02 September 2007

Merdeka VhomVhai-Cameron Highlands

Mini gathering tahun ke-2 di Cameron Highlands baru-baru ini dihadiri oleh Hisharuddin, Ciki, Fahmi, Jai, Mimi dan Halim. Jangan kata tak tahu pasal gathering ni, aahh. Kitorang dah ajak dan hebahkan dalam yahoo-group.

Kami menginap di apartment Lily, thanx to our senior Elly yang mempunyai bisnes hotel di tanah tinggi ni. Orang Simpang Pulai sampai dulu, maklumlah distance dari rumah dia tak sampai 40 batu. Siap orang rumah dia goreng bihun. Fahmi dan Ciki yang kebetulan tiba serentak memang langkah kanan. Belakang, Jai pun terjenggul (pinjam vocab dia).

Jam baru 4 pm, tapi dah berkabus dan sejuk. Dalam reramai tu, ada sorang jer yang tunjuk terer sentiasa pakai baju selapis, maklumle, penebat lemakdia tebal. Din dengan Jai bercakap pun keluar asap...

Aktiviti hari pertama adalah mencari port untuk bawak anak-anak ke ladang strawberry. Pusing punya pusing.. tak tercapai pulak hajat ni, sebab ladang-ladang ni tutup time Merdeka.
So tukar plan pergi dinner awal sikit di Brinchang. Pekan kecik, tapi pelancong ramai ditambah dengan pasar malam pulak. Time dinner ni baru jumpa Halim & family.

Aktiviti malam pulak, eksklusif untuk boys. Nasibla jumpa satu kedai dekat tingkat 1 arked yang bukak sampai lewat. Sambil borak2, ada la tunjukkan blog vhomvhai ni pakai laptop. Bertambah banyaklah cerita-ceriti. Teh-kopi dah masuk second round, cerita tak habis lagi.
Last-last, pembantu kedai tersenyum-senyum sambil bagitau...kedai mau tutup.

Esok paginya, Ciki dan family check out awal, sebab nak attend majlis sepupu dia. Halim pun ada agenda lain rasanya, tinggal Din, Jai, Mimi dan Fahmi dengan aktiviti sarapan pagi di ladang teh.
Gambar-gambar dah kitorang upload di sini

Lepas sarapan dan beli buah tangan, waktu berpisah pun tiba. Teringat jugak kat kengkawan lain yang tak ikut serta gathering ni. Ada masa kita jumpa lagi. Sign out.


05 August 2007

no 8 yang membawa bahagia..hehe...


oraittt....antara yang hadir :
1) kak Tool
2) Lina
3) Ella
4) Izan
5) Iren
6) Hani
7) Azie
8) Intan H( tuan rumah)
9) Isma
10) Sri
11) Zurie
12) Cuya
dan putera-putera,puteri-puteri penyeri majlis.
antara aktiviti kitorang bergossip pasal artis,tengok album kawin Isma,mencungkil rahsia
cinta Intan H dan kak Tool ,makan-makan,minum-minum dan macam-macam lagi.....
gambar-gambar lain boleh tengok kat vvphoto dan vvgirls....

04 August 2007

cerita gambar lama - 1

tadi pagi.. sempena weekend..
aku kemas-kemaskan dan tengok-tengok semula
barang-barang persendirian kepunyaan aku
yang aku simpan/letak dalam satu kotak khas
yang aku sediakan/kumpul/bawak walau ke mana saja aku berada

antara yang ada dalam kotak tu
adalah dokumen, gambar dan surat lama

selepas aku checked pagi tadi
rupanya.. ada beberapa gambar lama
yang aku terlupa aku pernah simpan dalam tu

(gambar lain, mostly dah kuyup
kena banjir 1998 kat rumah shah alam)

so, aku pun scanned tadi
and rasa nak share kat sini..
let me start.. with these two;

gambar yang ini
adalah gambar aku dan allahyarham Jong Pidi
yang bersiap awal pada pagi hari jumaat tu
semata-mata nak bergambar kenangan
hehe..


buktinya???
nampak tak kelibat Zemang dan Berg
yang baru nak gi atau selesai mandi tu
hehe..

cerita gambar lama - 2

gambar yang ni pulak
adalah gambar "lakonan hebat"
kununnya sedang khusyuk berbincang
dalam bilik prep waktu petang


time prep malam pulak, masa tahun 1992 tu
instead of kat asrama sebelumnya
instead of kat dewan makan masa form 1-2
kita prep kat kelas masing-masing
bertujuan untuk memberikan lebih tumpuan


apapun..
gambar yang paling 'bersejarah'
adalah gambar ni..

gambar aku menang 'pingat emas'
dalam acara "mari-bergambar-sambil-kejar-serbu-jurugambar"
hehe..

cerita gambar lama - 3

rupanya.. ada gak aku simpan
gambar aku posing solo
hehe..

masa form 1


masa form 1 - keluar bandar


masa form 4 - dalam kelas


masa form 5 - kat dorm


masa form 5 - kat dewan makan


masa form 5 - kat library


hmmm..
kalau ada sesapa antara kengkawan
yang mempunyai gambar-gambar lama
especially yang ada aku dalam gambar tu
(macam gambar rasmi kelas untuk majalah Murni)
tolong la yek, share ngan aku
sebab, aku tarak dalam simpanan

terima kasih..

30 July 2007

sketsa di AGM-3

kisah benar ini
terjadi pada suatu hari Sabtu
bersamaan 28 Julai 2007
bersempena AGM-3 Alumni SMSD
di Kinrara Golf Resort, Puchong, Selangor

mulanya.. tak ramai yang datang..


then of course.. slowly.. makin ramai..



antara kejutan.. rakan kita.. Hisharuddin


walaupun tak ramai vhomvhai yang dapat hadir
(atas pelbagai sebab dan urusan
yang tidak dapat dielakkan dan diketahui)
namun, gelagat dan kelibat vhomvhai yang hadir
tetap meriah dan menjayakan acara



cumanya..
ada satu episod yang amat menarik
ada satu peristiwa yang telah berlaku
yang amat mencuit hati dan fikiran
seperti yang digambarkan di bawah;

alamakkkkk!!!... tolonggggg!!!...
Ciki dan Zulhi.. bahang tagak ke Syed Amir..
hehe..


Ciki and Zulhi berbincang.. sesama sendiri..
siapa nak basuh baju.. siapa nak amikkan kuih..
keke..


tak lama lepas tu..
Ciki pun berkata;
"alaaa.. mung aa pulok basuh baju..
asyikk akuuuu jeee..."



hehe..
jangan marah aaaa..
gurau-gurau je.. harap bawa bahagia..


apapun.. tahniah dan syabas !!!
kepada kengkawan vhomvhai yang telah hadir
kepada kengkawan vhomvhai yang dipilih sebagai AJK

kengkawan vhomvhai yang lain semua
pasti akan membantu dan menjayakan

yihhhhaaaa....

19 July 2007

ingin ku kembali lagi..



Assalamualaikum semua,

akhirnya kami kembali semula ke KL yang serabut merabut ni....

firstly, betat macam biase, aku nak ucap terima kasih kepada semua organiser yang menjadikan kedatangan kami sekeluarga di dungun seselesa dan se-beh - organiser ni termasuklah yang di dungung dang yang tak nampak di mata - terima kasih terima kasih

Isnin hari aku nak balik tu aku singgah la sekali lagi ke skoloh nak tengok2 tempat bermain dahulu kala - macam jiwang la kononnye - memang jiwang pon - orang rumah aku dah belebe doh, dia kata tengok mende padang, bangunan sekolah, asrama, surau, tembok pagor, wakaf ragbi dll - aku kate jong, mung dok pahang jong....

fuh banyok bena kenangan yang timbul balik....

yang sebenarnye, aku ingatkan terlepaslah rindu bila dah balik tengok sendiri sekoloh saing ni tapi lagi sedih pulok aku berase mase nak tinggalkan kawasan poskod 23000 tuh, terase bena taknak balik hari isnin tuh tapi nok buak guane ok, nanti aku mesti kelik sokmo...

ari isnin mase aku masuk kawasan sekoloh tu, budok2 ning tengoh nok turung training..doh guane lening training ragbi kat padang bola? aku ade gok tanye budak2 pasal tiang ragbi nan sebatang tu - rupanya tiang ragbi tu telah patah atas sebab2 semulajadi - patah dengan sendirinya menurut kata jong tu awal tahun ni - mungkinkah kita boleh juga melakukan sesuatu untuk menaikkan semula tiang ragbi nan sebatang itu?

rupanya kolam tempat aku terjatuh mase kelas sains form 1 dulu tu dan tertimbus dengan pasir doh lening , tapi ade jambatan la plok! - anak aku pon plek bakpe ade jambatang atah kolam pasir?

bertemu semula dengan awok2te - ada yg baru juppa mulla lepas 15 tahun - cukup kelakar, sedih, macam2 - tapi manusia yang paling pelik aku tengok ialah azaruddin boya - rupanya masih membesar selepas umur 25 tahun - guane beso dok'oh gitu? yang lain2 pon masih maintain membesarkan perut kecuali beberapa orang yang takda dna gemuk seperti rizo jasmi, putat dan apai...

akhir kata, aku nak pindah dungunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Salam...
Ciki

18 July 2007

Puisi - Dungun 14


empat belas nombor inspirasi
empat belas sentiasa dinanti
empat belas menjadi saksi
empat belas pertemuan hati
empat belas tahun lebih dungun ditinggalkan
empat belas tahun lebih dungun dirindukan
empat belas tahun lebih dungun dimimpikan
Dungun sentiasa menantikan empat belas
dungun sentiasa merindukan empat belas
dungun sentiasa memimpikan empat belas
dungun sentiasa mendambakna empat belas
Dungun mengajar erti hidup
dungun mengajar erti cinta
dungun mengajar erti sayang
dungun mengajar erti segala

erti hidup, cinta dan sayang
masih membara...
ditanggal empat belas


khas untuk sahabat.....

- Litoy





bestnye.....
tumpang tajuk kau yek.......

berakhirnya Dungun 14
bermula semangat cinta baru
tersenyum puas dan bersyukur
terjawab segala kesepian
tiada lagi kekeliruan
terungkap jua kata rindu
terjumpa akhirnya cinta yang hilang
terubat sudah resah dihati
demi keikhlasan
sebuah persahabatan
pasti akan bertemu lagi
DIA maha mengetahui


- Lina

17 July 2007

catatan ringkas Sri


assalamualaikum..

tahun ni catatan perjalanan tak byk pasal naik bas,
cuma yg pasti, aku tak perlu berulang alik dr kaunter
ke petrol pump berulang kali lah.. tahun ni jugak,aku
berjaya masuk ke tandas yang betul. 2 tahun lepas, aku
ingat tandas2 di trg dah dinaik taraf, rupa-rupanya
aku dah salah masuk tandas daa...


fezal foad, apsal lah ko shoot gambar dengan gaya
bersahaja menggunakan teknik asas fotografi yang tidak
tepat.. habis blur byk gambar.. malu2 kucing dgn
bebudak smsd? hahha, hampeh ko ni..


apapun, aku seronok jugaklah dgn BBQ kali ni.. terima
kasih pada semua yg hadir. Yang dtg dari utara,
selatan, timur dan barat, di Mayang Sari Beach Resort
kita bertemu lagi.. Insya Allah, kita akan bersua
kembali tahun hadapan, Amiinn......

luahan hati Rizzo


Salam ...
Alhamdulillah, program kita berjalan dgn lancar
walaupong ada sedikit masaloh teknikal pasal penginapan DBR pg tu.
Pe2hal pong tq to Napi - (urusetia penginapan!)
Bravo pok! ..

Begitu gumbira dpt jupe saeng2 lama. Dok terucap ngn kata2.
Lebih terharu sebab saeng2 sanggup travel dari jauh
semata2 nk menjayakan program kita(u guyz are damn great! Har x 100!!!).

Bayangkan
e.g - Samad sanggup kelek 2 heroes dia naik bas dari Melaka! Pehh!
Sri pong sama gok.
Halid, nung! sapok jauh mari
And so the rest ...Aku tabik mung seme!

Dipendekkan citer;-

Ciki
Masih lawok ge dulu.
Cuma tubuh lari alignment sket ...hahahargh!!

PuZ
Memang potostat tawon 92!!
Macho sunggoh natang nie.. kelah mung John!
Padan doh anok comel lote.

Jai
Maintain ceria/kaki sembang pah ke ceroh.
Dok cakak nok layang.

Jasme
Sembang masih cool.
Tukang kipah BBQ paling lama... dok sia2 mari. Tq!

Dr Fahmi
Mula2 mari aku dok cam setaghang!
Lain beno! (Mr Doc ..sori Bro!).
Tapi tetap ramah and cool .

Aziz
Bahagiang test ayang BBQ masok ke dok agi penoh pinggang doh!
Hahrhargh!!! Selera maintain ..

Azwan
Nie srg agi spesis potostat mcm PuZ.
Sembang pn sopan je .ge dulu jugok.

Toy
Joker 24 jam.
rabok sokmo suka dok layang ke lawok dia.

Nyit
Sanggup kelek baby Umar (ke Omar?) dia mari sini...
walaupong kecik tuek agi. Tabik mung Nyet!

Halid
Awe jadi cikgu Displin leni, sembang pong kerah je.
Tok wakil kita ke majlis SMSD pg tu. Ucapan berapi!

Samad
Pekat semacang Srawok dia!
Mung dok payoh dok Melaka aa Samad weh ^$#^%$!!

Keri Manap
Sedak layang sembang ngn dia sesi lewat mlm tu!
Main bola/futsal pong bisa lagi leni ..kelah mung

Sri
Memang friendly.
The only girl travel dari jauh.. sian dia.
Tp sporting..! Lenkali mari le lagi.

Pezal
Dok abih2 blebe nk makang nasi dagang/kepok!
Dakpe ..next time aku jamu puah ati!

Sidi
Dudok keje kerteh gok, tapi payoh sunggoh jupe!
Sehat sket leni napok ...Hehe.

Mimi and Yati
Duane gok mung nyelit?? Dok jupe pah sudoh!

Din/Bob/Pok Napi
Jupe sokmo doh sini. (biar skali-skala pong...kui3!).


Again, Makaseh banyok pada yg hadir
dan juga pd yg menjayakan program nie dari jauh ..

Thanx guyz! Jupe lagi aa..

16 July 2007

REUNION - 14 dan 15 Julai 2007


Toy, Udin, Zulhi, PuZ, Ciki, Aziz, Azwan, Jasme, Kri, Napi, CD, Rizzo, Sahmad
Jai, Sri, Holid, abe Wan Sabri, Bob, Pecal, Ding, Fahmi
(tiada di gambar: Mimi and Yati)


alhamdulillah..

syukur dan tahniah
kepada semua warga VhomVhai 8892
yang telah berkumpul di Dungun
pada 14-15 Julai 2007

bermula petang 14 Julai
selepas daftar masuk
ke 4 buah banglo di Dungun Beach Resort
telah diadakan pertandingan Futsal
di padang berhampiran

pada sebelah malamnya pula
acara kemuncak REUNION ini
iaitu BBQ pula berlangsung

pada pagi 15 Julai
delegasi wakil VhomVhai
telah dijemput ke perhimpunan pagi
di Dewan Bestari, SMSD
untuk Majlis Penyerahan;
Projek BUKU - untuk Pusat Sumber SMSD
Projek Tabung Bakti Murni (Siri 2) - untuk adik-adik SMSD

acara dan matlamat
semasa REUNION Edisi 2007 ini
telah juga dicapai

terima kasih kepada yang hadir dan menjayakan
syabas buat VhomVhai atas kerjasama

kenangan yang manis dan indah berkekalan
persahabatan yang terjalin semakin erat

semoga momentum akan diteruskan..
semoga bertemu lagi di masa hadapan..

insyaAllah..


* gambar-gambar telah dimuatnaik di vhomvhai yahoogroup
** gambar-video lain akan dimuatnaik dalam masa terdekat ini

Video CarcaMarba




* kompilasi video daripada camera-phone Fahmi

macam-macam ada..
aksi rakus, ganas, pelahap, lucu, kantoiii..
kekeke...


KUIZ TRIVIA
(sapa dapat jawab.. menang hadiah!!!)

- siapakah, yang memiliki handphone screen colour biru?

- apakah, yang disebutkan oleh Zulhi kepada Ciki,
semasa sedang beratur ambik nasi?

- apakah, yang diterangkan oleh Napi kepada Toy;
"tidak ada jual mende", atau, "tidak ada jual spender" ?

- namakan, tempat yang ingin Toy dan Fahmi sekeluarga pergi?

- siapakah, yang tahu jalan ke tempat tersebut, Toy atau Fahmi?

- berapakah, jumlah batang pokok kelapa yang kelihatan?

- suara siapakah, yang bising-bango masa main futsal?

- buku apakah, yang paling nipis sekali?

- baju apakah, yang Toy pakai semasa hadir di dewan besar?

- apakah, yang dilihat oleh Holid dalam dewan, dalam ucapannya?

- berapa ramaikah, bilangan pelajar, yang tertidur atau seakan hendak tidur,
semasa perhimpunan tersebut?

- nombor berapakah, yang sempat disebutkan oleh Holid dalam ucapannya?

- apakah jenis dan jenama, alas kaki, yang dipakai oleh Holid,
semasa berada di dewan?

- berapa ramaikah, vhomvhai yang jadi tukang pukul gambar?

- berapakah, jumlah tangan, yang digunakan Pecal,
semasa memukul gambar dengan camera digital?

- nyatakan dengan jelas, kenapakah, seluruh dewan riuh-rendah
semasa Holid dan Cikgu Hakim, turun dari pentas?


hehehe..

jangan marahh aaa..
gurau-gurau je.. harap bawa bahagia...

Projek Tabung Bakti Murni - Siri 2




jumlah sumbangan
yang telah diterima daripada kengkawan vhomvhai
dan yang telah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa sesi perhimpunan pagi 15 Julai lalu
untuk Projek Tabung Bakti Murni - Untuk Mu Adik Ku - Siri 2
(untuk adik-adik SMSD yang yatim dan kurang berkemampuan)
adalah RM 2,872.00

syabas, tahniah dan terima kasih
kepada semua kengkawan vhomvhai


terima kasih daun keladi
keladi tumbuh di tepi paya
terima kasih di atas budi
hanya Tuhan boleh membalasnya

NO AMOUNT IS TOO SMALL
NO EFFORT IS TOO BIG

Projek BUKU





sebanyak 58 naskah buku
telah berjaya dikumpul dan disediakan
(ada yang dibeli, ada yang dihadiahkan)
hasil dari jumlah kutipan sumbangan dana
untuk Projek Bakti Untuk Koleksi Umum (BUKU)

buku-buku tersebut
telah diserahkan kepada pihak sekolah
semasa sesi perhimpunan pagi 15 Julai lalu

syabas, tahniah dan terima kasih
kepada semua kengkawan vhomvhai



"Knowledge is Power"


- Senarai Buku -

1. A Malaysian Journey
2. Number One Wisma Putra
3. Malaysia: A Pictorial History
4. Kamus Dewan Edisi 4
5. Aca
6. Aca dan Atuk
7. Kamus Simpulan Bahasa dan Peribahasa
8. The Struggle of Malaysian Independance
9. As I Was Passing I
10. As I Was Passing II
11. Malaysian Banknotes and Coins
12. Art of Getting Along With People
13. Discover Your True Potential
14. Kamus Bahasa Arab-Melayu - Melayu-Arab
15. Bukan Kerana Pangkat
16. Himpunan Hadis
17. Islam - Bisnes dan Pengurusan
18. Islam- Jihad Sebagai Survival
19. How To Win Friends And Influence People
20. Oxford Compact Advance Learner
21. Seven Habits of Highly Effective People
22. I'm A Muslim
23. Salina
24. Keledang
25. The Mysterious Collection
26. Ptolemy's Gate
27. Charliebone and the Castle
28. Larklight
29. Bagaikan Puteri
30. Hatiku di Harajuku
31. Memeluk Gerhana
32. Advencer Si Peniup Ney
33. Mencari Locus Standi
34. Hujan Putih
35. Kekasih Sam Po Bo
36. Kota Larangan Qui
37. Pusaran Lurah 'V'
38. Biarlah Bulan Berbicara
39. Bumi Harapan
40. Mutiara Bonda
41. Rengsa
42. 300 himpunan Hadis
43. Discover Your True Potential
44. Dimensi Buni
45. Men Are From Mars, Women Are From Venus
46. Jangan Bersedih
47. Puasa Sebagai Penyembuh
48. Whatever You Think, Think The Opposite
49. 474 Kesalahan Dalam Ibadah
50. Kaunseling Individu
51. Ingin Menjadi Guru
52. Hubungan Pemikiran
53. Pakk Lah dan Pendidikan
54. Dakwah Berkesan
55. 1515
56. The Malay Dilemma
57. & 58. Jibam


special tributes;

kepada DR. HAIRUL FAHMI
yang telah bertungkus lumus
'merempit' untuk mencari dan menghimpun buku-buku tersebut

kepada ahli KELAB KERASTANGAN
yang telah melembutkan tangan
di kala waktu dingin subuh

10 July 2007

Pantun sempena REUNION 14 Julai

anak merpati tergigit cabai
cabai tumbuh di tepi para
aduhai sahabat aduhai vhomvhai
pastinya tak sabar nak bersua muka

anak kijang berlari-lari
berlari riang di tepi titi
tidak tertahan rindu di hati
apatah lagi menghitung hari

anak haruan diumpankan padi
padi menguning di tepi paya
jangan lupa 14 julai nanti
melepas rindu sekian lamanya

anak penyu berenang-renang
renangnya hingga tepi jambatan
ibarat air yang cuba dicincang
tetap teguh jua persahabatan

anak bangau berjalan di hutan
jalannya jauh mencari cendawan
kalau harta dunia jadi ukuran
tak ternilai kasih antara kengkawan

anak kucing berbulu lebat
bulunya lembut disisir rapi
wahai tuan wahai sahabat
berjumpa kita di Dungun nanti?

05 July 2007

Baju Kenangan - REUNION 14 Julai 2007



kini tibalah masanya
untuk diwar-warkan dan dihebahkan
berkenaan satu lagi produk baru
keluaran Kelab Kerastangan VhomVhai 8892
iaitu - T-Shirt (Limited Edition) BBQ REUNION 2007

seperti mana tahun 2006 punya BBQ REUNION
tahun ni pun ada baju T..
untuk memorabilia / kenangan
macam collection la kan gitu..
yihhhaaaa...


ada berapa?

oleh sebab Limited Edition
jadinya hanya ada 92 helai je
15 helai XXL
35 helai XL
30 helai L
12 helai M

pat pat siku lipat, sapa cepat dia dapat


mana nak dapat / beli?

t-shirt ni..
boleh mula didapati
semasa REUNION pada 14 Julai ini
daripada FAHMI, GABAN, NAPI, JAI


harganya?

hanya RM 15 sehelai je


jadinya..
kalau nak beli dan pakai paling awal
kena la hadir
BBQ REUNION VhomVhai 8892 - Edisi 2007
pada 14 Julai 2007
di Dungun Beach Resort

mari mariiii mariiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

28 June 2007

27 June 2007

Blues Terengganu Kite



hoi hoi hoiiiii.. bangungg... ke lauk niii !!!

guane gamok awok kite ?
seme ready nok ke Dungung?
jangang lupe, 14 Julai 2007
Dungun Beach Resort
REUNION VV8892 Edisi 2007

maghiii maghiiiii maghhiiiiiiiiii.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

26 June 2007

dulu bola sekarang maskara

Sebenarnya segala kenangan yang aku coretkan kat sini aku kumpulkan dari apa yang ditulis dalam autograf aku oleh korang-korang semua. Takut nanti lama-lama buku aotograf aku tu jadi kuning jadinya aku abadikan lak kat sini.

Seingat aku lah orang penting yang mula-mula ajak aku main basketball ni ialah Ijan. (masa ni Ijan,Mok cik dan Azie satu gang, tiap-tiap petang diorang main basketball)

1989 - aku sekelas dengan Ijan dan beria-ia benar dia ajak aku main basketball ni. OK...nak tau apa yang best aku pun join........

1990-masa ni ada pemilihan untuk wakil sekolah.

So aku,Connie,Yatie,Cuya,Nazlida dan Ujie antara set set vhomvhai 92
yang terpilih. Seronok tak terkira. Dah tak fokus kat benda lain dah.........
apa yang ada kat kepala ni nak main basketball...nak main basketball.
First time pergi mini ppm kat sains Machang.Kita kalah tapi happyyyyyyyyyy.............


Dan kita sangat-sangat enjoy masa tu. Kita semua beli t shirt warna hitam dan namakan group kita blackrose heheheh. Dan kita pun sangatlah nakalnya...kesian kat coach kita yang dah macam abang kandung kita tu tak abis-abis ,tak jemu-jemu bagi nasihat hehhehe.

1991 - tak sia-sia usaha dan minat kita,dapat jugak kita jadi naib juara zon timur mini ppm kat semsas. Yang tak bestnya gi ppm sains Machang lagi. (nak lah pergi sekolah lain pulak).
Masa ni mokcik,Hani dan Marry dah join kita. Lagilah ramai gang dari batch kita. yessssssssszzzzzz. Dan lagilah kita bertambah nakal sebab dah nak jadi senior. Ingat tak pengadil poket kembung???Ingat tak coach semesta yang panggil pemain dia budak milo."oiii sapa yang rasa budak milo masuk sini lima orang" semua orang kita nak ejek dan jadikan bahan ketawa.
kenangan first time kita lepak kat hotel Sri Hoover,shopping kat pasaraya Hock Kee Seng.

1992 - yes tahun kita. Tahun menangis. Kita dapat jadi johan mini ppm kat Faris Petra dan kita dapat pergi Tun Fatimah. Masa ni lah first time gi luar negeri heheheh jalan-jalan kat Singapore. bangganya lah haiiii...dapat shopping kat Rantau Panjang lagi. Tahun ni jugak kita jadi johan negeri Terengganu . Kita kalahkan sekolah cina Kemaman tu hehehehe...........main ganas yeeee.
Dan coach kita merajuk dengan perangai kita......walaupun macamtu dia tetap beli kfc untuk kita. Dan kita pun menangis dan menangis dam menangisssssss.
Tahun ni jugak masa kat Faris Petra tu korang sambut birthday aku........sebaknya...menangis lagi....(aku masih simpan tudung dan tshirt hadiah korang tu...korang beli kat Rantau Panjang kan??? hehhe)



Banyak betul kenangan manis masa bersama team basketball ni. Kita pernah bangun awal pagi untuk berjogging kat tepi pantai. Pagi-pagi orang pergi sekolah kita tengah berlatih....syok dapat ponteng kelas. Bulan puasa pun kita berlatih malam hari. Kalau satu hari tu tak de latihan rasa frust sangat. Dan Connie kapten yang berkaliber akan berusaha jugak untuk adakan latihan.


Terima kasih cikgu Reduan, cikgu Suhartini, Allahyarham cikgu Khairul Anwar, cikgu Hamdani, cikgu Faridah, cikgu Rahimi, cikgu Sabri.

Yatie ( 4 )
Hani ( 7 )
Cuya ( 10 )
Connie ( 11 )
Mok cik (14 )
Ujie ( 15 )
aku ( 13 ) - sayang aku kat nombor ni......

02 June 2007

Puteri-Puteri VhomVhai

Putera-Putera VhomVhai

01 June 2007

hingga jumpa lagi..

dah hampir 15 tahun...
kita meninggalkan sekolah dungun
selama itu juga..
ramai yang tak pernah lagi
kita tegur-sapa dan jumpa-temui...

11 november 1992..
tarikh akhir dan keramat..
most of us berada di smsd..
paper add math 2 pagi tu..
dan petangnya paper akaun 2 untuk bebudak ss..

aku ingat lagi...
pagi tu, semua dah layan happy..
lepas paper add math 2 ..

well, frankly..
malam sebelum tu pun semua dah berpesta...
'macam macam ada' malam tu..

ye la kan... add math 2..
mana nak kisah sangat.. kekeke

'unfortunately'
budak SS.. spm abis petang tu
not pagi nya macam orang lain..


aku ingat lagi...
kelibat Toy ngan Piang Itik
lalu lalang kat tepi dewan besar...
kununnya nak kacau budak SS amik periksa...
kekeke..



lepas paper tu je...
lepas bergambar depan dewan tu..
(the last photo of all SS)
dengan baju sekolah and seluar sekolah..
berlari aku and the few...
join main bola kat padang rugby
'pesta' yang telah pun dimulakan sejak tengahari lagi...



Tuhan saja yang tau...
akhirnya... selepas 5 tahun kat sekolah tu..
akhirnya... semuanya selesai..

aku ingat lagi..
lagu nasyid 'berjuang ertinya terkorban'
cukup sayu..

aku ingat lagi...
malam tu, dan malam-malam sepanjang SPM tu
gemuruh kuat semua orng nyanyi lagi tu...
aku rasa setiap kali
kita nyanyi lagu tu kat surau...
pastinya... ada yang menitis airmata...
aku tak pernah miss nangis...
ingat mak ayah, ingat adik-adik,
ingat kawan-kawan,
ingat akan meninggalkan korang semua...

dan bilakah lagi.. agaknya..
kita semua akan bersua muka...

mungkin 14 Julai 2007 ?
di BBQ REUNION Edisi 2007

mungkin 10-11 November 2007 ?
di Hari Keluarga VV8892

mari mari mariiiiii... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


insyaAllah...

22 May 2007

masih dalam ingatan - siri 22


satu lagi yang aku teringat
bila balik cuti, bas for bebudak kl,
sampai 3-4 buah bas selalunya

kengkadang tu syarikat bas warisan,
kengkadang tranasional
and the best is KTKL..
bas dia besar and baru, and ada tv-video
berenti dua kali kat restoren
kat kemaman and temerloh..

yang kat temerloh tu
in 2003.. aku dah singgah sekali..
lupa nama nya, but, still ada and kukuh

selalunya dulu, kalau balik cuti raya tu
ada la sekali ngan bebudak MRSM kerteh and KT
yang pakai baju cokelat..
which is later sama ngan kaler baju librarian kita...

perjalanan start at 10 pm selalunya from Dungun
dan akan sampai kat Puduraya around 6 am

sampai je.. tu diaaaa... bayangkan..
dekat 2 ratus rakyat SMSD tercanggak kat ruang legar
ada yang tunggu parents ambik
ada yang balik sendiri
ada yang tukar baju dulu
ada yang layan makan kat gerai
ada yang dah siap melepak kat Kotaraya
tunggu kedai 'game' bukak.. kekeke...

tapinya..
bila abis cuti, bila time nak balik semula ke dungun
memang lain keadaannya
tak semeriah and sekecoh masa sampai
well.. at least for the girls and the juniors
yang seniors and yang perasaan macho tu
even datang ke Hentian Putra pun kalau boleh taknak parents hantarkan.. hehe..
tapinya.. apapun.. lepas sedih-sedih and peluk-peluk segala
bas bertolak at around 10 pm jugak.. and sampai depan sekolah at 6 am
ada yang terus masuk sekolah and tuju asrama
ada yang layan nasi lemok / nasi dagang kedai mok'de dulu
apapun.. life goes on.. back to 'reality'...

sebut pasal bas, teringat bas sekolah kita
sebut pasla bas sekolah, teringat selalu naik bila lawan bola
sebut lawan bola.. teringat this particular event..

main bola masa form 4.. 1991.. wakil sekolah
against sekolah Sultan Omar final..

cikgu Jimmy kata
kalau tak nak kena katok/pukul..
jangan bagi diaorang gol or score

sebab penyokong SO ni
masa lawan team lain.. sebelum final tu
bila pasukan SO scored je
penyokong akan meraikan, sampai masuk padang
sambil sepok terajang habih player lawan..
sure ada 2 atau 3 orang reboh

masa final tu, penuh penyokong dia
lawan kat padang sekolah kita
siap ada polis..

ikut kata Cikgu Jimmy, jangan bagi gol sutir pung
perghhhh.. boleh sakit jantung
each time kalau hampir-hampir gol
bukan sebab takut kalah
but takut kena pukul oiiiii

nasib baik, kita memang power
kita menang, 6 - 0 lagi, kekeke

sekarang ni lucu la bila ingat balik..
masa tu.. berderau darah oii..

hehe..

21 May 2007

masih dalam ingatan - siri 21


bila tersebut nama MILAH, TOY, GABAN ni
aku mesti teringat pada.. 2 orang lagi geng baik diaorang
Irwan Safary Ahmad Talal dan Khairul Fazlie Alias

sebut pasal Irwan Safary
a.k.a. JETON
memang tak leh lupa
pada dia masuk iklan sabun mandi Zaitun tu
'suci suciiii.. kecantikkannnn'...
hehehe...

sebut pasal Khairul Fazlie Alias
a.k.a. MAT STO.. teringat yang sahabat baik aku ni
selalu kena lempang ngan cikgu.. sssian dia

masa form 2.. Cikgu HAMZAH (yg kawin ngan cikgu Farushi)
lempang dia.. masa time nak ambik gambar class rasanya
sebab si Mat Sto ni tak nak pakai tie rasanya

masa form 3 lak.. Ustaz Ibrahim (allahyarham)
pasal dia tak response / tumpu masa class bahasa arab
ustaz yem ada sebut.. "mu nok debe ke pe ye?"

sebut pasal kelas bahasa arab and cikgu Yem ni..
sure korang ingat yang ni..
cerita Omar Mokhtar.. in arabic

time bulan posa selalunya
mesti kita kena tengok cerita ni
kat bilik APD...

because of that gak
sampai sekarang aku suka cerita ni
sampai siap beli dvd copy..
tapi jarang gak tengok..

hehe..

20 May 2007

masih dalam ingatan - siri 20


sorri.. kalau list ikut block sukan ni
ada yang salah..
especially kalau Tun Telanai and Bentara Yusof tu
heheheh..


BLOK A
COKCEK
NYIT
NAPI KENG
YANDEK
BASIR KAKI
JA
EDI LONG
MAT PONG
SIDI
SAMAD LEHBAK
TENGKAWANG
PUTAT
GEMBO
MAT STO
MANIOK
HEROL
BIRI
RAZI BAK
PADIL
NUTONG
SEDI JENG


BLOK B
ADIK JO
MC UDANG
SIKAT
MAT LUK
LITOY
MACE-MACE
KOLID
NAPI TUA
BEDUL
MILAH
GABAN
KRI MANAP
CIKI
TOYBAK
RIPING KAYU
PIANG ITIK
JAS
YUSRI KAMIL
JETON
DIN BOYA
CIKOK
ZANG ASKOR
LANG TOYA


BLOK C
PIANG
ABANG
LANG PENGETUA
SIPUL
WE YUS
APAN
MECHO
ROZI OBO
SHIDI TULANG
POCONG
BO SAWAT
WAN GA
EDI GANSTER
KANDAQ
NIK ROPONG
POK YA
KARIM PALO
ZEK KAPOK
GEDEBEH
KEBAB
Allahyarham RAFIEDI
Allahyarham ZAHARI


BLOK D
MAMA
BERG
AWANG MAMBANG
BENA
EIDIT
MAN CHAQ
BUOH
JAI BERAS
MAN TRAKTOR
DING KUBA
DING HIJA
SALLEH LUDU
MAMAT BULAT
BALUNG
FAHMI
KRI SHEIKH
DAMING
DENAN
MAT NOR GUS
NAIM JALUT
DARNALIS
Allahyarham RIZAL
Allahyarham SYAHRIZAL


list (nama timangan dan block sukan)
for the girls.. kena la LINA or SRI kot
yang buatkan..

aku tak berani..
salah karang saja je
kena marah ngan HANI or CONNIE or ZURIE or ROSMI..

hehe..

19 May 2007

masih dalam ingatan - siri 19


tentunya..
ramai yang agak tertanya-tanya
apa ada dengan JAGAPAN..?

(JAGAPAN - JAI, GABAN, APAN)

aku, APAN, akan rumuskan..
dengan satu incident..
yang terjadi pada penghujung masa form 5..

rasanya.. masa bulan Oktober
akhir-akhir sebelum start SPM..

petang tu..
geng-geng rugby.. nak main rugby
masa warming-up tu..
aku terjumpa satu bendera malaysia
kat tepi padang rugby sebelah jungle trek tu
yang agak usang la.. but masih boleh berkibar..

aku panggil JAI..
tak lama lepas tu..
TOY ngan MILAH pun berhenti berlari
and join aku ngan JAI..
borak-borak.. nak selesaikan masalah

apa masalahnya?

aku ngan JAI..
nak gantung bendera tu tadi
atas tiang gol rugby tu..

tengah-tengah fikir tu
aku tengok JAI
JAI tengok aku
and tetiba... perkataan seterusnya yang keluar
dari mulut aku dan JAI.. serentak..
adalah... "panggil Gaban....."

berguling aku ngan JAI, TOY, MILAH gelak..
lepas tu.. GABAN pun berhenti berlari warm-up
and join kami.. lagi la kami berguling gelak..


GABAN..
ianya bukanlah menunjukkan sesuatu yang buruk..
ianya menggambarkan bahawa..
kaulah orang yang boleh diharap
kau memang tempat kami mendapatkan pertolongan
kau memang boleh membantu menyelesaikan masalah
kaulah sahabat yang suka tolong sahabat...

hehehhe...

18 May 2007

masih dalam ingatan - siri 18


group email kita ni..
bermula pada Ogos 1999..

sebelum tu.. pakai mailing list je
maksudnya.. kena taip each emails address
takde group email per se...

meriah tetap meriah..
dari dulu lagi meriah..

tapi.. keadaannya tak seperti sekarang ni..
tak selaju sekrang ni..

ye la kan..
dulu.. mana ada cyber cafe melambak
broadband pun limited..

aku sendiri pun..
tak rajin and banyak beremel ni..
ye la.. tak keje tetap
keje pun tarak PC or laptop..
nak beremel pun.. tumpang member punya
aku selalu tumpang JAI punya PC
(tahun 1999, 2000.. dia duduk sebelah umah aku)

dulu.. di tahun-tahun tu
tak semua yang aktif macam ni...
but, ramai yang aktif since dulu
syukur.....

dulu pun.. cerita kita lain
ye la kan.. dulu lain..
baru 'start' keje
baru nak bina karier
baru nak berharta
baru membina impian
baru nak kawin
baru kawin
baru berkeluarga
baru segalanya...

in between the years..
email group ni.. bertukar nama
dari egroups.. kepada yahoogroups..

facilities pun makin banyak..
boleh letak gambar
boleh buat database
boleh letak file..
boleh macam-macam..

dulu... mostly..
email... pakai hotmail..
tak ramai yang pakai yahoo
memang hotmail ni hot la..
heheh..

sekrang ni..
rasanya kalau ada yang masih pakai hotmail lagi
memang boleh kena gelak la.. heheh...

dulu..
susah la semua orang
kalau setiap hari email masuk 50 lebih
(let alone kalau 200 emails)
macam sekarang ni..

ye la..
dulu hotmail or even yahoo pun
cuma bagi memori 5 mb... for each mail box..

bayangkan..
sekali LINA, SRI, GABAN, JAI
hantar satu email sorang..
kalau 2 hari tak bukak email
memang terus bounced sebab mailbox penuh

tu belum lagi MN SETAPA ngan AZIE
(kembar tak pernah seiras)
forward artikel yang ada gambar..
abisss.. tak leh dah terima email orang lain..
hehehe...

sesungguhnya..
teknologi hari ini
telah membantu vhomvhai
semakin bertambah akrab dan dekat..

semoga berterusan dan berkekalan hendaknya..
dengan izin Allah....
aminnnnnnnnn..

17 May 2007

masih dalam ingatan - siri 17


JAI dulu pernah duduk sebelah umah aku..
yupp.. betul-betul sebelah..
dia menyewa rumah tu ngan 2 orang member MBA dia
semasa dia tengah ngaji MBA kat UITM shah alam..

sebelum tu.. (tahun 1993-1995)
sebelum JAI gi study kat Ulu Sepri
sebelum aku gi study kat Ulu Kelang
aku selalu melawat dia kat PPP seksyen 18 tu
every times aku balik cuti from MSM Cheras
sebab umah aku tu kat seksyen 17

bila dia berjiran ngan aku
memang bertambah akrab la
masa tu lak.. (1999 and 2000)
baru lepas grad, time economic slump
aku antara keje tak keje.. part time mostly..
keje macam-macam jenis..
and lastly dapat keje 'betul'
mengajar kat private school kat Setapak..

jadinya..
petang aku balik keje
JAI balik dari kelas
kami lepak borak melalak..
dan kengkadang sampai tido bilik dia gak..

macam kat SMSDungun daaa.. heheh

selalunya gak...
TOY datang join..
BERG pun datang join..
time tu semua bujang teruna...

kengkadang..
ada ZEMANG..
ada GABAN...
ada POCONG...

emak aku lak..
masa tu.. masih buat and jual kuih sikit-sikit
untuk orang keje kat kilang
mak aku buat je.. ada orang ambik dan jualkan..

so.. kadang-kadang.. kalau ada lebih
murah la rezeki JAI.. dan kawan-kawan lain..
hehehe...

tapinya..
yang aku nak cerita in details ni
yang aku memang lawak la nak cerita sampai sekarang
was masa first time.. PIANG ngan BERG
datang join lepak kat umah JAI tu

masa BERG datang.. first time.. lepas lepak-lepak
JAI ajak la BERG pegi and lepak rumah aku...
JAI kata kat BERG..
"jom gi umah APAN.."

then..
BERG pun keluar umah JAI tu
nak ke kereta dia (masa tu dia pakai Wira)
nak start enjin dah..
baru dia perasan.. yang aku ngan JAI..
jalan dari pintu umah JAI... keluar umah tu
terus ke rumah sebelah.. rumah aku..
kekeke....

tapi.. yang paling lawak..
masa PIANG lak datang lepak..
masa tu.. BERG dah 'tau'.. hehe..

so... macam biasa..
JAI kata la kat PIANG..
"jom gi umah APAN.."

PIANG pun keluar dari umah JAI
gi ke kereta dia (iswara tak silap aku)
dia dah start enjin kereta...

JAI ngan BERG..
keluar dari umah JAI
gi ke umah aku...
ikut pagar depan..

then.. yang buatkan PIANG bengang gila
dan membuatkan JAI ngan BERG berguling gelak..
bila aku 'langkah' je pagar sebelah rumah JAI tu
terus ke umah aku...

hehehehe...

16 May 2007

masih dalam ingatan - siri 16


masa zaman JAI duduk sebelah umah aku tu
masa zaman POCONG, KRI, SEDI, ZEMANG, ZAHARI
pun duduk Shah Alam..
masa zaman BERG duduk Subang
masa zaman TOY duduk Puchong
masa semua orang bujang lagi..
perghhhh.. gila punya meriah....

masa ni...
tertubuhlah.. istilah.. KRONI SHAH ALAM..

teruna-teruna di atas ni.
memang sokmo la melepak dan melapuk
kat lokasi tertentu kat Seksyen 17, 18, 2, 6, 7, 8
makan-makan, minum-minum..
gelak-gelak.. guling-guling...

kengkadang...geng kroni ni..
akan konvoi and lepak kat Uptown damansara
akan konvoi and lepak kat Subang..

memang kecohhhhh....

kendian..
tak lama lepas tu..
muncul lak.. geng-geng lain..
KRONI GOMBAK ngan KRONI CHERAS..

tapi tak leh lawan KRONI SHAH ALAM..
hehheee..

dan kengkadang...
KRONI-KRONI ni
akan lepak sama-sama..
kat Restauran Haji Tapah...
pergghhhhhh....

gombak punya geng..
ada PEZAL, IMRAN, BENA kan?

cheras geng..
ada EDI LONG, CIKI, MILAH kan?

but.. yang paling kecoh..
bila semua KRONI ni..
bergabung.. jadi satu..
pada 4 September 1999...
Restaurant Nelayan Titiwangsa...

perghhhh...

masih dalam ingatan - sempena Hari Guru


bila sebut pasal cikgu-cikgu ni..
memang la.. bila melaluinya..
mungkin ada yang lucu, pahit, bengang, segalanya..

tapinya..
bila dikenang kini..
pastinya ianya dapat mengukir senyuman
dan pastinya menjadi tauladan
dan pastinya kita berterima kasih..

aku sendiri pun..
tak dapat ingat semua nama guru
dengan sekilas pandang..

tapinya..
ada wajah-wajah dan nama-nama guru
yang tidak akan luput dari ingatan
yang betul-betul lekat dalam fikiran..

mungkin sebab..
ada insiden dan input serta interaksi
yang cukup direct dan berkesan
yang membuatkan kita selalu terkenang..

sesungguhnya..
tak dapat kita balas jasa guru-guru tu
hanya ucapan terima kasih dan doa untuk mereka...

terima kasih cikgu
terima kasih...