECOH la APAN wei...
but si PEZAL & MATNOR dah gerak.. golf la tu.
aku tukang amik gambar ler.. & jaga anak..
MIMI dilarang berlari. tu la.. undang2 yg aku buat
tapi makan diri.. kena kejar si JANNAH.. adus..

kita punya kantin tu.. mmg dr dulu lagi cantik..
dewan, cantik. tempat makan baru.. ada. cun..
dari dulu lagi...


SIRI 13 Lagi Synopsis AGM

Minum pagi tu..b best jugak, break sekejap aje..
Kueh mueh + air panas. Orang makin ramai..
Lepas makan semua ke dewan. Patutnya..
dicepatkan AGM tu.. supaya habih awal skit.
but mmg tak buleh, ramai sgt orang nak tegur
Presiden.. bg cadangan, tanya itu ini, termasuk
la journalist yg tulis nama aku dlm utusan tu..
aku pun menjawab2 soalan wartawan utusan tu..

meeting mula lewat, pukul 12 baru start.. adus.
beberapa pembentangan dibuat secara cepat..
sgt jelas, bhw set AJK ni nak cepat.. taknak
bg orang ramai pressure. ramai nak main petang.

tiba sesi soal jawab.. banyak jugak soalan.
basically ada 2 kategori aje.. yg membantai
AJK & yg cover AJK.. bantai tu buleh tahan..
kami sabar aje, kami tahu diorang concern.
tapi diorang tak tahu camna peritnya naik kancil
buruk 800km utk propose Tabung Bakti Murni.
Turn dungun selang 2,3 bulan. tu belum kira
meeting di Kuantan.. kami agak bersedia..

paling sinis & ironik.. ada orang tu kata..
"kami nak komen2 ni bukan apa, kami sayang
persatuan ni. kami taknak berlaku kesilapan".
sayang persatuan, AJK jadi punching bag.. damn!

si AMER Gdabre was our hero, bukan dia sorang.
ramai lagi yg simpati kat AJK muka kesian ni hehe.
diorang kerap bangun & pertahankan AJK..
aku personally terharu.. diorang ni pun.. selamba aje
sound orang lain.. "Mu ingat senang ke kerja tanpa
gaji.. gi sana gi sini.. ampeh tak dapat apa. let's support
them. Bg ruang.. jgn komen banyok".. aku tamboh..
"lapor perut ni".. hehehe.. tak saabr nak gi lunch.

well, whateva they d AJK said dlm meetign tu..
bukanlah alasan utk gagal. malah aku confident..
diorang ni semua sayang persatuan levih dr yg
orang lain sangka.. ke guana SRI? bye dulu...


BARU TERINGAT

Almost every hour aku update si APAN via SMS.
so, buleh kata setipa benda la dia dah tau..
tapi masa aku terlalu khayal, aku upah MIMI
la jawab telepon.. NAPI ke.. BASIR ke..
sorry la PANG.. belas tahun tak hidung si POJI tu.
Mlm tu P RAMLEE datang beb.. kecoh beb!!

Mlm sebelum AGM tu, lepas lepak ngan AJK..
aku borak ngan si GABAN.. sama mcm APAN,
dia pun tanya soalan mcm berenggan (senapang auto).
jawapan2 aku dah CC via sms ke APAN..
antaranya, pamplet yg APAN buat tu..
aku serah kpd PEMEGANG MOHOR PAMPLET,
utk melipat pamplet comel-comel..
semua bg kerjasama. send aje SMS...
tau lah SRI & LINA nak buat apa... lega aku.

si FAHMI..kesian, petang masa kami turun padang,
dia tak ke mana pun.. kena jaga beg.. hehehe...
FAHMI kalau ko ngan MAS ADI tak sumbat beg
tu ngan semua harta2 tu.. susah le wei...
antara isi penting dlm beg tu ialah.....


ADA APA DLM BEG

Sambung cerita tadi (Baru habih lecture ni).
Antara isi penting dlm beg ialah..
1. Sehelai Baju VV92 "kami kembali".
Design by APAN & GABAN, Jai tukang komen.
Pilihan clor tu.. APAN & JAI, Gaban bz mas tu.
Pemilihan Jenis Huruf & kedudukan.. mainly
si APAN gok buat, aku & gaban komen sikit2.
Material supplier Irwan Safary (BY 8890).
Yg penting sponsor dr APAN juga... TQ PAN!!
Masa nak decide wording "kami kembali" tu..
mmg lawak, aku gelak keluar air mata..
semua si GABAN punya lawak bangang!!

2. CD Memori.. 11 lagu bergambar (power)
Design by APAN, technical spec GABAN advisor
gok la. Material, banyak yg bercampur. Sumber2 gambar
adalah rahsia, sebab tuan2 gambar tu nak balun
aku dengan selipar jepun kalu aku bgtau orang
dia yg bg tu.. semua lagu APAN pilih...
but many of those dr aku & gaban's collection.
Ada lagi gambar2 retro tu.. but itu utk 1 event lain

3. Keropok Segera: datang dari area K T'ganu.
Co sponsor by BASIR & MIMI... pakat 60-40 kot.
Mlm BBQ tu (sebab BASIR beli lebih), keropok
tu kita bahagi2 le ramai2.. aku dok tau camna
buleh habih, yg penting.. tak membazir.. tu aje.

4. Pamplet - APAN design, petang khamis, aku
adjust aligment & print..tak mencabar langsung.
FYI APAN, kertas warna kuning muda.. mcm kau nak.

5. PEN, BEG & Pamplet promo Kelantan
Sponsored by Malaysian Tourism, Kelantan.
Aku buat surat, APAN adjust comel.. aku send.
aku cucuk le kroni (exstudent) aku kat sana..
dapat 150 beg & pen... alhamdulillah..
100 bg alumni (Basir, Sukri & Azam yg bahagi
beg kat padang bola petang tu...).
50 utk VV92 yg hadir.. lebih MIMI bawak balik.

6. Barang tak nampak
Sebenarnya dalam beg tu ada semangat..
ada cinta, ada ikatan & ada restu, insya Allah.
Apa juga yg ada dlm beg tu ialah simbol..
tanda betapa bersungguhnya kita dlm persahabatan.
so.. betul tak SRI aku kata.. memang puas hati
lah pergi BBQ VV92? betul tak SRI????

wassalam, tetiba rasa syahdu teringat BBQ tu..

Tabung Bakti Murni

30 July 2006

Tabung Sinar Murni - Untukmu Zahari

(sedikit catatan oleh Pecal)

Aku with Md Nor, Pojie, Shukri dikepalai Napitua bertolak ke Kemaman... Sampai sana jumpa ngan Azmi pocong.. and kami tros ke rumah keluarga Arwah Zahari.. This is my first time melawat keluarga begini utk tujuan memberin sumbangan. Amat terharu dan suasana berubah tiba tiba bagi aku just after melangkah masuk ke rumah tu. Secara tiba tiba.. aku jadi terrramat sebak kat dada nih... and bila masa Napitua selaku ketua yg diamanahkan menyampaikan amanah rakan2 kepada mak arwah... aku dah tak bleh tgk dah... jenoh aku tahan.. fuhhhh susah nak describe.. perasaan aku bercampur campur... bagi aku.. aku rasa KORANG SEMUA TERLALU HEBAT sampai dapat buat sumbangan sebegini jumlahnya... korang patot bangga... aku dapat dengar Napitua susuh ayat masa nak serahkan.. jenoh gak la Shukri perbetulkan ayat Napitua... aku tau beb.. dah tak bleh berkata kata dah time tu... but aku sure yg mak arwah pun tak jelas dengar tentang jumlah yg ada dalam sampul surat tu... air mata bercucuran... aku jadi makin sebak... tros pandang keluar rumah je la..



budi ikhlas sahabat semua ...


air mata seorang ibu ...

29 July 2006

REUNION 8892

puas hati, gumbira, sedih, happy,..
segala macam perasaan..
tapi yang nyata.. syukur pada Allah..
REUNION 8892 berjaya !!!
berjaya mencapai apa yang dirancang..
berjaya program berjaya matlamat..

MISSIONS ACCOMPLISHED !!!

telah dihadiri seramai 31 orang vhomvhai
dan juga oleh ahli keluarga

1. Jai
2. Mimi
3. Gaban
4. Sri
5. Zurie
6. Kri
7. Napi
8. Connie
9. Fahmi
10. Basir
11. Chokceh
12. Izan
13. Lina
14. Jasme
15. Abang Hisham
16. Basir
17. Bena
18. Meizu
19. Cuya
20. Yandek
21. Duang
23. Pocong
24. Kak Tool
25. Pecal
26. Mat Nor Gus
27. Yatie Ibrahim
28. Mek Noor Azrina
29. Ton Burhan
30. Sidi Ahmad
31. Abdul Aziz

* guests of honour... were;
Cikgu Hakim, Cikgu Hamdani,
Cikgu Azmi, Cikgu Kamaruddin
Wan Sabri - Presiden Alumni kita

** tetamu dari batch lain
+ Wan Shahruniza
(batch 90 - tumpang Zurie & Izan from KL)
+ Mohd Shazril Hafidz
(batch 93 - turun dari Sudan, tadok geng nak borak)

acara bermula.. 9.00 malam..
selesai bersurai.. 11.30 malam

terima kasih semua kengkawan..
terima kasih..

23 July 2006

suatu masa dulu...



(Video 4 dalam CD untuk REUNION 8892 - 29 Julai 2006)

22 July 2006

suatu masa dulu...



(Video 3 dalam CD untuk REUNION 8892 - 29 Julai 2006)

21 July 2006

suatu masa dulu...







(Video 2 dalam CD untuk REUNION 8892 - 29 Julai 2006)

20 July 2006

suatu masa dulu..



(Video 1 dalam CD untuk REUNION 8892 - 29 Julai 2006)

16 June 2006

Hasil KerasTangan VhomVhai

Baju REUNION 29 Julai 2006



CD Kompilasi Video
sempena BBQ REUNION pada 29 Julai 2006



Mug - Aidilfitri Gatherings


Car Sticker





Kain Rentang Ucap Selamat


Mugs - doorgifts semasa MME 2006



Mug kepada Guru-Guru SMSD - sempena Hari Guru 2007


Projek BUKU (50 naskah buku untuk Pusat Sumber)
Projek Tabung Bakti Murni - Siri 2 (untuk adik-adik yatim dan miskin)