16 July 2007

REUNION - 14 dan 15 Julai 2007


Toy, Udin, Zulhi, PuZ, Ciki, Aziz, Azwan, Jasme, Kri, Napi, CD, Rizzo, Sahmad
Jai, Sri, Holid, abe Wan Sabri, Bob, Pecal, Ding, Fahmi
(tiada di gambar: Mimi and Yati)


alhamdulillah..

syukur dan tahniah
kepada semua warga VhomVhai 8892
yang telah berkumpul di Dungun
pada 14-15 Julai 2007

bermula petang 14 Julai
selepas daftar masuk
ke 4 buah banglo di Dungun Beach Resort
telah diadakan pertandingan Futsal
di padang berhampiran

pada sebelah malamnya pula
acara kemuncak REUNION ini
iaitu BBQ pula berlangsung

pada pagi 15 Julai
delegasi wakil VhomVhai
telah dijemput ke perhimpunan pagi
di Dewan Bestari, SMSD
untuk Majlis Penyerahan;
Projek BUKU - untuk Pusat Sumber SMSD
Projek Tabung Bakti Murni (Siri 2) - untuk adik-adik SMSD

acara dan matlamat
semasa REUNION Edisi 2007 ini
telah juga dicapai

terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan
syabas buat VhomVhai atas kerjasama

kenangan yang manis dan indah berkekalan
persahabatan yang terjalin semakin erat

semoga momentum akan diteruskan..
semoga bertemu lagi di masa hadapan..

insyaAllah..


* gambar-gambar telah dimuatnaik di vhomvhai yahoogroup
** gambar-video lain akan dimuatnaik dalam masa terdekat ini

1 comment:

Anonymous said...

selain yang berjaya menghadirkan diri, terdapat ramai rakan-rakan yang menyumbang dengan pelbagai cara, untuk menjayakan BBQ Reunion ni.